BAB 22

Romance Completed 107973

Aira yang baru mahu melangkah masuk ke kawasan rumah keluarganya terasa lengannya direntap kasar secara tiba-tiba.

"ariz..kenapa ni"

"kak ikut ariz" menonong aira mengikut langkah ariz. Mana nak lawan dengan tubuh ariz yang makin sado kini. Permain rabbi lah katakan.

Ariz menarik aira masuk melalui pintu belakang.. Tangga terus dipanjat menuju kebiliknya. Pintu dikunci selepas mereka meloloskan diri kedalam bilik.

"kakak duduk" pinta ariz.

"what wrong ariz.." nafasnya masih tercungah-cungap. Punggung dilabuhkan diatas kerusi belajar ariz.

"rahsia akak dah bocor" katanya. Aira mendongak melihat wajah ariz. Yang masih berdiri.

"rahsia apa... Cuba explain betul-betul.. Kakak tak paham"

"kak.. Pasal hubungan kakak dengan abang nafis.. Ada orang report dekat abah.. Malah siap fitnah lagi.. Cakap kakak buat benda tak elok " terang ariz.

"siapa yang bagitahu abah.."

"akak kenal pak ali line depan tu.. Dia bagitahu abah.. Tadi dia datang sini.. Dia cakap akak buat maksiat dengan abang nafis dekat bilik sewa dia.." aira meraup wajahnya.

"merepek lah.. Kakak hantar dia je.. Ambik dengan antar balik ... Kakak tak pernah naik pun rumah dia.. Jumpa pun kat bawah je.. Pandai la buat cerita" wajah aira merah.. Tangannya mengengam penumbuk.

"tulah kak.. Mulut orang.. Suka tambah-tambah.. Dia pesan abah lagi.. Dia tak terangak-angak nak tangkap akak.."

"WHAT!!!!" aira menjerit kuat.

"relax la kak.. Apa pun kakak hati-hati. Pak ali tu gila-gila orangnya.. Harap ja dah tua.." pesan Ariz. Aira masih diam.. Dadanya masih berombak kasar. Marah dan geram.

"thank Ariz.. Bagitahu kakak" akhirnya aira bersuara setelah lama diam membisu. Kemudian dia bangun.

"apa-apa untuk kakak.. Ariz sayang kakak" pipi aira dicubit lembut. Aira kemudiaannya ketawa diikuti oleh ariz.

"ok.. Kakak turun dulu.." tangan sudah membuka pintu. Aira berpaling kearah ariz. Ariz menganguk sambil tersenyum.

Kaki melangkah turun kebawah.

"AIRA!!"

Tegejut aira sebaik saja mendengar namanya dilaung kuat oleh zarina.. Hampir kakinya tidak menjejak anak tangga. Namun pantas tangannya memeluk penghadang tangga.

"ya Allah ibu.." zarina yang memandang aira menjadi serba salah. Marahnya kini bertukar risau.

"turun.. Abah panggil.." nadanya betukar tegas semula.. Apabila melihat aira sudah tegak bangun.

"duduk aira" arah muizz. Aira duduk bertentangan mengadap wajah muizz. Zarina duduk bersebelahan suaminya. Aira memandang wajah muizz dan zarina.

"abah nak bincang dengan aira ni.. Abah dengar benda tak elok perihal aira.. Aira berkawan dengan siapa sekarang ni.. Siapa budak laki tu" tanya muizz.

"nama dia nafis abah.. Dia datang dari kampung.. Kerja dekat sini.. Aira berkawan dengan dia sekarang"

"taknak bawa dia jumpa abah dan ibu ke.." aira hanya memandang tanpa menjawap.

"aira.. Serius kawan dengan dia" tanya muizz lagi.
Aira hanya mengangguk.

"ok.. Malam ni.. Jemput dia makan malam sekali.." membulat mata aira.. Zarina yang disebelah hanya memandang wajah suaminya.

"makan malam.."

"takkan ayah tak boleh kenal dengan menantu abah kan.. Nak juga abah bekenalan.." terang muizz. Dia harus berlembut dengan aira.. Hanya itu caranya.

"ok.. Nanti aira ambik dia" aira sudah bangun.

"pergi dengan ariz atau aliya.." pesan muizz lagi. Aira hanya mengangguk sebelum pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience