BAB 136 (TAMAT)

Romance Completed 107916

Eusoff menarik tangan aira turun kebawah bersamanya.. Lalu dibawa aira duduk di kerusi meja makan.. Pipi aira dicium Eusoff, tanpa segan silu didepan dua orang yang dari tadi asyik memerhati mereka dengan senyuman manis.

Wajah aira sudah bertukar kemerahan.. Lalu dia menutup wajahnya dengan tangan.. Menutup bahagian matanya. Manakala, tangan kanannya menyuapkan sudu ke mulut..

Eusoff senang melihat aira kembali memberi riaksi terhadapnya. Suka dia dapat mengusik aira seperti dulu..Sambil makan dia mengelus-elus rambut pendek aira. Aira hanya membiarkan saja Eusoff begitu.

"qalbi..." aira menjatuhkan tangan yang menutup mukanya tadi.

Memandang Eusoff yang duduk di sebelahnya. Dia melihat bibir Eusoff begerak.. Melafazkan 'I love You' versi tak bersuara.

Lelaki itu.. Langsung tak jemu.. Melafazkan kata itu.. Dari tadi.. Aira membalas dengan senyuman..

"alang-alang kita disini.. Kita honeymoon sekali.." kata Eusoff.

"kami dah nak balik esok" balas aira.. Menyudahkan suapan terakhirnya..

"kami.. Siapa kami tu.." Eusoff memintal rambut ikal mayang aira.

"dan siapa kata boleh balik esok" sambungnya lagi.

Aira mengangkat bahu.. Mencebik bibirnya..

"kami lah.." aira menunjuk kearah ramlah, riana.. Dan anak-anaknya..

"dan dua lagi lelaki di luar..josh dan qalif" kata aira.. Sebelum meneguk airnya. Memandang kearah Eusoff.

'dasyat bini aku.. Dia angkut satu rumah datang sini..' Eusoff menunduk menahan ketawa.. Dia menepuk-nepuk dadanya kemudiannya.

"lagipun majlis dah selesai.. Kami nak balik lah esok lepas shopping sikit.." aira bangun lalu mengutip pinggan kotor.

"majlis.. Majlis apa.." Eusoff membontoti isterinya.

"majlis anniversary daddy.. Walaupun terlambat sikit.." aira menjeling sekilas kepada Eusoff.

"oh.." Eusoff terangguk angguk..

'jadi bukan lari bawa diri.. Apalah yang aku pikir bukan-bukan..' kemudian Eusoff ketawa sendiri.

"kita stay sini seminggu.." Eusoff memeluk aira dari belakang dan meletakkan dagunya di atas bahu aira.. Membuatkan aira mengeraskan badannya.. Tangan Eusoff yang memeluk erat pingang aira, ditampar berkali-kali.

"lepaslah.. Malu lah orang tengok.." aira sudah cuak.. Memandang ke kiri dan kanan.

"tak..lagi tak setuju.." ugut Eusoff.

"kena balik lah.. Qalbii kena jumpa johan esok lusa.."

"sibuknya dia.." Eusoff gelak mengusik..

"hubby akan setelkan dengan johan.. Don't worry qalbii.." bahu aira dicium Eusoff. Eusoff mengesel geselkan hidung mancungnya disitu.

"aaa..yea lah kan.. Orang tu dah balik.." perli aira. Kini pipi aira menjadi serangan bibir Eusoff.

Akhirnya aira mengalah, Seminggu mereka menghabiskan masa di itali..Eusoff membawa keluarga besarnya melawat sekitar bandar itali.. Mereka pulang dengan pesawat peribadi milik keluarga O'meiiland.

Aira balik menyelesaikan saki baki yang tak sempat dia selesaikan sebelum ini.. Eusoff kembali mengambil alih semula pekerjaannya. Insan yang paling gembira adalah johan. Johan menceritakan segalanya, dalam tempoh dia berkhidmat di bawah aira. Eusoff yang mendengar langsung ketawa.. Bukan hanya johan sahaja mangsa disini.. Daniel juga turut terkena tempiasnya.

Aira menyerahkan belian milik muhaimin kepada muizz.. Muizz pada mulanya menolak.. Akhirnya dia memutuskan untuk berkongsi dengan waris adik beradik muhaimin yang lain. Mastura kini perlahan-lahan mula berbaik semula dengan muizz.

"qalbi.."

"yea hubby.." jawap aira yang sedang menyikat rambut amna..

"boleh nak tahu.. Satu saja lagi.." bersungguh Eusoff menunjukkan jari telunjuknya.

"masa dekat kapal tu.. Siapa lelaki rambut panjang yang..." belum sempat Eusoff menghabiskan ayatnya aira sudah menyembur kan tawanya.

"kenapa.. Jealous la tu kan.. Dah la kacak.. Kerabat pula.." kata aira bersungguh memuji.. Sambil bermain dengan pipi amna. Eusoff sudah menarik mukanya masam.

"ya.. Memang jealous.." kata Eusoff tanpa perlu dia sembunyi-sembunyi.

"panjang ceritanya..."aira mengaru kepala.. Memandang wajah Eusoff. Eusoff memeluk tubuh.. Memandang aira tepat. Seolah olah berkata 'ceritakan semuanya..'

" randika.. My cousin.. "kata aira. Eusoff masih dengan posisinya.

'dah kenapa.. Masih tak cukup ke..'

" keluarga asal dari nenek.. Qalbi balik sana pertama kali.. Jumpa dengan pakcik hadrian.. Dan dia tawarkan qalbii..naik ke kapal tu.. Dia suruh anak dia temankan qalbii.. Ya.. Anak dia tu.. Kerabat.. Lebih kurang.." jawap aira putus-putus.

"lagipun.."

"randika tu.. Dia.. Suami orang" aira mencubit pipi Eusoff lalu lari meninggalkan Eusoff. Suara ketawa aira jelas kedengaran sebaik saja aira keluar dari bilik.

"tengok mama kamu.. Suka kenakan abi.." rungut Eusoff kepada amna, yang turut ditinggalkan bersamanya.

Lima tahun pantas berlalu...

Rumah mereka kedengaran riuh rendah dengan suara kanak-kanak..

"amna.. Jangan berlari dalam rumah.." suara aira kedengaran.

"amran... Mari sini.. Kutip lego kamu.. Ni kalau mama jatuh macam mana" aira merebahkan dirinya disofa.

"qalbi.." aira mendongak.. Eusoff menyerahkan amsyar.. Yang berusia tiga tahun..

"ammar.. Panggil amran.. Suruh dia kutip lego dia" Eusoff menunjukkan ruang tamu mereka yang berselerakkan dengan lego milik amran..

"kutip cepat.. Sebelum mama kamu terpijak." sambungnya lagi..

Datang amran dan amna.. Amran segera mengutip legonya yang bertaburan.. Memasukkan kedalam bakul mainannya.

"abi nak keluar dah ni.. Ammar jaga mama yea.. Jaga adik-adik.." kepala ammar dielus lembut.

Ammar mengambil tangan Eusoff lalu di salamnya.. Diikuti oleh amran dan amna.. Si kecil amsyar pun turut menghampiri dan bersalaman..

Eusoff berjalan mendekat.. Aira yang sedang duduk mengelus perutnya yang sarat.

" baby.. Behave ya.." katanya berbisik diperut aira.. Perut yang sarat itu diciumnya..

Aira mengambil tangan Eusoff lalu dicium belakang tangan itu.. Eusoff membalas dengan mencium dahi aira..

"apa-apa call..ok.." pesannya lagi.

Sempat Eusoff melirik memandang ramlah yang sedia berdiri disitu.. Ramlah tersenyum sekali mengangguk kecil..

Aira bangun ingin menghantar suaminya kedepan pintu.. Walaupun ditegah Eusoff.. Masing-masing mula berbalah kecil.

Ramlah memerhati pasangan itu.. Pasangan bahagia itu.. Walaupun sebelum ini mereka diduga dengan dugaan tanggungjawab yang ditinggalkan kepada mereka.. Sanggup berpisah sementara.. Dan akhirnya mereka bersatu semula.. Jodoh mereka tetap kuat...

'moga jodoh mereka kuat... Sampai ke jannah..' doa ramlah.. Memerhati kedua-dua laki bini tersebut.

~TAMAT~

Share this novel

WaneyZack
2021-02-02 15:14:48 

Kan.. Akhirnya. Selepas perkhawinan pertama dia gagal.. Dia bertemu dengan seseorang yang boleh jaga dia dan ikhlas sayang dan cintakan dia

Roshasniah Mustafa
2021-02-02 08:17:35 

best crite ni...bahagia jugak aira..tahniah waney


NovelPlus Premium

The best ads free experience