BAB 126

Romance Completed 107916

Kelab malam yang terkenal di ibu kota menjadi pilihannya untuk berhibur disamping bersuka ria bersama kekasih bayarannya..

Kaki melangkah masuk ke dalam kelab malam tersebut. Langsung tidak takut dengan gangguan dari lelaki miang yang bakal dia bertemu didalam kelab tersebut. Dengan mengenakan dress paras peha.. Pakaian yang melekat di tubuh.. Membuatkan tubuhnya dapat dilihat jelas oleh lelaki mata keranjang disebalik pakaian tersebut.

Ditarik lelaki bayarannya melangkah naik ke lantai tari, berhimpit-himpit masuk mencelah orang ramai.. Ada tangan-tangan gatal yang meraba tubuhnya dibiarkan sahaja.. Di lagi suka bila orang mula memuja kecantikan yang dimilikinya.

Badan terlentok lentok.. Menari mengikut irama muzik yang langsung tak difahaminya.. Bunyi yang bingit.. Sehinggakan jantungnya turut terasa.. Orang yang berada di sekeliling langsung dia tak hiraukan. Janji dia puas.. Bersuka ria sampai ke pagi..

"uit... Tengok tu.." menunjuk kearah perempuan yang menari dengan asyiknya..

"cantik" kawannya terangguk angguk mengikut rentak lagu yang bingit itu.

"jom lah.. Mata tahu, dapat rasa ayam bandar.." pelawa kawannya..

Mereka berdua berjalan menyusup masuk kelantai tari.. Menari bersama dengan yang lain..

"heyy sexy..." tegurnya membisik ditelinga si gadis.. Si gadis membalas dengan seyuman lebar.. Membuatkan dua lelaki itu turut tersenyum

"hai..." balasnya..

"jom kita borak disana.. I belanja minum nak.. Sini bising" kawannya pula mengajak..

Dia mengangguk setuju.. Mereka bertiga, berjalan keluar dari lantai tari.. Lelaki upahannya ditinggalkan menari sendiri di lantai tari...

"saya alex dan ni kawan saya.. Nizam.. Si cantik namanya siapa.." tanya alex sambil tangannya bermain-main dengan rambut si gadis.

"nama I farah.. Farah hanim.. Panggil farah saja.." balasnya..

Mereka berbual bual kosong tak menyedari waktu sudah mula lewat.. Sudah masuk ke hari baru.. Dua lelaki itu keluar dari kelab membawa farah bersama.. Kemana lagi kalau tak ke hotel.

Ada satu susuk tubuh tersenyum sahaja memandang gadis itu dibawa pergi oleh dua lelaki.. Dia memandu mengikut kereta lelaki itu..

Dari jauh perlahan-lahan mengikut sahaja ketiga orang itu naik ke bilik mereka untuk malam itu.. Dibiarkan mereka bertiga selesai melakukan aktivi malam mereka.. Barulah dia merempuh masuk bilik tersebut.

Kaki melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Ketiga-tiga tubuh itu sudah terbongkang di atas katil keletihan. Pakaian sudah dibuang berterabur di atas lantai.

"haishhh.. Perempuan murahan" katanya.

Telefon bimbit diambil.. Lalu dia mengambil gambar tiga orang yang sudah tidur tidak sedarkan diri.. Rambut farah dibetulkan, agar menampakkan wajahnya. Dua lagi lelaki itu langsung tak memberi makna kepadanya..

Dia kemudiannya mencari salah satu telefon penghuni bilik itu. Dapat. Nombor pegawai agama didail.. Selesai dia memberikan maklumat. Dia melangkah keluar.. Sebelum keluar dia terpikirkan sesuatu..

"ya. Why not" katanya dengan gelakan kecil..

Satu tanda kecil dibuat diwajah cantik farah.. Farah yang sudah disumbat mulutnya.. Tidak menyedarkan diri.. Memudahkan kerjanya..

"cukuplah ni.. Nanti kau terjaga pula" katanya lalu meletakkan semula kepala farah ditempatnya. darah yang mengalir dibiarkan sahaja..

Kaki melangkah keluar.. Berjalan seperti tiada apa apa.. Dia berjalan ke arah lif.. Datang seorang menghalang laluannya.. Dia perlahan lahan berundur.. Mencari pintu tangga.. Pintu dibuka... Dan turun kebawah.. Terdapat juga seseorang disitu.. Menghalangnya. Tiada pilihan.. Dia memanjat tangga keatas.. Sehingga naik keatas bumbung hotel tersebut.

Di bumbung hotel tersebut dia mencari-cari jalan untuk melarikan diri.. Dia perlu mengambil risiko.. Dia perlu pergi. Dia tahu siapa yang mengejarnya. Baru separuh badannya memanjat tembok.. Terasa seseorang menariknya agar tidak terus melepasi tembok. Membuatkan tubuhnya terbuang semula di lantai bumbung tadi.

"nak apa ni" marahnya.. Dua lelaki itu terus memegangnya erat. Berlaku pergelutan disitu.. Membuatkan mereka termegah-megah..

Kemudian datang lagi dua orang.. Terus menangkap tangannya.. Dan memegangnya. Pintu dikuak dan keluar seseorang dari situ.

"hai M..." tegurnya.

M yang menunduk tadi mengangkat wajahnya.. Masih bertopeng rubah separuh wajah... Bibir merah delimanya tersenyum memandang lelaki yang menegurnya..

Lelaki itu menghampiri. Lalu mencekak pipi milik M.. M lalu menendang lelaki itu sampai langkah lelaki itu kebelakang. Membuatkan lelaki itu marah dan menampar M.. Topeng yang dipakai M dibukanya lalu dilemparkan le lantai. Wajah M dibawa naik oleh kedua tangan lelaki itu. Bila saja terpandang wajah pemilik si topeng rubah.. Lelaki itu terus melepaskan tangannya.. Dan jatuh terduduk.

"lepaskan dia.." arahnya tegas. Kepada dua lelaki yang kukuh memegang M.

"ratu" satu kata itu membuatkan dua lelaki tadi tergejut lalu turut berlutut..

"siapa ratu yang kau panggil... Bukankah kamu semua, sendiri yang lucutkan pangilan tu dari aku.." marahnya.. Berjalan mengambil topengnya lalu memakai semula diwajahnya.

"aku cabar kau, hebahkan siapa aku.. Dan satu lagi.. bagitahu penganti aku.. Teruslah hidup dalam bayang-bayang.." katanya dan berlalu pergi.

Langsung tiada kata yang dibalas untuk ucapan dari sang ratu.. Dipandang saja dia berlalu pergi meningalkan mereka ..

Rumah banglo yang terletak didalam hutan kini sunyi dikala waktu ini.. Lampu dari sebuah kereta melintasi masuk , memandu menaiki bukit untuk ke rumah banglo tersebut menarik perhatian beberapa penjaga disitu. Namun mereka tidak menghalang.. Setelah mengenali si pemilik.

Eusoff yang berada di lantai tiga turun ke bawah.. Memang kebelakangan ini.. Dia tidak dapat lelapkan mata diwaktu malam.. Kakinya sering berjalan ke satu tempat.. Namun dia belum sedia nak tonjolkan diri. Dia perlu pulih sepenuhnya.

"Rasydan.. Kamu dari mana ja ni.. Kenapa dengan muka kamu semua.." tanya Eusoff membelek wajah rasydan dan beberapa orang yang lain.. Semuanya bengkak-bengkak.

Salah satu lelaki itu melangkah masuk kedapur lalu membawa beberapa pad ais.. Lalu diberikan kepada mereka seorang satu..

" kami kejar M.. Tapi dia terlepas" jawap rasydan.. Meletakkan pad ais kewajahnya. Sambil memandang kearah anak-anak buahnya yang lain. Mereka yang lain hanya menunduk.

Imbas kembali.....

Bangun Rasydan dari duduknya.. Lalu mencekak leher baju anak buahnya yang sedang melutut.. Menariknya bangun.

"ratu pukul kau" tanyanya. Anak buahnya mengeleng.

Lalu dia berjalan pula kearah lagi dua anak buahnya.. Yang awalnya bergelut dengan ratu terlebih awal.

"kau"

"kau"

Kedua-duanya mengeleng..

"sekarang biar aku pukul korang berdua.." lepas tu menumbuk muka dua lelaki itu.

"giliran kau pula" dua lagi ditumbuk

" sekarang kau pula tumbuh aku"arahnya kepada salah seorang dari mereka. Apabila selesai.

"balik nanti.. Kamu semua kata M terlepas.. Faham" tegasnya

Tamat imbas kembali....

"kuat sangat ke M tu.. Sampai kamu semua tak boleh tangkap dia" tanya Eusoff. Wajah satu persatu yang berads di depannya dipandang.. Meminta jawapan.

"dia rubah.. Licik" jawap rasydan..

"tak apa.. Lepas ni biar aku yang uruskan dia.." putus Eusoff.

"ekk.. Abang."

"aku rasa dia bukan musuh kita.." kata rasydan..

"kalau betul dia bukan musuh.. Aku nak degar sendiri dari mulut dia.." kata Eusoff.. Tidak puas hati. Membuatkan Rasydan mengeleng.

"abang.. Tu bukan hal kita. Abang tak nak balik.. Ke keluarga abang.. Biar abang fateeh saja yang uruskan hal lainnya.." tambah rasydan lagi.

Eusoff tidak menjawap. Dia berlalu pergi.. Naik ke lantai atas. Dia sendiri tiada jawapan buat rasydan.. Mahupun dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience