BAB 67

Romance Completed 107916

Selepas aira ke nurseri.. Aira ke mike akademi.. Masuk saja di situ wajah isteri pemilik tempat itu sudah tersenyum manis kearahnya..

"Hi zulaikha.."

"Hi Della.. Its mike here.."

"yea.. Downstairs.."

Tanpa berlengah zulaikha turun kebawah.. Tak ramai orang harini.. Suara mike yang sedang mengajar tu bergema segenap ruang. Zulaikha berdiri bersama pelajar yang lain..

Mike perasan zulaikha sudah menyertai mereka.. Dia tersenyum..

"ok let continue.." mike mengerakkan jari telunjuknya memanggil zulaikha. Zulaikha mengikut langkah Mike.

"I have special class for you.. Come" kata mike.. Mike melangkah ke satu pintu.. Pintu dibuka.. Suis lampu ditekan.. Bilik yang gelap itu kini sudah terang.. bilik sederhana itu.. Sebuah bilik kosong.. Sesuai untuk latihan individu dan berpasangan.

"I don't understand.. Special class.." tanya zulaikha.. Dahinya mula bekerut..

Mike meneruskan kerjanya.. Dia memberi isyarat tangan.. Zulaikha mengangkat tangannya mengikut langkah mike.. Tangan zulaikha dibalut dengan boxing bandage strap..

"First warm up.. Wait until he arrives ..." kata mike tekun membalut tangan zulaikha. Dapat dia melihat wajah zulaikha yang tidak puas hati itu.

"Who should I wait for?" tanya zulaikha, dia melihat tangannya yang sudah siap dibalut.

"Your new training partner" kata mike sambil tersenyum. Pintu bilik itu ditutup.. Tanpa berlenggah.. Zulaikha mula sesi memanaskan badan..

Pintu dibuka dengan cermat.. Dia melihat wanita itu asyik merenggangkan badannya.. Kemudian berlari setempat.. Pintu ditutup..

KLAK.. Punat kecil ditekan. Pintu sudah terkunci.

Aktiviti Zulaikha terhenti.. Lelaki yang memasuki bilik itu ditenungnya dari atas kebawah.. Lelaki itu hanya berbaju putih nipis tidak berlengan menampakkan tatto di lengan kanannya.. Mulutnya dipakaikan topeng mulut..

'pelik lah lelaki ni.. Kenapa nak tutup muka bagai.. Kenapa tak pakai topeng ja.. Baru tak nampak muka tu kan senang...' rungut zulaikha sendiri..

"my new training partner?" tanya zulaikha. Lelaki itu hanya diam.. Dia berjalan sekeliling bilik.. Bila sampai kepada zulaikha.. Zulaikha turut menjauhi.. Mereka begerak arah membulat.

"Ready" sepatah kedengaran suara lelaki misteri itu.. Dia sudah mengangkat tangan paras muka bersedia dan membongkokkan sedikit badannya .. Zulaikha pun membuat gaya yang sama.. Kepala dianggukkan sedikit..

Tumbukan pertama dilepaskan.. Hampir mengenai muka zulaikha.. Pantas zulaikha mengelak.. Kepala zulaikha dipaut.. Lutut lelaki naik mencari sasaran.. Zulaikha menampan lutut itu dengan kedua tangannya. Kemudian dada lelaki itu ditolak kuat.. Terkebelakang dia selangkah.

Zulaikha menumbuk kearah lelaki tersebut. Tangan zulaikha ditempis.. Laju lelaki itu menyepak kaki zulaikha.. Dia tak sempat mengelak.. Terasa pedih sampai ke tulang.

'kenapa mamat ni.. Training kan.. Kenapa tendang betul-betul.. Main kasar kau ni..Lebam lah kaki aku bodoh' marah zulaikha.

Zulaikha menumbuk.. Ditempis lagi.. Semasa lelaki itu menepis zulaikha menendang peha lelaki itu.. Terbongkok badannya.. Dia menepuk nepuk pehanya.

Lelaki itu berjalan laju kearah zulaikha.. Sikunya melekat dileher zulaikha sehingga badan zulaikha ke belakang belanggar ke dinding.. Zulaikha menepis siku itu kuat.. Dengan pantas dia memaut kepala lelaki itu sehingga terdorong kebawah.. Dan lutut menghentak dada lelaki itu.. Aira menyiku belakang kepala lelaki itu..

Lelaki itu menjarakkan diri.. Sambil menunjukkan ibu jari kepada zulaikha. Dan dia bersedia dalam posisi menyerang lagi.. Zulaikha ke tengah bilik semula.. Dengan laju lelaki itu merempuh zulaikha sehingga dia terjatuh kelantai.. Mulalah mereka bergelut.. Mengunci antara satu sama lain..

Tubuh mereka terlalu rapat.. Sehingga menyesakkan zulaikha.. Mereka berdua bergelut zulaikha mula tak selesa dengan situasi itu.. Dia mula menumbuk dan menyiku secara rawak kearah badan lelaki itu.. Tangan zulaikha dikunci.. Kaki zulaikha menangkap pinggang lelaki itu.. Dan dia cuba mengangkat pinggangnya menolak tubuh lelaki itu sekuatnya.. Tubuh mereka bergolek.. Kini zulaikha diatas.. Segera zulaikha bangun dari posisi itu. Sungguh dia tak selesa..

'tak guna.. Apa dia buat tadi..' rungut zulaikha.

Kini zulaikha yang tengah berang dengan lelaki itu.. Dia menyerang bertubi-tubi.. Menggunakan tangan berselangan dengan kakinya.. Ada yang kena.. Ada yang ditempis.. Sampai dua-dua merasa lelah.. Peluh menitik didahi.. Sungguh lelaki didepannya bukan calang-calang.. setiap gerakannya pantas.. Dan lincah..

"That's enough for today" kata lelaki itu. Lelaki itu membuka pintu dan terus pergi..

Mike masuk mendapatkan zulaikha.. Dia senyum melihat keadaan zulaikha yang sudah mandi peluh.

"how zulaikha.. special training with new partner" tanya mike.. Sambil membuka balutan tangan zulaikha.

"that not training.. He hit me really hard" rungut zulaikha. Zulaikha berlalu pergi.. Selepas tangannya bebas dari tali pembalut.

Sungguh hatinya geram dengan mamat tu.. Mesti badannya akan lebam nanti.. Bukan marahkan sebab sakit.. Tapi dia geram takdapat kalahkan lelaki itu. Dia meraup wajahnya kasar.. Siap la kalau aku jumpa kau lagi.. Dia melangkah keluar dari akademi.. Teguran Della tidak diendahkan..

Kakinya berjalan laju.. Seakan-akan berlari.. Sampai dikereta dia menarik nafas dalam.. Dia masuk kedalam perut kereta. Enjin dihidupkan. Dia memandu pulang ke rumah keluarganya..

Sampai dirumah zarina sedang melayan Jovelyn dengan Ammar diruangtamu..

"aira lewat balik.." tegur zarina..

"kejap ibu.. Zulaikha nak mandi" Dia terus masuk ke bilik.. Membersihkan diri.. Solat..

Pintu bilik dibuka.. Eusoff masuk kebilik.. Dia melihat aira yang sedang solat..

"kenapa tengok Qalbii macam tu" tanya aira.. Selepas selesai solat.

"tengok isterikan dapat pahala.." jawap Eusoff lembut sambil tersenyum manis.

"Hubby ingat nak ajak Qalbii pergi rumah kita" kata Eusoff

"maaf qalbii balik lambat.. Esok boleh.." aira memandang jam di dinding.. Hampir pukul 6.30 petang.. 'ahh.. Lambat solat asar aku.. Semua salah mamat tu.. Aku balik lambat' aira meraup wajahnya.

"ok... Esok.. Malam ni boleh packing baju .." aira mengangguk.. Aira bangun.. Telekung dibuka..

"Qalbii" panggil Eusoff.. Aira terasa suara suaminya sangat dekat dengannya selesai menyidai telekung dan sejadah.. Dia berpaling.. Memang dekat pun hampir kepalanya belanggar dengan dagu Eusoff. Aira kebelakang setapak..

"ya Hubby" aira menjawap. Mereka bertentangan mata.. Pipi aira dioles lembut dengan belakang jari telunjuk Eusoff. Sebelah tangan lagi memegang pergelangan tangan aira.. Muka aira sudah berubah merah.. Dia menunduk..

"Ni untuk Qalbii" jari yang mengelus pipi itu menunjukkan sesuatu didalam gengamannya.

"rantai.. Untuk apa" bekerut wajah aira.

"mari Hubby pakaikan" Eusoff memakaikan rantai ke leher aira.. Aira begerak ke cermin meja soleknya..

"cantiknya hubby.. Terima kasih.. Tapi rantai ni untuk apa" aira memegang rantai tersebut.. Tanggan terhenti di loket yang berwarna hijau itu.. Batu zamrud berbentuk bujur.. Dikelilingi dengan batu berlian berwarna putih..

"tu rantai arwah ibu hubby.. Dia memang nak berikan kepada menantunya.. So.. It for you.. Hadiah darinya.." kata Eusoff.

"terima kasih" aira masih membelek dirinya di dalam cermin.. Pipi aira dicium oleh Eusoff..

"cantik.." kata Eusoff sambil memandang pantulan imej aira didalam cermin. Wajah aira yang berona merah itu diperhatikannya.

"emmmhh.. Aira nak kedepan.. Ambik ammar.. Kesian ibu nak rest.. Seharian jaga ammar.." aira melangkah pergi..

'adoiii.. Malu.. Kenapa bila dengan Eusoff.. Aku malu sangat.. Sikit-sikit muka rasa membahang.. Haisshh.. Bukan dia buat apa pun.. Cium pipi ja..' bebel aira sendiri dalam benaknya.

Eusoff menggelengkan kepalanya perlahan.. Sambil tersenyum melihat wajah aira yang malu-malu keluar dari bilik.. Pelipisnya digaru perlahan.. Kenapa lepas kahwin makin bertambah malu si aira tu..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience