BAB 66

Romance Completed 107916

Dewan makan di Elif Hyri Resort mula dipenuhi oleh sanak saudara terdekat daripada keluarga Muizz dan juga Zarina.. Mereka juga menjemput anak-anak yatim berdekatan untuk menghadiri masjid tersebut..

"masjid apa ni zarina.. Mak tengok bukan macam majlis kesyukuran saja" tanya Rafiqah.. Ibu tiri zarina.

"majlis kesyukuran mak.. Sekali dengan majlis aqiqah cucu saya.." jawap zarina..

Rafiqah tidak puas hati.. Dia pergi mendapatkan aira.. Yang sedang mendukung Ammar. Sambil berbual dengan kawannya awatif.. Aira yang tampak ayu berjubah hijau lembut yang dihiasi bunga-bunga timbul di hujung kaki dan tangan.

" comel cicit nenek yea.." tegur Rafiqah..sambil mengacah Ammar. Membuatkan perbualannya dengan awatif terhenti.

"eh... Nenek.. Bila sampai.. Jemputlah makan.." tangan disalam.. Sambil mulut berselawat.

"baru saja sampai..tu ha.. Wan kamu tengah makan.. Ni.. Majlis kesyukuran apa sebenarnya ni.." tanya Rafiqah. Kebetulan Eusoff datang mengambil Ammar..

"nenek.. Jemputlah makan.." pelawa Eusoff.. Rafiqah mengangguk dan berlalu pergi. Dari jauh dia perhatikan .. Eusoff dan aira nampak mesra.

"hubby jom ikut qalbii.. Nak kenalkan dengan someone " ajak aira.. Eusoff mengangguk dan mengikut langkah aira.. Lelaki bersama keluarganya yang sedang makan ditegur oleh aira.

"hubby kenalkan.. Ni abang fateeh.. And family dia" Eusoff menyalam lelaki tegap didepannya. Fateeh senyum dan menyambut tangan dari pengantin baru itu. Aira sedang bersembang dengan isteri fateeh.. Sepasang anak mereka sedang makan di sisi mereka.

"qalbii..jom ikut hubby kejap.." Eusoff mengengam tangan aira.. Sebelah lagi dia mendukung Ammar.

"kita nak kemana" tanya aira.. Namun tak dijawap oleh Eusoff.. Eusoff hanya membalas dengan senyuman. Aira dibawa hingga ke pantai.

"nak buat apa dekat sini" aira mengaru pelipisnya.

"kita ambil gambar outdoor" kata Eusoff sambil menunjukkan beberapa orang yang sudah menunggu dipantai.. Aira menekup wajahnya.. Bahu Eusoff dipukul perlahan.

"kenapa tak bagi tahu.. Malulah.."

"saja lah.. Kalu bagitahu tak surprised la.. Kan Ammar.." Eusoff mencucuk perut ammar sehingga ammar ketawa suka..

Macam-macam gaya mereka gayakan di tepi pantai.. Tanpa mereka sedari.. Sepasang mata sedang memerhati mereka.. Selesai sesi begambar.. Mereka mahu kedewan untuk bergambar bersama ahli keluarga mereka yang lain.. Asyik pasangan itu berjalan berpimpin tangan.

PANG...

pipi aira ditampar.. Terteleng kepala aira.. Wajahnya yang sedang senyum tadi terus bertukar menjadi marah..

"apa nak jadi dengan kamu ni aira.. Berpeluk dengan jantan tu.. Tak tahu malu.. Nenek ingat kamu tu baik sangat.. Perempuan murahan.. Nasib aku tak kahwinkan kamu dengan anak saudara aku.." marah Rafiqah..

"kenapa nenek marah aira.. Kami ni suami isteri.." terang Eusoff.

"kau orang luar.. Jangan nak tipu aku.. Jangan campur urusan aku" marah Rafiqah. Jari nya ditunding tepat kemuka Eusoff.

"siapa yang orang luar ni... Sedar diri sikit.." marah aira.. Eusoff menarik aira menjauh.. Aira dah gaya ayam jantan nak berlaga saja..

"aira.. Jangan.." tegur Muizz.

"ha.. Bagus kau ada sini..kau tengur anak perempuan kesayangan kau ni.. Tak reti hormat orang tua.. Buat maksiat terang-terang.." hambur Rafiqah.

"mak.. Mereka tu dah nikah.. Eusoff tu.. Suami aira yang sah.. Mak jangan nak fitnah bukan-bukan.. Majlis ni majlis untuk mereka.." terang Muizz.

"dah tu kenapa nak sembunyi - sembunyi.. Mana laki dia yang dulu. Dah cerai.. Hah.. lepas tu kawin dengan laki ni pulak.. Sebab dia kaya.. Macam tu" sindir Rafiqah. Aira sudah mengangam penumbuk menahan marah.

"mana ada sembunyi.. Ayah pun tahu.. Yang tak tahu tu.. Mak seorang saja.. Semua yang hadir pun tahu.." dengan perasaan marah dan geram.. Rafiqah berlalu pergi.. Sambil mulutnya membebel.

Eusoff mengosok pipi aira yang kemerahan.. Laju ditempis oleh aira.. Eusoff memandang kedalam anak mata isterinya..

" zulaikha.. "panggilnya.. Zulaikha berpaling.. Kepada Eusoff..

" dah.. Tak ada apa.. Semua dah ok.."pujuk Eusoff.. Zulaikha memandang fateeh jauh menunggu di sudut disana..

" kejap.. Ada hal.. "katanya dingin dan berlalu pergi.

Eusoff hanya memerhati.. Zulaikha tekun mendengar setiap kata yang dituturkan oleh fateeh.. Diselang seli dengan anggukan kecil..

" Eusoff ok... "tanya muizz.

" Insya Allah.. Eusoff ok.. "senyuman tak lekaq dibibirnya.. Pelahan-lahan dia berjalan kearah isterinya.

" saya balik dulu lah yea.. Eusoff "kata fateeh sambil tangan dihulurkan untuk bersalaman. Eusoff menyambut.

" terima kasih sudi datang.. Assalamualaikum "
Fateeh beredar selepas salam dijawap..

" hubby sorry pasal tadi.. "kata aira perlahan sambil menunduk..

" takpa hubby faham.. So depan hubby ni.. My qalbii kan.. Ke zulaikha "usiknya.. Aira senyum.

" better hubby don't meet him.. " balas aira perlahan.

'aira.. Jangan risau.. Abang akan uruskan tu..abang akan jumpa dengan zulaikha.. Kamu berdua cinta hatiku. Akan ku tawan kedua-duanya sekali' Eusoff tersenyum sendiri.

" mana Ammar.." tanya aira.

"abah ambil.. Semua pakat tanya mana cucu abah.. Tu yang tadi abah cari ammar.." balas Eusoff.

"jom ikut hubby.. Meet someone.. I think they're here" sambil Eusoff melihat ke arah jamnya..
Aira menurut.

'siapa yang someone tu.. Family dia kah.. Hmm siapa.. Kenapa banyak sangat surprise ni..' aira masih berfikir. Tak sedar pun dia sudah berada di lobby resort..

Berlari-lari Jovelyn memeluk kaki aira.. Aira tergejut terus memandang kebawah.. Bila kakinya dipaut. Dia tak dapat begerak lagi.

"mama... Mama... Miss you so much.." renget Jovelyn sambil menarik kain jubah aira.

"ya Allah.. Sayang ke.. Mama miss you too Sayang.." terus aira melutut .. Pipi Jovelyn dicium kiri dan kanan... Dipeluk tubuh itu erat..

"come meet my mummy.." ajak Jovelyn.. Tangan aira ditarik supaya mengikutnya. Eusoff sudah berada di dalam kelompok kecil itu..

"qalbi.. Meet Jovelyn mummy.. Felicia.. His husband Damian.. And their two children marcel and matius" terang Eusoff.

"Hi I'm aira, Nice to meet you" aira bersalaman dengan felicia.. Felicia menarik aira untuk berpeluk dan pipi aira dicium..

Aira hanya membalas senyuman dan anggukan kecil kepada damian.. Aira memandang anak felicia.. Comel.. Kedua-duanya berambut perang.. Wajah memerah seperti tebakar.. Mungkin sebab panas..

"congratulations on your wedding, i'm very happy for you.. Have are happy live forever .." kata felicia kepada aira.. Mata mereka bertembu..anak mata felicia bwrwarna biru kristal.. Sama seperti anak mata Jovelyn..

"thank you felicia.." balas aira.. Tak sangka felicia mudah mesra seperti Jovelyn.. Aira mendukung marcel yang berusia tiga tahun itu.. Comel.. Berambut kerinting.. Jovelyn terus mencebik..

"Jovelyn.. Don't make a face like that .." pipi jovely dicubit manja.. Oleh aira.

"I wants to play with baby ammar .. Don't want to be friends with mama.." rajuknya.. Aira sudah gelak..

"alahai.. Merajuk pulak.. Merajuk pun still cute" felicia mengambil Marcel dalam dukungan aira..dia memberi isyarat supaya memujuk Jovelyn.

"come.. We go eat first.. Then you can rest in your room after that " ajak Eusoff.. Mereka berjalan ke dewan makan.. Beg mereka sudah diletakkan ke dalam bilik mereka.

Sampai dewan makan.. Eusoff mengenalkan felicia dan keluarganya kepada muizz dan zarina.. Walaupun berbeza bangsa dan agama.. Felicia dan Damian mudah mesra.. Martius dibiarkan berlari-lari bersama Jovelyn.. Didalam dewan.

"aira.. Kami balik dulu"

"terima kasih bella.. Terima kasih sudi datang.. Makan kenyang tak ni"

"kenyang la.. Buncit perut aku" katanya sambil mengosok perut.. Iqbal ditepinya hanya tersenyum...

"nanti kenduri jangan lupa jemput" usik aira.. Iqbal mengangguk..

"ok lah kami balik dulu.. Selamat pengantin baru semoga bahagia sampai ke jannah" kata Iqbal.. Bella disebelah tersengih..

"terima kasih.. Balik elok-elok.. Jangan singgah merata.." usik aira.. Pasangan itu berlalu pergi.. Aira memandang segenap dewan makan.. Masih bersisa tetamu yang masih menjamu selera..

"qalbii.. Rasanya Ammar dah mengantuk ni.." kata Eusoff yang sedang mendukung Ammar.. Ammar sedang mengosok matanya.. Terbit rengekan dari mulutnya. Aira mengambil Ammar.. Laju dia menepuk dada Aira..

"kejap sayang.. Kita masuk bilik.." aira memujuk Ammar.

"qalbii.. Boleh pergi sorang ke" aira mengangguk.. Eusoff memandang dua insan kesayangannya berlalu pergi.. Sehingga hilang dimatanya.. Baru dia masuk semula ke dewan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience