BAB 87

Romance Completed 107916

"hubby.. Cepat la bangun.. Siap.." laung aira.. Sambil mengoyang-goyangkan bahu Eusoff.. Eusoff menarik bantal dan menutup mukanya.

Aira yang sudah siap.. Mengemas beg pakaian mereka.. Semua sudah siap.. Cuma Eusoff saja yang masih tidur di atas katil.. Sengaja melengahkan masa..

" ok. Kalau tak bangun.. Qalbi pergi ambik ammar sendiri.. Hubby tunggu saja sini sorang-sorang" ugut aira..

"ugut yea.. Dasyat.. Bini siapa lah ni" ketawa Eusoff meletus.

"entah" jawap aira acuh tak acuh.. Sambil bercekak pingang..

"ok... Qalbi sayang.. Kita pergi ambik ammar yea.. Risau betul mama ammar ni.. Sampai tidur pun tak lena.." usik Eusoff sambil memicit kedua-dua pipi aira..

"cepatlah" balas aira lemah.. Dia duduk di birai katil.. Eusoff berlalu ke bilik air..

"ammar.. Harap semuanya ok.." aira terbaring diatas katil.. Sementara menunggu Eusoff mandi..

Eusoff keluar dari bilik air.. Melihat aira terbaring diatas katil.. Dia mengeleng..

'teruknya rindukan ammar.. Semalaman tak tidur lena.. Aira.. Aira.. Boleh dia bagun berkali-kali semata-mata nak tengok hp.. Takut kalau ada call dari Nafis.. Cemburunya...' dia ketawa kecil. Pipi aira di elus lembut.

Aira membuka matanya perlahan.. Eusoff sudah siap berpakaian.. Tersenyum kearahnya.. Indahnya.. Buka mata.. Ada wajah manis sedang tersenyum..

"jom.. Ambil ammar" lembut bicara Eusoff. Aira mengangguk.. Eusoff menarik tangan aira perlahan.. Terbangun aira dari baringannya.. Terus masuk ke pelukan Eusoff.. Pipi aira dicium oleh Eusoff.

"dah-dah.. Nak ambik ammar kan" dada Eusoff ditolak sedikit..

"saja ja.. Mana tau.." usik Eusoff dengan senyuman nakal. Aira mengeleng.. Pelukan dileraikan..

Mereka bertolak ke rumah keluarga Nafis.. Selepas sarapan dan daftar keluar dari hotel.. Setibanya di rumah Nafis.. Dia melihat kelibat Syafinas sedang berdiri diluar rumah.. Mungkin baru sampai juga sama seperti mereka.

"mama... Mama..abiiiii....abiiiii" keluar ammar dari dalam rumah berlari riang.. Mendapatkan Eusoff.. Aira memeluk tubuh tidak puas hati.

"amboiii.. Mama yang didepan ni.. Dia buat tak nampak saja.. Abi jugak yang dia cari" aira dengan nada merajuk..

"ammar.. Bagi mama marah la.. Cepat peluk mama" Eusoff menurunkan ammar dari dukungannya..

Aira berpura-pura merajuk.. Berpaling ke lain.. Dan berjalan meninggalkan ammar.. Ammar berlari menarik kain mamanya.. Sambil menagis bersungguh.

"mama.. Mama" panggil ammar.. Berusaha memujuk mamanya..

"sudah mengusik ammar tu Qalbi.. Sampai keluar air hingus dah tu" tegur Eusoff..

"ammar suka tidur dengan papa malam tadi" ammar mengangguk.. Aira memeluk ammar..

"dah tak mau nangis.. Big boy kan.. Abang ammar.. Malu kalau syafiyya tengok ni.." air mata amar diseka dengan tangannnya.. Ammar memeluk era leher mamanya.. Pipi aira dicium kiri dan kanan..

Razita dan Nafis yang berdiri di depan pintu hanya memandang dengan senyuman.. Syafinas diam memandang Eusoff dari tadi.. Eusoff lansung tidak mengendahkan syafinas, serupa tidak wujud syafinas disitu.

"jom masuk.. Kita makan dulu" pelawa razita..

"kami dah makan mak..datang nak ambil ammar.. Lepas tu nak balik terus.. Takut lewat pula sampai nanti.." tutur aira lembut.. Syafinas menjeling apabila mendengar suara aira.. Tambah pula melihat aira bersalaman dengan mertuanya siap cium-cium pipi lagi. Bertambah geram pula melihat aira.

"macam tu ka.. Tak pe la.." kendur suara razita.. Aira memeluk tubuh tua itu..dengan senyuman.

"aira.. Boleh abang cakap sikit" kata Nafis.. Dan berlalu pergi ke bawah pokok manggis yang rendang..

Aira memandang Eusoff.. Meminta izin.. Eusoff mengangguk kecil dengan senyuman. Ammar yang didukung oleh aira.. Diambil oleh Eusoff. Aira melangkah kearah Nafis yang sedang berdiri memandang kearah jalan.

"yea.. Nak cakap apa"

"abang nak minta maaf.. Atas apa yang berlaku sebelum-sebelum ni.." Nafis berpaling memandang aira disebelahnya.

"aira dah maafkan semua..aira tak simpan dalam hati pun" jawap aira dengan senyuman..

'senyuman itu.. Senyuman manis tu.. Wajah yang tersenyum indah.. Yang dulu hanya aira tujukan kepadanya.. Kini bukan miliknya lagi.. Sakit.. Sakit hati untuk melepaskan orang yang kita sayang.. Untuk dia bahagia tambah pula didepan mata kita' Nafis menarik nafas dalam..

"abang harap aira akan jumpa dengan lelaki yang akan jaga aira sebaik mungkin.. Dan aira akan bahagia bersamanya.. Abang doakan kebahagiaan aira.." kata nafis dengan senyuman.

"terima kasih.. Nafis"

"ni.. Untuk ammar.. Maaf abang culas sebelum ni" Nafis mengeluarkan buku kecil dari poketnya.. Lalu diberikan kepada aira.. Aira menyambut..

"nafis.. Aira tak..."

"ni tanggungjawab abang.. Kalau abang terlepas didunia.. Di akhirat.. Abang tak akan terlepas.. Abang taknak.. Cukup lah sebelum ni abang lalai.." aira mengangguk faham..

Eusoff memandang dari jauh isterinya yang sedang berbincang dengan Nafis..

"hai.. Awak ni siapa yea.." tanya syafinas yang dari kemarin bertanda tanya..

Eusoff memandang syafinas dengan hujung mata.. Yang sedang tersenyum manis kearahnya..

"alah.. Sombongnya.. Tanya saja pun.." syafinas mencebik..

"masuk lah inas.. Pergi suapkan fiya makan.." potong razita dari dalam.. Dia perasan Eusoff beriak tidak selesa.. Syafinas masuk kedalam rumah dengan menghentakkan kakinya..

"maaf Eusoff.." razita menundukkan wajah.. Malu terhadap tetamunya. Air kopi panas dihidangkan diatas meja..

"eh tak apa makcik.." Eusoff memaniskan wajahnya..

"assalamualaikum" naim memberi salam..

"waalaikummusalam.." jawap Eusoff dan Razita.. Serentak..

"nasib tak balik lagi..pakcik pergi ambik buah dekat dusun.." naim ketawa bersalaman dengan Eusoff. Naim menunjukkan sekotak buah-buahan tempatan..

"lah.. Pakcik.. Susah-susah saja" kata Eusoff.. Ammar di pangkuannya diletakkan dibawah.. Eusoff membuka bonet keretanya.. Kotak buah tadi diletakkan didalam bonet kereta..

"apa tu.." tanya aira..

"buah.. Kalini banyak sikit hasilnya...." jawap naim sambil ketawa..

"mak.. Mana semua.. Sunyi je" tanya aira.

"hmm.. Tak ada siapa.. Mereka keluar ke pasar.. Singgah beli barang sekali.. Keluar dengan laki natrah.." aira mengangguk..

"kami balik dulu lah mak.. Ayah" mereka bersalaman..

"nanti datang lagi yea... Cucu nenek ni.." razita mencium pipi ammar..

Kereta berundur keluar dari pekarangan rumah tersebut.. Hon ditekan.. Tangan berlambaian.. Masing-masing memparmerkan wajah ceria..

"nafis.." razita memanggil anaknya..

"ya mak.."

"bincang apa tadi.. Dah selesai" tanya razita.. Nafis mengangguk..

"dah mak.. Baru lega hati ni mak.. Kalau tak.. Serba tak kena je..." nafis terseyum.

"alhamdulillah.. Takpa lah.. Kita buat cara mampu.. Dah masuk pergi tengok fiya tu.." arah Razita.. Nafis menurut..

Kereta dipandu ke pekan.. Eusoff berhenti untuk mengisi minyak kereta.. Kemudiannya dia singgah ke kedai sebaneka.. Membeli kudapan dan minuman.. Sebungkus beg plastik disuakan kepada aira.. Tersenyum lebar aira melihat kudapan yang terdapat didalam beg tersebut.. Bungkusan biskut mini chipmore dibuka.. Disuakan biskut tersebut kearah ammar yang berada dibelakang..

"Qalbi borak apa dengan Nafis tadi" tanya Eusoff setelah mula memandu semula di jalan raya..

"tak ada apa. Dia bagi buku bank atas nama ammar..."terang Aira.. Eusoff mengangguk.

Bunyi nyaring dari telefon milik aira.. Mematikan perbualan mereka.. Aira mencari hpnya didalam beg tangannya.. Eusoff hanya memerhati sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience