BAB 128

Romance Completed 107916

Sampul berwarna merah diambil dari peti surat.. Tiada apa-apa maklumat ditulis disitu.. Hanyalah terdapat huruf M berwarna emas dihujung sampul tersebut.. Ethan segera mendapatkan tuannya..

"tuan.. Ini" dia menyerahkan kepada firman hamsyari.

"apa benda ni" sampul merah tersebut bertukar tangan. Melihat huruf M keemasan itu membuatkan dirinya menjadi marah.. Lalu sampul itu dikoyak kasar.Isi sampul dikeluarkan.. Hatinya makin mengelegak melihat isi samout tersebut...

"kurang ajar.." gambar itu dibuang kasar kelantai.

"aku nak M tu ethan.. Aku tak peduli, macam mana sekalipun.. Aku nak dia." marah firman. Mencekak kasar leher baju ethan.

"mana cik kesayangan kau tu" tanya firman dekat ditelinga ethan.

"tak tahu tuan.. Dia tak balik sini" jawap ethan berhati-hati.

"tak tahu..!!!" jeritnya.

"Aku tak nak degar jawapan kau tu.. Aku nak kau cari tahu mana dia..bawak farah ke sini" leher baju ethan dilepaskan.. Perlahan lahan ethan mengurut bajunya yang kusut.

"tunggu apa lagi.. Pergi buat apa yang aku suruh.." tengking firman hamsyari. Ethan berlalu mengundurkan diri.

"budak mentah.. Nak main-main dengan aku.. Aku dah cukup malu hari tu.. Kau sengaja ugut aku guna anak aku pulak kali ni. Tak pedulilah siapa kau M.. Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing.." marah firman.

Gambar bogel anaknya yang berterabur dilantai dipijak begitu saja.. Makin panas hatinya terbakar.

" baby.. Kenapa marah-marah ni.. "keluar seorang perempuan dari bilik air. Yang hanya mengenakan tuala. Lalu mengutip gambar-gambar yang berterabur dilantai.

"oh no... It that your girl.. Farah kan ni.. Baby.." tanyanya. Lalu menghampiri firman..

"ya ya.. Dialah.. Anak tak guna.. Tak kenang jasa.. Tak cukup apa I dah bagi dekat dia.. Dia sengaja nak rosakkan nama I.. Berapa kali dah I pesan.. Pandai makan.. Pandailah simpan.. Anak bodoh..." marah firman..

"jangan marah macam ni.." tangannya mengurut dada firman.

"nanti u sakit macam mana.. Nanti dia datang u tanya lah dia.. Sebelum ni dia ok saja.. Kenapa tiba-tiba jadi macam ni" pipi firman dicium manja.

"nasib ada u... Nad.. Pandai pujuk I.." balas firman.. Lalu memeluk Nadia.. Membuatkan wanita itu ketawa suka.

"tuan-tuan.." ethan datang.. Dengan telefon bimbit ditangan.

"kau kenapa" marah firman, terasa terganggu dengan ethan yang datang mendadak.. Baru ingat nak bermesra dengan kesayangannya itu.

"cik.. Cik farah.." jawap ethan gagap.

"apa lagi dengan dia.. Apa lagi yang dia dah buat pula kali ni" marah firman, lalu melepaskan pelukan tubuh nadia.

"dia.. Ada dekat pejabat agama..kena tangkap...."

"tak guna punya anak!!!!" tempik firman..

"kau.. Kau pergi.. bawa ibu dia.. Bawa pergi keluarkan dia.. Lepas tu bawa terus dia kesini.. Paham.." arah firman.. Terangguk-angguk ethan mendengar arahan firman.

Petang itu ethan membawa farah hanim ke rumah firman hamsyari.. Firman memang sudah menunggu satu satunya anak perempuannya untuk datang berjumpa dengannya.

Masuk farah kedalam rumah banglo itu diiringi oleh ethan.. Pembantu setia ayahnya.

"apa yang kau dah buat farah.." tanya firman sebaik saja farah melangkah masuk ke dalam bilik bacaannya .. Dia mengangkat mukanya memandang wajah farah. Ada pembalut luka di pipi kiri farah.

"kenapa dengan muka kau" tanya nya lagi. Farah terus menangis.. Menutup wajahnya dengan tangan..

"muka.. Muka farah dah cacat" raungnya.

Firman bangun menghampiri farah lalu mencabut pembalut tersebut... Terbeliak matanya memandang kelaran kecil berhuruf M.

"siapa.. Yang toreh muka kau ni.. M.. Kau kenal M" pipi farah dicekam oleh firman.. Merengus farah kesakitan.

"tak kenal.. Tak kenal.. Farah sedar saja dah jadi macam ni.. Jangan cakap ni musuh daddy.. M ni mesti musuh daddy kan.." marahnya.

"daddy tak kenal pun siapa tu M.." balas firman.. Sampul yang terisi gambar bogel farah dilempar di atas riba farah kasar. Membuatkan farah sedikit tersentak.

"mana daddy dapat ni.." tanya farah tergejut melihat gambarnya yang semalam.. Gambar yang masih baru. Dalam hati sudah memaki hamun si pelaku.

"farah.. Berapa kali daddy pesan.."

"daddy.. Farah tak tahu.. Dengan orang pejabat agama lagi.. Muka farah macam ni.. Farah.. Ada yang dengki kan farah.." marahnya..

"daddy tak tahu... Siapa M.. Jabbar pun dah tak ada.. Kalau dia ada boleh la daddy minta tolong dia siasat siapa M, sekali terus hapuskan M tuh.." kata firman

"what.. Uncle jabbar.. Kemana uncle jabbar.." tanya farah.

"dia dah mati.. Dibunuh" jawap firman..
Farah diam di tempatnya.. Tidak percaya..

"jadi kita macam mana daddy... Farah takut.." teriak farah..

"balik lah dulu.. Buat masa ni farah jangan terlalu menarik perhatian sesiapa.. Balik tinggal dengan ibu.. Sementara waktu.." arahnya.

"no.. Farah taknak.. Kalau dia ganggu farah dengan ibu macam mana.. Farah nak tinggal dengan daddy.." rayunya.

"Dengar cakap daddy.." kata firman dan pergi meninggalkan farah berseorangan didalam bilik bacaan. Membuatkan farah mrngenangkan nasibnya. Adakah dia akan diabaikan oleh daddynya, setelah banyak yang dia korbankan demi tinggal bersama daddynya.. Dan mendapatkan kesenangan yang boleh menjamin kehidupan di masa kedepan nya.

Aira membiarkan anak-anaknya bermain di dalam biliknya.. Semua ketiga-tiga anaknya.. Memang tinggal sebijik dengannya sejak Eusoff pergi. Bilik ammar hanya dimasuki bila ada keperluannya perlu diambil.. Kadang-kadang ammar sendiri suka bersendirian didalam bilik.. Untuk mewarna dan melukis.

Amran dan amna sudah hampir cukup sembilan bulan..amna sudah pandai berdiri dan berjalan sedikit sedikit mengikut alur dinding.. Cuma nya amran lebih suka merangkak dari cuba untuk terus berdiri..

"amran.. Tgok tu amna.. Berjalan sana tu.. Amran tak nak ikut amna.. Asyik duduk atas mama saja.. Lambat la gayanya amran nak berjalan sayang.." kata aira kepada amran yang datang duduk diribanya..

Aira menurunkan amran dari ribanya.. Lalu menunjuk kearah amna yang sedang meneroka setiap ruang bilik.. Amran tidak peduli.. Dia mengambil teddy bear nya dan duduk bermain sendiri..

Aira bangun.. Berjalan ke meja.. Lalu mengeluarkan sesuatu dari laci meja tersebut.. Kotak yang diberikan kepadanya. Kotak kayu.. Aira sendiri tidak tertahan rasa ingin tahu isi yang terdapat di dalam kotak kayu itu..

"kejap ya.. anak-anak.." aira berlari laju kebilik pakaian dan keluar semula..

Risau pula.. Kalau lama-lama.. Amna bukan boleh diharap.. Ada saja benda yang akan dibuatnya.. Bila melihat keadaan masih baik-baik saja.. Dia duduk semula.. Amran mula menghampirinya dan mencari ruang untuk naik ke riba aira.

"amran.. Tengok ni.. Cantik kan peti kayu ni.. Kita tengok ada apa dalam ni yea sayang.. Amna.." sekali dia memanggil amna.. Memberi amaran agar amna tidak jauh darinya.

Aira memasukkan kunci yang diberikan oleh neneknya.. Rantai yang mengandungi sepasang kunci.. Satunya berwarna emas.. Dan lebih kecil.. Dan kunci tersebut dipusing.. Tiada apa yang terjadi.. Aira meraba- raba lagi peti kayu itu.. Setiap ukuran itu disentuhnya.. Sampai terhenti di satu lambang.. Yang agak tengelam..

"cincin wan.." katanya lalu bangun membawa amran.. Kotak kayu itu ditinggalkan.

Aira mengambil cincin milik muhaimin yang dia rampas dari jari jabbar.. Lalu dia duduk semula di tempat tadinya. Muka cincin itu dimasukkan kedalam ukiran yang agak tengelam tadi.

PLAK..

Peti itu terbuka sedikit..jantung aira mula berdebar-debar.. Perlahan tangannya membuka peti itu.. Luas terbuka. Didalam peti tersebut terdapat satu kantung kecil kain baldu hitam.. Diikat dengan benang berwarna keemasan..

Peti diletakkkan dibawah.. Lalu aira mengeluarkan kantung beg kecil itu.. Ditarik talinya perlahan.. Dia mula was-was.. Takut kalau dalam itu ada benda yang bahaya.. Racun atau sebagainya .. Kantung itu dilempar kedalam peti itu semula. Kemudian keluar beberapa ketul yang bersinar dari kantung kecil tadi.. Membuatkan amran melonjak suka ingin mencapai benda bersinar itu.

"ya allah berlian.."kata yang terlepas dari mulutnya. Aira mengeluarkan berlian tersebut. Dituang kedalam peti kayu itu.

" mana wan dapat berlian ni" aira mengaru kepalanya... Dikira belian tersebut.. Ada dalam dua puluh butir..

"berlian ni kah yang menyebabkan orang-orang tamak tu.. Bunuh empat beradik tu.. Kemudian terus jadi kaya raya.." aira berkata seraya air matanya gugur.

"wan.. Kerana berlian ni.. Wan sanggup tukar dengan nyawa wan.." rintih aira.. Tangisannya mula kedengaran, membuatkan amna menghampirinya..

Aira menyeka air matanya.. Berlian itu disimpan semula.. Seperti asalnya.. Dia memeluk kedua-dua bayi kembarnya... Dalam sedu-sedu tangisannya..

'firman hamsyari.. Aku akan balas apa yang kau dah buat.. Dasar lelaki tamak..' tekadnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience