BAB 81

Romance Completed 107916

Hujan turun lebat membasahi bumi... Aira meyulurkan tangannya.. Tapak tangan menadah air hujan yang jatuh dari bumbung rumah.. Ammar yang sedang terlena di dalam bilik dibiarkan..

Perlahan kaki melangkah keluar... Wajah didongakkan ke langit.. Tangan didepa kan.. Kemudian mengosok-gosok tangannya..

'aku mohon pertolongan Allah menghancurkan jin yang zalim ke atas jasad ku.. Jadikan air hujan sebagai api dan asid yang membakar jin dalam tubuh ku'

Sedang dia asyik bermandi hujan.. Di terasa dirinya seperti ditenung oleh seseorang... Aira berpaling... Eusoff sedang berdiri terpacak dibelakangnya.. Sambil memegang tuala ditangan..

'ha sudah..' aira memandang ke arah lain. Tak menghiraukan Eusoff sedang memandang tajam kearahnya..

"aira masuk.." lantang kedengaran suara Eusoff.. Kerana bunyi hujan juga agak bising.. Suara Eusoff antara dengar dan tidak...

Aira berpaling.. Mengangkat bahu.. Padahal dah tahu.. Kemahuan Eusoff.. Eusoff melambai memanggil aira.. Aira senyum dan mengeleng.. Aira ketawa melihat wajah cemberut Eusoff.. Eusoff tiada pilihan.. Dia melangkah menarik tangan aira.. Sekarang mereka berdua sudah basah.. Ditariknya aira ke bawah bumbung.

"puas main hujan" aira mengeleng..

"belum.. Kenapa tarik.. Qalbi nak mandi hujan lagi" aira baru nak melangkah keluar semula.. Namun dihalang oleh Eusoff.

"kalau nak buat terapi hujan pun takkan sampai dua jam.. Cukup-cukup lah tu" Eusoff meletakkan tuala diatas kepala Aira.. Aira mengintai jam dinding rumahnya..

"mana ada dua jam.. Tipulah" dada Eusoff ditampar.. Punggung dilabuhkan dikerusi batu..

"kalau biar.. Mau dua tiga jam.." sindir Eusoff.. Aira membuat muka comel dengan mata yang bersinar.. Sambil mengelap rambutnya yang basah...

"kenapa buat muka macam tu" tanya Eusoff..

"saja nak goda Huuubbbyyy" sengaja aira melirik manja..

"tak tergoda pun" kata Eusoff yakin.

"betul.. Kalau macam ni" aira bangun dari duduknya berjalan kearah Eusoff yang sedang bediri.. Tangan merangkul leher Eusoff dan pipi Eusoff dicium lembut.. Dapat dilihat halkum Eusoff turun naik menelan liur..

"jangan menyesal.. Qalbii yang mulakan dulu" cabar Eusoff.. Lalu mencempung tubuh aira.. Menjerit aira apabila dirinya berada diawangan.. Dikuatkan pengangan dileher Eusoff.

"InshaAllah.. Qalbii ikhlas" bisik aira ditelinga Eusoff.. Melebar senyuman Eusoff ketika ini..

Bunyi tangisan Ammar nyaring kedengaran.. Mengejutkan aira dan Eusoff yang sedang terlena..Eusoff bangun melangkah ke katil Ammar..

"kenapa lapar ke" ammar didukung.. Diperiksa lampinnya.. Masih elok.. Diletakkan disebelah aira.. Menyondol dia mencari mamanya.. Aira bangun dan menyusukan Ammar.. Eusoff duduk dan menarik aira supaya bersandar kepadanya..

"ammar nak masuk dua tahun dah kan.." aira mengangguk..

"boleh la ada adik" Eusoff ketawa.. Sambil mengelus rambut ammar yang lebat..

"boleh.. Kalau ada rezeki.." tiba-tiba aira menepuk dahinya.. Tersentak Eusoff dibuatnya..

"kena bawa Ammar jumpa papa dia.. Aira lupa.. Hubby nak ikut"

"bulan ni tak bawa lagi.. Nafis tak marah ka.. Qalbii.. Takbaik buat macam tu.. Kan qalbii dah janji dengan dia.. Sebulan sekali bawa ammar jumpa family belah papa dia" kata Eusoff.

"memang dah janji.. Tapi telupa.."

"tak apa.. Esok kita pergi lah.." putus Eusoff.

"betul.. Hubby tak busy.."

"tak apa.. Ada orang yang akan uruskan.." balas Eusoff sambil mencium bahu aira yang terdedah..

"thanks hubby... I love you.."

"love you more" balas Eusoff..

Esok pagi.. Mereka bersiap untuk bertolak balik ke kampung Nafis.. Membawa Ammar melawat keluarga papanya.. Macam mana keadaan nya pun.. Ammar adalah anak kandung Nafis.. Aira bukannya kejam nak memutuskan hubungan anak dan ayah antara mereka berdua. Selagi tidak mengugatnya.. Dia masih mampu bertolak ansur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience