BAB 34

Romance Completed 107916

Dalam perjalanan mereka hanya diam.. Wajah nafis masih tegang.

"abang ok ke ni..diam je dari tadi.." aira mengurut lengan nafis. Nafis memandang aira. Mata mereka bertaut. Nafis mengeluh.

"sorry sayang. Sepatutnya abang yang tanya soalan tu dekat sayang.." jari jemari aira disulam dengan jarinya.. Dibawa ke bibir dicium lembut.

"sepatutnya abang lebih peka hal ni.. Abang cuai.. I will not forgive myself if something happen last night.." dia mengeratkan pengangannya. Nafis menayangkan wajah kesal.

"abang.. Jangan salah kan diri abang.. Alhamdulillah.. Tak jadi apa-apa.. Nasib abang ada.." lengan nafis dipeluk.. Pipi nafis dicium.

"sayang.. Thanks.. I love you.." ucap nafis. jari aira dicium lagi.

" I love you toooo.." aira menyandar kepala di bahu nafis..

"kita direct singgah rumah ibu dulu yea.. Hantar buah-buah dulu.. Nak" cadang nafis.

"ha.. Boleh jugak.." aira mengangguk laju.

"suka lah tu.." nafis ketawa.. Air pun turut ikut ketawa.

'mestilah suka.. Abang sayang.. Balik rumah family sendiri kot'

Setelah menempuh lima jam perjalanan.. Mereka tiba dirumah keluarga aira. Sakit punggung aira.. Bertambah muncung aira apabila nafis langsung tak endahkan permintaan aira untuk berhenti di RnR tadi. Bukan dia tak tahu perangai aira.. Saja nak membazir beli yang bukan-bukan.

"ha.. Muncung-muncung.. Kang kat sini jugak abang buat wayang free.. Nak.." usik nafis.

Aira mencebik.. Kakinya melangkah masuk kedalam halaman rumah. 'Banyaknya kasut.. Ada tetamu ke' . Dapat dia rasakan satu aura yang kurang menyenangkan.

"assalamualaikum" kaki melangkah masuk. Kuat bau minyak attar.

"waalaikummusalam" jawap serentak dari beberapa orang dari dalam.

Aira memandang satu persatu tetamu ibunya dan abahnya.. Disalam satu persatu..dia cuba memaniskan muka didepan tetamu tersebut.

"sihat ke aira.. Amboi.. Lama tak jenguk tok dengan tok nek.." tanya rafiqah ibu tiri kepada zarina. Zaidi hanya memandang cucunya sambil tersenyum. Ada juga pak ndak dan mak ndak serta anak-anaknya.

"hmm.. Sibuk sikit tok nek.. Maaf lama tak pergi rumah tok dengan tok nek.." aira duduk disebelah zaidi.. Zaidi mengosok kepala aira.

"mana nafis.." muizz bertanya. Aira menepuk dahi..

"kejap-kejap.. Aira pergi tengok." aira bangun.. Membongkok sikit berlalu keluar dari ruang tamu.

"bertuah budak ni.. Laki dia tinggal luar" zarina mula bangun menjengah keluar.

"abang.. Buat apa tu.. Lama sangat" tanya aira.. Melihat nafis sedang membongkok di belakang kereta.

"merajuk la.. Kena tinggal" sengaja mengusik aira. Terkebil-kebil aira. Laju dia mengangkat tangan memohon maaf. Belakang nafis yang sedang membongkok digosoknya.

"tak la.. Abang tengah punggahkan buah untuk ibu.." pipi gebu aira sempat dicuit.

"assalamualaikum" aira dan nafis berpusing.. Salam dijawap.. Tangan di pipi aira dilepaskan. Eusoff dan nafis bersalaman.

"abang Eusoff.. Dari mana ni" tanya aira.

"ada kerja area sini.. Tu singgah sekali.." aira mengangguk.

"banyaknya buah.. Mari abang tolong angkatkan." pelawa Eusoff. Nafis mengangguk.

"eh.. Kejap.. Nanti bawa ke tepi rumah.. Kat taman..dalam ada tetamu" kata aira. Sambil tangan membuat simbol ok.

"tetamu.. Siapa" serentak pula nafis dan Eusoff bertanya. Aira memandang mereka bersilih ganti..

"tok dan tok nek belah ibu.. Family pak ndak oun ada sekali" terang aira. Nafis dan Eusoff berpandangan. Aira menutup bonet kereta.. Nafis dan Eusoff hanya mengikut langkah aira.

Mereka masuk kedalam rumah.. Nafis dan Eusoff disoal bagai seorang pesalah daripada tok dan tok nek. Aira awal-awal lagi dah lari.

" nanti aira bawa nafis ke rumah tok nek.. Nanti cucu menantu tok nek tak tahu pula rumah.." rafiqah bersuara.

"insya Allah tok nek.. Senang nanti kami datang.. Ni ada buah dari kampung.." aira menyuakan satu beg plastik berisi buah-buahan tempatan.

"banyaknya.. Pokok sendiri ka" tanya tok. Nafis mengangguk.

"untunglah orang ada dusun.. Tanah sendiri" kata tok nek sambil senyum senget.

"jom.. Kami balik dulu.. Nak ke rumah ina pula ni" kata tok..

Kami bersalaman.. Tok walaupun umur sudah nak masuk 80an.. Dia masih mampu memandu kereta sendiri.. Badan masih steady.. Masih jiwa muda.. Makan angin sana sini.. Selepas tok dan tok nek pulang mereka duduk diluar rumah.

"aira tidur sini.." tanya muizz.

"tak kot abah.. Aira kerja esok..." jawap aira.. Tangan mengupas kulit rambutan.

"oh.. Ingat cuti lagi.. Lepas kita jemaah maghrib balik lah.. Makan malam sini" cadang ibu.

"kena tanya boss.. Boss kata ok.. Ok lah" nafis yang duduk di kerusi batu bersama Eusoff dan ariz dipandang. Nafis mengangguk.

"ha tu.. Dah angguk..boleh la" aira tayang sengeh.
Muizz dan zarina tegelak melihat telatah aira.

Mereka solat maghrib berjemaah bersama.. Abah mengimamkan solat.. Eusoff iqamatkan.. Dan doa dibacakan oleh Nafis. Selesai makan aira dan nafis meminta diri. Eusoff bermalam disini.

"bawa kereta elok-elok yea nafis.." abah menepuk belakang nafis. Nafis mengangguk kemudian bersalaman.

"aira..apa- apa call.." pesan muizz lagi. Aira membuat muka pelik.. Muizz gelak melihat aira berubah riak.

Sampai dirumah.. Mereka memberi salam sebelum masuk kedalam rumah..

"sayang. Jom tidur abang nak tidur awal malam ni.. Serius mengantuk.." renget nafis.

"yea.. Ok.." aira hanya menurut.

Nafis yang sudah terlena di sebelahnya dipandang.. Tak sanggup nak kejut kan nafis. Tangan mencapai hp.

'nak call ke.. WhatsApp .. Call ke.. WhatsApp lah.. Kalau call takut abah terjaga..'

- assalamualaikum abah...

Abah menaip.. Status abah direnung. Jam di screen hp menunjukkkan pukul 2.34 a.m..

Ting.. Ting..

-waalaikummusalam.. Kenapa tak tidur lagi. Tak boleh tidur ka..

-abah.. Tolong.. Gatal satu badan.. Aira nak kesana..

- datang dengan nafis.. Abah tunggu..

Aira mengejutkan nafis. Nafis bangun melihat aira pelik.. Aira dengan muka mencuka memandang ke arahnya . Dah kenapa.

"rumah abah jom.." ajak aira tegas.. nafis hanya menurut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience