BAB 127

Romance Completed 107916

Seperti yang dijanjikan pagi ini dia akan mengambil ammar di tempat muizz.. Mulanya dia mahu meninggalkan si kembar kepada riana.. Tapi bila dia sudah siap untuk keluar merenget-renget amna dan amran untuk ikut sama.. Akhirnya dia akur lalu, membawa mereka bersama..suka betul bila dapat duduk di kerusi mereka didalam kereta.

"duduk baik-baik yea anak mama.. Mama tak ada co pilot ni.. Tak boleh nangis nanti bila mama drive" pesannya kepada si kembar.. Walaupun mereka langsung tidak memahami.. Aira senang berbicara begitu.

"tak apa ke kak.. Nak ana ikut sama.." tanya riana yang sedang memegang beg bayi dibelakang aira.

"tak apa.. Kejap saja ni.." balas aira. Mengambil beg ditangan riana.. Lalu diletakkan ke dalam kereta.

Sesai sesi lambai melambai.. Kereta berjalan keluar dari perkarangan rumah.. Lalu aira memandu terus ke nurseri muizz. Sampai saja dia mengeluarkan kereta sorong bayi..lalu diletakkan amna dan amran.. Pelahan berjalan masuk kedalam nurseri.

"apalah yang wan korang tu nak tanya mama.. Mama takut jugak ni.." bebel aira kepada anak-anaknya. Teringat akan wajah muizz pada malam tu.. Seperti berharap sesuatu.

Sebelum masuk kedalam pejabat.. Aira sengaja membawa anaknya pusing melihat pokok bunga yang baru sampai.. Ada yang sudah susut.. Dan ada juga pokok yang baru ditambah..

"assalamualaikum.. Cari boss ka.. Boss ada dalam.." tegur kassim ramah seperti biasa.

"waalaikummusalam kassim.. Saja saya bawa anak-anak jalan.. Kejap lagi saya masuk dalam" balas aira.. Sambil melihat pokok bunga kemboja yang sudah digubah menjadi bonzai oleh muizz sendiri..

"sudah besar ya.. Lama pakcik tak ada tengok ini budak dua orang.." kassim menegur amna dan amran didalam kereta bayi.

"kassim rindu sama anak ka.." tanya aira..

"rindu juga.. Tapi anak saya semua sudah sekolah.. Kerja pun sudah ada dua orang.. Yang dua kicik saja lagi sekolah.." balasnya sambil tersenyum.

"aira.." membuatkan dirinya berpaling..

"abah.."

"kenapa tak masuk.. Ammar ada didalam..."kata muizz membuatkan aira ketawa kecil..

" nak masuk.. Saja jalan pusing satu round.. Nak tengok pokok apa yang ada.. "balas aira.

" dah jom masuk.. Abah ada benda, nak tanya.. " serius katanya. Dan berlalu pergi.. Kassim memberi isyarat supaya aira terus mengikut langkah muizz. Aira mengangguk dan menolak kereta bayinya kearah pejabat.

Muizz sudah menunggu di pintu pejabat.. Siap bukakan pintu untuk aira lagi. Membuatkan aira bergegas. Kereta bayi ditinggalkan diluar.. Satu persatu anaknya diangkat masuk..

Amna dan ammar dibiarkan merangkak didalam katil kayu bayi.. Yang sudah disediakan didalam pejabat itu.. Dulunya kepunyaan ammar..

"duduklah" kata muizz.. Bila selesai melihat aira meletakkan amna dan amran. Aira duduk di sofa.

"kenapa abah.. Hmm mana ariz.." tanya aira.

"ariz dia lambat sikit arini.." balas muizz. Membuatkan aira hanya membalas dengan senyuman.. Memandang ammar yang sedang sibuk menjadi kerani sementara di meja lamanya..

"aira.. ada berita tentang Eusoff" tanya muizz.

"hmm.. Dia ada curi-curi datang rumah. Tapi aira tak pernah jumpa dia lagi" jawap aira.

"curi-curi" muizz ketawa dengan jawap aira. Aira mengangguk.

"macam-macamlah kamu berdua ni.. Nafis ada bagitahu kamu apa-apa tak.." tanya muizz lagi.

"abah.. Aira masih isteri orang.. Isteri Eusoff. Benda mustahil lah abah.." jawap aira tekad.

"baguslah.. Abah bukannya apa.. Haritu, masa dia datang dengan mak dia.. Dia dah tanya.. Abah suruh tanya aira..minta jawapan dari aira sendiri. " balas muizz mengangguk kecil.

Aira duduk bersandar di sofa.. Mengehela nafas.. Memandang anak-anaknya.. Sumber kekuatannya..

" satu lagi.. " muizz bangun dari kerusi.. meja kerjanya.. Lalu duduk bersama dengan aira di sofa.

" abah tengok aira.. Bersih.. Apa maksud aira.. Pendamping.. Mana dia... Aira jangan main-main dengan abah. " pertanyaan itu membuatkan aira menunduk.. Lama..

"aira.." panggil muizz.

"abah.. Abah ingat tak macam mana ibu lahirkan aira.." tanya aira.. Masih menunduk memainkan jarinya.

"ya.." jawap muizz.

"ibu pernah ceritakan kepada aira.. Susahnya lahirkan aira.. Seperti ada yang menghalang.." sambung aira.. Membuatkan muizz setuju.

"benda tu.. Terjadi sama masa aira nak lahirkan amran dan amna.." kata aira.. Muizz memandang dua cucu kembarnya.

"maksud aira.." kata muizz.

"aira tak tahu macam mana nak bagitahu abah.. Malam tu sebelum lahirkan mereka.. Dia datang..." aira terdiam.

Muizz bagun menghampiri cucu kembarnya. Menggelengkan kepala..

"mereka berdua waris seterusnya abah" sambung aira.

"kenapa aira tak bagitahu abah dari dulu.. Tapi kenapa dulu abah tak boleh tahu anak abah ada semua tu.." tanya muizz.

"wan yang lindungi aira.. Sama seperti sekarang.. Tak semestinya ada kepada aira.. Tapi bila aira perlu.. Dia ada bersama aira.." jawap aira.

"abah menolak benda ni dari dulu aira.. Abah pernah larang aira.. Abah pernah bagitahu aira.. Benda macam ni tak bagus aira.." marah muizz.. Nadanya masih cuba dikawal..

"abah.. Aira akan jaga diri aira.. Dan anak-anak aira.." perlahan kata aira.. Tahu muizz kecewa dengan keputusannya.

"abi diaorang tahu.." tanya muizz.

"abi diaorang yang hilangkan diri.. Aira tak nak cakap hal dia.." kata aira.

Muizz perasan perubahan nada suara anaknya.. Seperti memendam rasa.. Mungkin marah, kecewa, rindu bercampur baur.. Muizz kembali duduk di sofa.

"aira ke Indonesia jumpa siapa" tanya muizz. Aira mengangkat wajahnya.. Wajah muizz dipandang.. Sedang tersenyum kearahnya..

"hmmm...jumpa.."

"assalamualaikum" pintu dikuak gopoh dari luar.. Membuatkan orang yang didalam bilik tergejut..

"waalaikummusalam.. Ariz.. Kenapa ni.. Kelam kabut saja.. Sapa yang kejar kamu" tegur muizz.

"hahaha... Bukan.. Bukan.. Ariz takut kakak balik.. Tu kat luar nampak kereta kakak.." kata ariz lalu duduk di sebelah aira.

"kamu bukan budak lagi ariz.. Kalau ada Eusoff.. Mau dia luku kepala kamu tu.." kata muizz.

"alah.. Abang memang macam tu.. Cemburu.. Kakak dengan ariz memang rapat kan kak..." ariz memeluk kedua dua bahu kakaknya.

"lagipun..abang yang rugi.. Sapa suruh tinggal kakak.." sambung ariz lagi.

"ariz.." tegur muizz.

"duduk jauh sikit" sambung muizz lagi. Rimas pula dia melihat ariz masih manja seperti mereka berdua masih kanak kanak.

"ha.. Ni ibu bekalkan.." ariz meletakkan beg plastik berisi makanan di atas meja kopi.

"apa tu.. Sedapnya bau.." tanya aira.

"roti jala.. Pagi-pagi ibu menjala.. Dengan ariz.." jawapnya bangga.

"rajin adik kakak yea.." pipi ariz dicubit geram oleh aira. Membuatkan ariz mengaduh sakit. Muizz mengeleng. Ditegur adik.. Kakak pun sama.

"wah.. Kari" aira makin teruja.. Bila bekas yang terisi kari dibuka.. Semerbak bau satu pejabat.

"pergi panggil kassim masuk makan sama.." arah muizz.. Ariz bangun lalu keluar. Aia pula bangun mencari piring.

"ammar.. Sudah melukis tu.. Jom makan" ajak aira.

"tak mau.. Dah makan tadi" tolaknya.

"aira... Abah tanya tadi"

"oh.. Aira pergi jumpa paman hadrian.. Uruskan sesuatu.. Sekali melawat mereka" balas aira.

"apa.. Siapa tu.. Paman.. Paman apa" tanya muizz.

"pakcik hadrian.. Tu anak kepada abang nenek... Pakcik hadrian yang upah orang bersihkan kubur nenek dan wan..abah ingat tak pakcik yang selalu kita jumpa dekat kubur tu.. Dia diberi upah dari pakcik hadrian.. Pakcik hadrian tu.. Kiranya sepupu abah lah kan" jawap aira.

"abah pernah dengar.. Cerita keluarga nenek.. Tapi tak lah pernah kenal mereka.." balas muizz.

"abah.. Jangan risau.. Selepas ni semua akan baik-baik saja" kata aira.

"insya Allah.. Harap macam tu lah" kata muizz.

Datang ariz bersama dengan kassim.. Mereka makan bersama..selesai makan aira pulang kerumahnya.. Bersama anak-anaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience