BAB 1

Romance Completed 107916

Langsir diselak kasar... Sinaran matahari menjengah masuk kedalam bilik.. Tidurnya terganggu. Matanya silau akibat cahaya terang dari sinar matahari.

"bangun..aira.. Dah pukul berapa ni."marah Zarina

" ibu.. Aira mengantuk lah.." bantal ditekup kan ke mukanya.

" abah tunggu aira dekat bawah.. Ada benda nak bincang.. Cepat bangun. " aira menggosok matanya.. Ibunya sudah bercekak pingang di depannya.

" kejap aira turun.. Ibu turun dulu.." aira menjawap dengan malas.

" aira ingat abah tak da kerja ke nak tunggu aira.. Turun sekarang" Zarina mencubit tangan anaknya.

"auuw.. Sakit la ibu" rungutnya sambil mengosok tangan yang terkena cubitan. Pedih. Dengan malas dia bangun. Zarina menolak anaknya keluar dari bilik.

Sampai dibawah.. Kelihatan abahnya sedang bersarapan. Sambil tangan memegang hp. Aira mengeluh.

"kenapa abah.." aira memandang abahnya.

"duduk sini" arah Muizz. Aira hanya menurut. Punggung dilabuhkan di kerusi meja makan bersebelahan abahnya. Ibu turut duduk di sebelah abah.

"dengar ni abah nak cakap" aira hanya mengangguk lemah.

"abah nak aira duduk dengan nenek.." belum sempat habis aira sudah memotong.

"kenapa kena duduk dengan nenek.. Aira tak nak." pintas aira..

"tak kesian dekat nenek ke.. Kan Wan baru saja meninggal.. Sapa nak jaga nenek.. Lagipun sekolah menengah tu dekat saja dengan rumah nenek.. Boleh jalan kaki pergi sekolah." terang Muizz sambil memandang anak gadisnya.

"kenapa aira.. Maksu kan ada" wajah aira sudah mencuka.. Abah memang suka memaksa.

"maksu kan duduk rumah kedai dia.. Takkan nak pindah pulak.. Aira cucu perempuan sulung.. Lagipun nenek sayang aira.. Aira cucu kesayangan dia kan" pujuk Muizz.

Aira diam.. Dia memeluk tubuhnya.. Mahu saja dia menagis.. Tapi ditahan.. Nafasnya kedengaran kasar.

"aira nak pikir apa.. Bukan jauh pun.. Nanti abah pergi tengok aira everyday.. Cuma temankan nenek.. Abah dah daftarkan aira dekat sekolah rumah nenek tu.." tambah Muizz lagi.

"abah memang dah plan pun untuk aira sekolah menengah dekat situ.. Kalau abah dengan ibu nak sangat.. Aira keluar.. Baik" aira bangun.. Meninggalkan abah dan ibunya.

"Aira.. Aira Zulaikha.." laung Zarina.. Dia kemudiaannya bangun untuk mengejar aira namun dihalang oleh Muizz.

"biarkan dia.." ucap Muizz. Tangannya memegang tangan Zarina.

Kedengaran pintu bilik dihempas kuat oleh Aira.

"Benci.. Benci.. Benci..." marahnya sambil memukul bantal sengan kasar.

"kenapa ni kakak" tanya Aliya.. Yang sedang bermain di lantai.

"diam lah" marah aira. Aliya kemudiannya terus main.. Tanpa menghiraukan aira yang tengah mengamuk.

Aira merasakan abah dan ibunya sudah tidak menyayanginya lagi.. Dia yang selalu ditinggalkan dirumah neneknya.. 'asyik asyik aku kena mengalah.. Benci.' marahnya.

Aira mengurungkan dirinya didalam bilik.. Langsung tidak turun makan. Marahnya belum reda..

"kakak.. Ibu panggil turun makan.." ajak Aliya.

"kau turun lah Aliya.. Sibuk saja" marah Aira. Aliya turun kebawah.

"mana kakak" tanya Zarina.

"kakak tak mau turun" jawap Aliya yang berusia lima tahun itu.

"biarlah.. Nak tunjuk degil dia lah tu.." marah Zarina.

"esok awak kemaskan baju dia.. Esok petang kita hantar dia.. Biar mak yang pujuk dia" ucap Muizz. Zarina hanya mengangguk.

Esoknya.. Pagi pagi lagi Zarina sudah mula mengemas baju Aira.. Beg sudah dimasukkan kedalam bonet kereta.. Hanya menunggu Aira sahaja.

Aira melangkah malas masuk kedalam kereta.. Dia duduk di tempat duduk belakang bersama Ariz dan Aliya.

"kita nak pergi mana ni abah" tanya Ariz.

“kita nak pergi rumah nenek.. Nak hantar kakak " jawap Muizz.

" hantar kakak... Kenapa hantar kakak.. Kenapa kakak nak kena duduk dengan nenek.."laung ariz dan mula menangis. Tangannya memaut lengan Aira.

" Ariz.. Tak mau nagis macam budak kecik.. Ariz tu dah lapan tahun.. Malu dekat Aliya." tegur Puan Zarina.

Namun makin kuat pula tangisan Ariz.. Sememangnya Ariz memang sangat rapat dengan kakaknya Aira. Aira memeluk Ariz.

"kakak kan nak masuk sekolah menengah..sekolah dekat rumah nenek tu dekat.. Lagipun rumah nenek tu bukan jauh mana.. Hari hari kita boleh pergi tengok kakak dekat rumah nenek" pujuk Muizz.

"ariz zuhairi.. Sudah menangis tu" keras kedengaran suara zarina. Ariz tersedu sedu menahan nagisnya.

Kereta yang dipandu oleh Muizz meluncur laju membelah jalan. Menuju kerumah pusaka milik kedua orang tuannya. Sesekali matanya memandang cermin melihat wajah aira yang masih mencuka. 'mungkin ini yang terbaik buat aira..' bisik hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience