BAB 28

Romance Completed 107916

Perkahwinan bukanlah satu penamat satu percintaan.. Namun sebaliknya.. Ianya satu permulaan.. Aira mengeluh kecil. Sungguhnya kau naif aira..

"sayang jom kita balik kampung.." ajak nafis sekilas memandang aira. Aira yang asyik memandang keluar dari tingkap kereta.

"sayang" tangan aira diatas peha digenggam. Aira baru tersedar daripada lamunannya..

"pikir apa sayang ni.. Abang panggil banyak kali tadi.. Berangan saja dari tadi" tanya nafis.

"tak apa apalah.. Letih sikit" aira senyum sebaris. Memandang nafis yang sedang memandu.

"letih.. Ada baby ke" laju tangan nafis mengusap perut aira. Aira mendengar perkataan 'baby' terus menepis tangan nafis..

"abang pun tahu jawapannya kan.. Tak payah tanya lah" sayu suara aira.

Teringat mak nafis call pagi tadi.. Permulaannya baik.. Tapi bila masuk bab anak ni.. Mula lah dirinya disalahkan.. Pernikahannya baru masuk tiga bulan. Dirinya terus - terus diasak oleh keluarga nafis soal zuriat. Siapa yang taknak anak selepas bernikah.. Memang setiap insan lepas bernikah mahukan anak.. Cuma belum ada rezeki..

"ok.. Sorry.. Abang tak tanya lagi.." pujuk nafis setelah melihatkan wajah muram aira.

"kita balik kampung nak sayang" ajak nafis sekali lagi.

"nak balik dengan apa.." tanya aira.

"kereta lah sayang"

"nanti sayang tanya ibu" nafis hairan..

"kenapa kena tanya ibu"

"yea la.. Nak pinjam kereta ibu kan.. Nak balik kampung"

"ni kereta ibu ke... Bukan kereta sayang.. Seriously" nada nafis sedikit tinggi mengejut kan aira.

"kenapa abang nak marah.. Memang ni kereta ibu.. Aira pinjam je.. Ibu bagi aira guna.. Sebab ibu share kereta dengan abah.." aira menjelaskan

"selama ni.. Tiga bulan ni.. Kita naik kereta ibu. Kenapa tak bagi tahu abang" nafis menghentak steering kereta. Aira tersentak dengan tindakan nafis.

"bukan isu besar pun.. Lagipun mana aira ada duit nak beli kereta..kenapa abang nak marah.. Aira tak paham lah" walaupun tergejut dengan nafis.. Aira masih bersuara.

"bagi balik kereta ni.. Lepas kita beli kereta baru nanti.. Nanti kita balik kampung naik bas" tegasnya.

"naik bas.. Abang ni biar betul.."

"yea.. Biarlah.. Abang tak suka terhutang budi" tengking nafis. Aira sudah diam menikus.

Sampai di kawasan rumah.. Aira terus membuka pintu kereta untuk keluar.. Nafis tergejut dengan tindakan aira terus menekan brek.

PANG.. pintu ditutup kasar. Aira berlalu pergi. Meningalkan nafis.

Nafis memerhati aira yang baru keluar dari bilik selepas mandi. Aira melintas dihadapan nafis yang sedang duduk di sofa. Aira menuju kedapur.

"sorry sayang.. Abang tak tahu apa yang dah merasuk abang tadi.. Abang tak sengaja" lembut suara nafis. Aira dipeluk dari belakang.

"hmm.." aira cuba meleraikan pelukan.. Namun pelukan semakin erat.

"sayang..abang betul-betul minta maaf" kepala nafis mendarat diatas bahu aira..

"abang.. Aira nak masak ni.. Baik abang lepaskan" aira menarik tangan nafis.

"tak nak.. Selagi sayang tak maafkan abang.. Abang akan peluk sayang sampai esok" pipi aira dicium lembut.

"ok.. Ok.. Sayang maafkan.." pelukan dileraikan..

"ni yang abang sayang sangat dekat sayang.." belakang leher aira pula menjadi mangsa bibir nafis..

"dah..pergi mandi..busuk." aira menolak tubuh nafis keluar dari dapur.

"ok malam ni kita sambung ye sayang.. Sekarang abang mandi dulu bagi wangi-wangi.." nafis mengenyitkan sebelah matanya.. Sambil tersenyum nakal.

Aira mengeleng.. Rasa marahnya sudah terbang pergi entah kemana..

"nak masak apa ni" pintu peti sejuk dibuka.. Barang mentah dikeluarkan.

Mulalah aira sibukkan diri di dapur menyediakan makan malam untuk mereka berdua. Begitulah rutinnya. Untung nafis tak cerewet bab makanan..masak apa pun tak kisah janji perut kenyang.

"abang.. Stop main game tu.. Makan" panggil aira sebaik saja siap menghidang.

Nafis yang duduk di sofa sambil membelek hpnya tersedar apabila aira memanggilnya. Kakinya melangkah ke meja makan. Hp diletakkan diatas meja.

"sayang. Hujung minggu ni kita balik kampung.. Ok.. Abang taknak gaduh macam tadi.." nafis memandang tepat wajah aira. Aira hanya mengangguk.

"ok kita makan.. Abang pun dah lapar ni" nafis mengangkat tangan membaca doa.. Mereka makan.. Setelah doa diaminkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience