BAB 31

Romance Completed 107916

"abang jom la... Dah janji nak ajak sayang mandi sungai" badan nafis yang sedang tidur di atas katil digoyang-goyangkan..

"petang sikit lah sayang.. Pagi ni abang ingat nak rest je kat rumah.." pujuk nafis.

"ala.. Bosan lah.. Tak tahu nak buat apa" aira mencapai hpnya.. Aplikasi wasap dibuka. Nafis dipandang sekilas.. Masih terpejam. Tiada respon.

Aira bangun keluar dari bilik.. Sunyi je suasana rumah.. Aira mengeluh lagi. Aira duduk di kerusi ruang makan.. Sambil membelek hpnya. Tiba-tiba terasa belakang badannya digosok-gosok lembut..

"abaangggg.." manja nada suara aira.. Di kemudiannya berpaling. Tergejut aira dengan gerangan lelaki dibelakangnya. Segera dia menepis tangan yang melekat di belakangnya.

"apa ni.." marah aira.

"relax la.. Bukan buat apa pun..pengang sikit tak luak pun" adham menayangkan senyuman senget.

"eh.. Tolong jangan biadap.." keras nada aira.. Walaupun perlahan.

"alah.. Orang bandar jual mahal.. Bosan suami tak layan kan.. Meh abang layan sayang abang yang cun ni" kali ini tangan adham mula berani menyentuh pipi aira. Namun sempat aira menepis..

Aira melangkah pergi meninggalkan adham diruang makan.. Kalau diikutkan marah mau saja ditampar pipi adham.. Tangannya yang digengam erat tu mengeletar menahan geram. Dia baring disebelah nafis.

Lenanya terganggu dengan bunyi riuh didapur.. Nafis disebelah masih terlena.. Aira bangun menyarungkan tudung.

"keluar dah menantu perempuan kesayangan mak.. Seronok tidur" perli nafeesa apabila melihat aira melangkah ke dapur.

"kakak.. Kenapa cakap macam tu.. Biarlah" razita menengur nafeesa.. Aira hanya tersenyum sebaris. Aira mendapatkan naura yang sedang memotong sayur.

"assalamualaikum" terdengar suara perempuan memberi salam..

"waalaikummusalam.." razita menjenguk..

"masuklah..makcik dekat dapur.." ajaknya setelah tahu siapa gerangan yang datang.

"inas.. Bawa apa tu" nafeesa laju mendapatkan perempuan yang dipanggil inas.

"ni.. Inas ada buatkan kuih.." bekas berisi disambut oleh nafeesa.. Ditariknya inas kedapur.

Inas bersalaman dengan razita. Naura sempat memberi jelingan kepada inas.

"sihat makcik" tanya inas.

"hmm sihat macam ni lah.." balas razita. Inas senyum.

"eh ni siapa.." tanya inas.

"ni ISTERI nafis.." naura menjawap sambil menekankan perkataan isteri. Aira senyum sambil menyuakan tangan untuk bersalaman kepada inas.

"saya safinas.."

"kawan sekolah nafis.." pintas razita. Naura dan nafeesa hanya berpandangan sesama sendiri. Inas hanya mengangguk. Tangan aira disalam.

"inas.. Kamu balik lah dulu.. Nanti ibu kamu cari pulak.." razita mencari alasan.. Supaya inas segera beredar. Inas diam.. Hanya mengangguk.

Semasa dia melintas untuk keluar, dia bertembung dengan nafis yang baru keluar dari bilik.

"inas.. Buat apa dekat sini" tanya nafis.

"inas hantar kuih.. Nak balik dah.." aira hanya memandang drama di depannya.. Nafis pun melayan.. Siap hantarkan inas keluar.

"dah siap sayur tu.." tegur razita mengejutkan aira yang sedang memotong lobak merah. Aira mengangguk.

Selesai menolong memasak didapur.. Aira mencari nafis.. Alangkah tergejutnya dia melihat nafis sedang berbual mesra dengan inas.. Di atas pelantar.. Siap bergelak sakan.. Bertepuk tampar bagai.

Razita yang memandang hairan menantunya yang berdiri didepan pintu melangkah ke arah aira. Dia memanggil aira.. Namun tiada sahutan. Dipandang kearah yang sama yang dipandang oleh aira.

"Allahuakbar.. Tak balik lagi budak tu.. Betul nak kena ni.. Patutla menantu aku membatu saja.. Panggil pun buat tak tahu" rungutnya sendiri. Kaki laju menyarung selipar.

"nafis.. Masuk.. Inas kau pergi balik" tempik razita. Tergejut dua insan yang sedang rancak berbual. Laju kaki inas melangkah meninggalkan halaman rumah razita.

"mak.. Tak elok buat inas macam tu.. Nafis borak je dengan dia.. Bukan buat apa pun.. Lama tak jumpa" nafis membela dirinya. Lengan nafis ditampar oleh razita.

"tak buat apa.. Kau tengok isteri kau tu.. Tak kesian dekat dia.. Ke nafis dah lupa yang nafis dah kahwin" razita menunjukk kearah aira yang sedang bediri tegak dimuka pintu.

"masuk.. Mak taknak nafis rapat dengan si inas tu.. Mak tak suka" tegas suara razita.

Nafis melangkah kearah aira.. Wajah aira mencuka.. Entahlah apa yang di pikirannya.

"sayang.." nafis menegur aira.. Namun tiada sahutan. Aira melangkah masuk memberi ruang untuk nafis masuk.

Aira melangkah ke dapur.. Menghidangkan makanan.. Sepanjang makan.. Aira hanya diam.. Apa yang ditanya.. Hanya menjawap dengan geleng dan dianggukkan sahaja. Adakala aira hanya senyum sebaris.

"kenapa aira tu.. Saya tengok diam saja masa makan.." tanya naim.

"ni semua pasal anak awaklah.. Buat hal.. Pergi layan si inas tu" jawap razita. Kopi diletakkan di meja kopi di ruang tamu.

"buat apa budak tu datang sini"

"hantar kuih.. Saja lah tu.. Alasan." razita merengus marah.. Naim hanya mengeleng.

Aira yang baru solat.. Menyalam tangan suaminya. Cepat-cepat dia leraikan pengangan tangan nafis. Bangun dan membuka telekung.

"sayang.. Jom.. Pergi mandi sungai" pujuk nafis. Hampir terlupa janjinya kepada aira. Aira hanya menggeleng.

'ha.. Sudah.. Parah ni.. Suara aira dah hilang.. Macam mana aku nak pujuk.. Dari tadi tak respon.. ' belakang lehernya digaru.

Aira duduk melipat baju-bajunya.. Dikemaskan barang-barangannya..

"sayang... We need to talk.. Jangan diam je.. Abang tak tahu nak buat apa ni.. Tell me.. What should I do" pinta nafis. Tangan aira digengam erat. Aira memandang tepat kedalam mata nafis yang sedang melutut di depannya. Aira masih membatu.

"jom ikut abang" kasar nafis menarik aira.. Aira Tergejut terus terbangun. Baju yang diatas ribanya jatuh berterabur jatuh ke lantai.

Kakinya mengikut langkah nafis yang berjalan laju.. Nafis mencapai kunci motor.. Pengangan tangan masih belum dilepaskan.

"naik" aira hanya menurut.

"abang tengok budak dua tu nak pergi mana pulak tu.. Laju saja berjalan.."razita bangun menjenguk keluar.

"biarlah.. Dia orang dah besar.. Pandai-pandai lah dia pujuk bini dia" naim membalas. Naim mengeleng.. Tahulah isterinya itu sangat sayangkan menantunya si aira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience