BAB 38

Romance Completed 107916

Sepanjang tiga minggu masyitah ditahan di hospital. Selama itulah aira berulang alik ke hospital selepas habis kerja.

Aira sedang menyuap bubur kepada masyitah. Masyitah memandang aira dengan senyuman manis.

"assalamualaikum sihat nenek" tegur seseorang. Aira berpaling melihat lelaki yang berpakaian putih.

"waalaikummusalam.. Alhamdulillah makin sihat.." masyitah kemudian memberi isyarat kepada aira untuk berhenti menyuapnya.

"nenek.. Sikit lagi.." pujuk aira.

"nenek kenyang dah.." jawap masyitah sambil tersenyum. Aira mengalah. Bekas makanan ditutup.

"duduk lah emir.. Aira nak pergi wash room kejap.." aira meminta diri.. Emir mengangguk.

"nenek dah boleh balik esok.. Emir dah confirm dengan Dr. Mazni tadi.. Emir dah call mama.. Esok mama ambil nenek" terang emir..

"alhamdulillah.." lega masyitah mendengar. Emir merupakan doktor.. Emir turut membantu memantau kesihatan masyitah.

Aira tiba dari wash room.. Emir turut menyampaikan berita yang baru diberitahu kepada masyitah. Aira meraup wajahnya dengan tangan.. Lafaz syukur tak putus-putus keluar dari mulut aira.

"aira.. Balik dulu.. Dah nak malam ni.. Waktu melawat pun dah nak habis.. Esok kita jumpa dekat rumah yea sayang.." masyitah memujuk aira..dengan nada yang cukup lembut.

"baik nek.. Esok aira balik kerja.. Terus aira ke rumah nenek.." pipi masyitah dicium.. Lembut dan penuh kasih sayang.. Masyitah memeluk aira erat.

"elok tu aira.. Tak apa Aku ada.. Aku tegok-tengok kan.." kata emir.. Aira membalas dengan senyuman.

Aira memandu pulang.. Nafis sudah berada dirumah.. Hanya menunggu kepulangan aira.
Aira masuk.. Membersihkan diri.. Berlari kedapur menyiapkan makan malam untuk mereka berdua.

" sayang ok ke ni.. Abang tengok sayang macam.. Pucat saja.." jarinya mengangkat dagu aira. Wajah aira dibeleknya.

"ok je la.. Biasalah.. Letih sikit kot.." aira senyum manis bagi menutup wajah pucatnya. Nafis membalas dengan senyuman.

"sayang tengok ni" nafis menunjukkan sampul coklat ditangannya. Aira mengambil dan membuka sampul tersebut, kertas putih dikeluarkan.

"abang. Seriously.." aira menutup mulutnya yang baru lepas menjerit kecil tadi. Nafis hanya tersenyum. Surat ditangan dibaca lagi..

Surat melapor diri untuk bertugas.. Sebagai pembantu makmal.. 'alhamdulillah rezeki' aira meraup wajahnya..

"kena lapor diri kat mana ni abang.." tanya aira.

"baca betul-betul sayang" aira menenung lagi surat ditangannya.. Kemudian dia mengangguk faham..

"abang ingat nak cari motor lah.. Senang nak gerak pergi kerja nanti"..

Kereta ibu sudah dipulangkan.. Kini mereka sudah membeli kereta milik mereka sendiri.. Satu komitmen baru sudah bermula.. Adakala hujung bulan tersangkut juga.. Nak tambah yang baru.. Aira mengaru kepala.. Wajah Nafis yang mengharap itu dipandangnya.

"ok.. Aira ikut je.. Abang.. Esok aira nak pergi rumah nenek.. Nenek dah balik hospital.." aira meminta izin nafis.

"sayang.. If sayang nak jumpa family sayang.. Tak payah minta izin abang.. Abang izin kan.. Just jaga diri.. Ingat batas-batas sebagai seorang isteri.. Ok my love" ucap nafis. Aira senyum.. Sambil mengangguk paham.

Keesokannya aira ke rumah neneknya. Selepas habis kerja.. Aira membawa nenek berjalan sekitar kawasan rumah.. Tengok pokok-pokok.. Terapi mata.. Aira mengutip bunga-bunga melur yang sudah kembang.. Dihidunya.. Wangi.

"nenek.. Mari aira selitkan bunga dekat rambut nenek.." masyitah mengangguk.. Aira menyelitkan bunga di sangut comel neneknya.

"aira.. Mesti letih kan.. Balik nak masak lagi" tanya masyitah. Aira menggeleng..

"nanti aira bawa balik lauk yang maksu dah bekalkan.. Yea.. Maksu masak banyak tu"pesan masyitah.. aira hanya mengangguk. Wajah cucunya ditenung..

"kenapa nenek tengok aira macam tu..ada apa-apa dekat muka aira ke" aira meraba wajahnya.

"muka aira pucat sangat kenapa.. Letih ke.. Esok aira tak payah la datang tengok nenek.. Nenek ok je.. Ramai lagi ada dekat rumah.." aira menarik muncung..

"tak suka aira datang.." aira ura-ura merajuk.

"aira ni.. Bukan macam tu.. Aira pun kena rest.. jugak.. Ni makan ikut waktu tak ni.. Makin susut nenek tengok" bahu aira dipusing-pusing oleh masyitah.

"susut ke.. Untung la.. Tak payah diet" jawap aira. Peha aira ditampar lembut oleh masyitah.

"main-main pulak dia" marah masyitah. Mereka kemudiannya bergelak sakan.. Suka aira melihat masyitah ketawa.. Tubuh masyitah dipeluk erat. Pipi masyitah juga dicium dengan penuh kasih sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience