BAB 106

Romance Completed 107916

Zarina memandu ke nurseri milik suaminya.. Ditemani oleh aliya.. Sampai saja di nurseri dia memakir keretanya dibahu jalan.

"aliya. Jom turun.. Ibu nak ajak kakak dengan abah lunch sama" ajak zarina.

"taknak lah ibu. Dalam tu banyak nyamuk.." alasan aliya..

"macam-macam lah kamu ni" zarina membuka pintu kereta.. Lalu turun melangkah masuk ke nurseri..

Aliya didalam kereta mula merasa bosan.. Hp dicapai didalam beg tangannya..

"lamanya.. Mana ibu ni.." rungut aliya.

Lima belas minit berlalu.. Barulah dia melihat kelibat ahli keluarganya.. Dipandang mereka datang dengan gelak ketawa.. Entah,apalah yang suka sangat.. Pintu bahagian pemandu dibuka.. Masuk muizz.

"la aliya pun adaa..." katanya sambil ketawa kecil.. Aliya sekadar senyum sebaris..

Bila semua sudah duduk didalam kereta.. Muizz memandu menuju ke restoran yang telah dikatakan oleh isterinya tadi..

"first time abah makan sini.. Idea siapa ni" tanya muizz.

"ibu mengandung nak makan.. Saya turutkan je lah abang.." balas zarina..

Muizz memandang aira.. Aira laju mengeleng.. Mereka keluar dari kereta..

"bukan aira.. Tapi aliya..." kata zarina ketawa.. Sambil memeluk bahu aliya.. Aliya sudah menunduk malu..

"alhamdulillah.. Bertambah cucu kita.." kata syukur muizz sambil mendukung ammar.

"yea.. Tapi aira bersalin dulu.. Lepastu baru aliya.. Beza dua bulan je kan dengan kakak.." kata zarina.

Aira mengosok-gosok perutnya yang sudah hamil empat bulan.. Wajah aliya dipandang dengan senyuman..

Mereka masuk ke restoran.. Dan memilih meja.. Masing-masing sibuk dengan makanan sendiri.. Zarina tersenyum puas melihat aira selesai makan dan menolak pinggan yang sudah kosong.. Aliya pula yang makan sedikit sambil bermain-main dengan makanannya.

"kenapa ibu tenung aira macam tu" tanya aira..

"suka ibu tengok aira.. Berisi.. Empat bulan macam dah enam tujuh bulan.." usik zarina..

"aira dah makin gemuk ke..." aira memengang pipinya.. Pipi itu dicubit-cubitnya.. Memang kebelakangan ini dia terasa bila dia berjalan pipinya bergoyang.. Dan agak naik sedikit.

"biasalah ibu mengandung berat naik.." kata muizz..

"ni semua salah abi ammar.." rungut aira. Hidung ammar yang duduk di kerusi bayi sebelahnya dicuit.

"kenapa pula salah Eusoff.. Banguslah dia gemukkan kamu.. Dia pandai jaga isteri dia.. Bagi makan cukup.." pangkas zarina.

"ibu.. Dia hari-hari tiap-tiap malam ajak aira keluar makan larut malam... Kadang-kadang sampai pagi pergi cari makan.. All heavy food.. Macam mana aira tak gemuk" rungut aira

Tergelak mereka yang mendengar.. Ammar yang tak tahu apa-apa turut gelak bersama..

"aira.. Eusoff ada bagitahu abah.. Nak aira rehat saja dekat rumah...."

"aira taknak" laju aira memotong siap dengan gelengan..

"ikut aira lah" putus muizz.

"ibu nak tanya ni.. Aira checkup dekat mana.. Nanti boleh lah aliya checkup tempat yang sama.." kata zarina..aliya menganggung perlahan lahan menyuap nasi ke mulut.

"aira tak buat pun lagi.. Sibuk sikit.." kata aira sambil menghirup air jus orennya.. Membutang kedua orang tua yang duduk didepannya. Zarina sudah mencapai hp.. Lalu mendail nombor seseorang.

"ibu call siapa" tanya aira..

"Eusoff" tegas suara zarina..

"ibu....ibu jangan.. Dia balik itali.." gagap aira berkata.. Pecah tembelangnya.

Zarina mematikan panggilan.. Wajah aira ditenung dalam.. Muizz disebelah pun turut berbuat perkara yang sama..

"pergi itali.. Kenapa tak bagitahu ibu.. Ni aira tinggal dengan siapa.. Eusoff tahu tak aira tak pergi checkup.. Ni mesti aira bohong dia kan.. Ibu kenal Eusoff tu.. Dia sangat protective.. Dia tak akan biar aira sambil lewa saja..." bebel zarina..

Tak sempat muizz menyampuk.. Namun zarina dah usulkan semua soalan yang didalam benaknya.. Dia hanya diam menanti jawapan dari aira.. Aliya pula diam.. Sekadar memerhati.. Mata-mata pelangan lain mula memandang mereka.

" ibu.. Perlahan sikit suara ibu.. Hmmm.. Aira duduk dekat rumah.. Kan ada keluarga mak cik ramlah.. Ibu jangan risau.. Pasal checkup tu.. Hmmmm.. Memang aira bohong dia.. Aira janji.. Nanti aira pergi buat.. Ha.. Buat dengan aliya.." kata aira sambil memegang bahu aliya..

" lepas makan.. Kita pergi buat.. Dekat kawan mama" putus zarina.. Dengan tegas.

Aira dan aliya saling berpandangan.. Kemudian memandang muizz.. Muizz pula mengangkat thumb up kepada isterinya.

"aira tak selesai lagi..nanti kena terus terang.."

Bunyi deringan hp milik zarina menghentikan kata dari muizz.. Zarina mengangkat hpnya lalu dilayangkan didepan muizz..

"angkatlah" kata muizz. Jari zarina menyentuh paparan simbol hijau.

"waalaikummusalam Eusoff.." zarina memandang aira didepannya.. Aira menelan air liur.

"ibu tak tahu Eusoff balik itali.. Ni pun baru aira bagitahu.."

"yea.. Ada dengan ibu.. Alhamdulillah semua sihat"

"jaga diri Eusoff di sana.. Waalaikummusalam"

Panggilan dimatikan..

"Eusoff cakap suruh aira tinggal dengan ibu abah.. Kenala aira tak datang" zarina bertanya.

"ibu.. Jangan lah macam ni.. Kan tadi aira dah bagitahu.." lemah suara aira..

Selepas mereka selesai makan.. Muizz memandu ke klinik milik kawan zarina.. Zarina pula yang terlebih suka bila dapat mendaftar dua anak perempuannya sekalu gus..

"ibu temankan aira masuk.." putus zarina.. Yang baru keluar dari menemani aliya.

"ibu..tak apa.. Aira ok ja.. Sorang.." kata aira.

"jangan degil.. Ibu teman" bersungguh zarina..Masuklah aira dengan ibunya..manakala muizz, ammar dan aliya menunggu diluar..

"lamanya kakak kamu.." kata muizz sambil melihat jam ditangan.. Sudah dua puluh minit berlalu..

"biasalah tu abah..abah jangan risau.. Tak ada apa-apalah.." kata aliya.. Menenangkan muizz..

Seketika kedengaran bunyi pintu bilik dibuka.. Keluarlah zarina dan aira.. Mereka Masing-masing tersenyum.

"dah selesai semua" tanya muizz..

"dah.. Abang.. Tahun ni kita dapat tiga cucu" beria kata zarina..

"tiga.. Siapa lagi.." muizz mengaru kepala..

"ni ha.. Twin.." perut aira digosok lembut oleh zarina.. Muizz ketawa kuat..

"alhamdulillah.. Rezeki kita.." katanya lalu memeluk bahu dua anak perempuannya..

"aira.. Jangan skip jumpa doktor.. Ingat pesan doktor tadi.. Jangan ambil ringan saja.. Aliya pun sama yea" pesan zarina.. Aira dan aliya seraya mengangguk.

Gambar ultrasound bayi kembarnya diperhatikan... Sungguh tidak menyangka ada dua nyawa yang sedang menghuni rahimnya.. Hp diambil.. Lalu diambil gambar masuk ke hpnya.. Lalu menghantar imej tersebut kepada abi mereka yang berada jauh dibumi itali..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience