BAB 51

Romance Completed 107916

"Lepas ni kakak nak checkup semua biar ariz yang temankan kakak" kata ariz.

"apala ariz ni..kakak ok lah.."

"yea lah tu.. Kakak suka pendam.. Tak elok kak"

"ariz.. Kakak tahu ariz sayang kakak.." pipi ariz dicubit..

"boleh ariz tahu.. Kenapa kakak cerai.." tanya ariz.

"betul ariz nak tahu.." ariz mengangguk.. Ariz sudah melutut didepan aira. Memandang tepat kearah aira.

Aira mula menceriakan semuanya.. Ariz didepanya sedang tekun mendengar.. Tanpa mereka sedari ada yang curi mendengar perbualan mereka. Bukan seorang.. Tapi dua orang.

Selesai aira menceritakan semuanya.. Wajah aira mula kembali beriak biasa.. Ariz melepaskan keluhan.. Duduk disebelah aira semula.

"sabarlah kakak.." ariz menepuk tangan aira.

Muizz memberi isyarat kepada Eusoff supaya masuk kedalam mengikutnya.. Dibiarkan ariz dan aira duduk diluar.

"apa yang Eusoff dengar.. Eusoff dengar semuanya" tanya muizz. Apabila duduk di sofa ruang tamu. Eusoff mengangguk.

"abah ingat aira bercerai kerana ada kecelaruan dalam diri aira. Nampaknya belum sempat aira terangkan semuanya kepada Nafis.. Aira sendiri mengundur diri" suara muizz kedengaran sedikit kecewa.. Dengan perceraian anaknya.

"kecelaruan dalam diri aira.. Maksud abah" tanya Eusoff tak memahami.

"aira tu berbeza.. Dalam dirinya ada sesuatu.. Sesuatu yang bersifat melindungi aira.. Iaitu zulaikha.. Zulaikha adalah dominan.. Rasanya Nafis belum kenal pun siapa zulaikha.. Perkahwinan mereka pun masih muda.. Tak sampai pun setahun.."

Eusoff teebayang kejadian yang menimpa keluarga itu beberapa minggu lepas.. Aira bertindak kasar masuk kerumah.. Tenaganya juga berbeza.. Adakah itu Zulaikha..

" maksud abah.. Yang malam tu.. Yang marah-marah tu zulaikha" tanya Eusoff.. Muiiz mengangguk.

Deringan telefon membuatkan perbincangan mereka terhenti.

"assalamualaikum.. Ya.. Aku datang" pangilan dimatikan..

"Eusoff tolong panggil aira dan ariz.. Kita ke hospital.. Nenek masuk hospital" tutur muizz dengan wajah gelisah. Eusoff mengangguk dan belalu keluar memanggil aira dan ariz..

"bagi kakak bawa kereta" kunci ditangan ariz dirampas..

"mana boleh.. Ariz bawa.." muizz sudah mengaru kepala..

"aliya mana tak turun lagi" tanya aira.

"tengah siap lagi.." jawap Ariz.

"bagi kakak drive.. Kakak bertolak dulu.. Nanti abah naik dengan abang Eusoff" cadang Aira.

"haishh.. Memang tak lah.." marah ariz. Tau sangat kalau aira bawa kereta.. Laju bukan main. Takut pula terjadi apa-apa nanti.

"macam ni.. Biar Eusoff bawa abah dan aira pergi dulu.. Yang selebihnya naik dengan ariz" semua setuju..

Muizz dan aira sudah melangkah mengikut Eusoff..

"adoooi.. Aliya.. Boleh cepat sikit tak.." laung Ariz dari bawah.

"yea lah.. Yea.. Datang ni" jawap aliya dari atas.

Sampai dihospital Aira tergejut melihat keadaan masyitah.. Yang sedang terlentang tanpa dilapik oleh sebarang bantal.. Nenek sudah disambung dengan alat penyambung hayat.. Air mata sudah turun di pipi.. Muizz yang perasan terus meraih tangan aira..

"sabar zulaikha" zulaikha merenung wajah Muizz.. Kemudian mengangguk kecil. kata muizz mengejutkan Eusoff.

Panggilan daripada elias dan mastura langsung aira tidak hiraukan.. Muizz hanya memberi isyarat tangan..

"zulaikha.. Ikut aku jap" panggil emran.. Mata hitam itu menikam mata emran.. Terkaku emran di tempatnya.

Ariz yang baru tiba bersama zarina dan aliya menyalam elias, mastura dan emran.

"Ariz.." panggil muiz.. Tangan aira yang dipegang oleh muizz diberikan kepada ariz.. Tegak bediri ariz disitu mengantikan tempat muizz. Pelahan-lahan dia memujuk zulaikha..

"zulaikha nak kesana.." pinta zulaikha..tangan ariz dilepaskan.. Eusoff dapat merasakan aura dingin dari zulaikha..

Yang lain berkumpul diluar.. Berjumpa dengan doktor yang bertugas..

Zulaikha setia menunggu masyitah.. Tangan masyitah digengamnya.. Wajahnya tersembam disitu..

"jom kita balik sayang" pujuk Zarina.. Wajah aira masih tersembam.

Muizz menarik zarina perlahan-lahan.. Zarina beransur kearah muizz.

"biar abang tunggu mak.. Yang lain balik dulu.. Aira biarkan disini.. Eusoff tunggu kejap dengan ariz.." cadang Muizz. Yang lain mengangguk.

Mereka beransur pulang hanya tinggal muizz, ariz, Eusoff dan Aira. Aira masih tersembam ditangan masyitah.

"ariz.. Pergi pujuk zulaikha.. Ajak dia balik.. Ariz balik dengan Eusoff." kata muizz.

Perlahan Ariz melangkah ke arah Zulaikha.. Badan zulaikha digosok perlahan.. Ariz membisikkan sesuatu.. Ke telinga zulaikha .. Perlahan-lahan zulaikha mengangkat wajahnya.
Matanya yang hitam pekat itu sudah bercampur memerah.. Kesan daripada tangisannya. Ariz memberi isyarat kepada Eusoff. Eusoff mengangguk.. Disalam tangan muizz..mereka beredar. Sampai di kereta..

"kenapa aira tengok Eusoff diam je dari tadi.. Takut..dengan zulaikha ke" tanya aira.. Mengusik.

"ehhmm mana ada..takut" kata Eusoff.. Wajah aira dipandang sekilas melalui cermin pandang belakang.. Dapat diperhatikan aira sedang tersenyum sinis.

"hmm.. Betul ke..." usik aira.

"abang ok je.. Teringin nak kenal dengan zulaikha.. " balas Eusoff.. Eusoff membalas senyuman kearah aira.

"abang akan menyesal buat permintaan macam tu" aira sekadar memperingati. Eusoff masih senyum.

Ariz disebelah Eusoff tidak mengendahkan mereka berdua.. Tidur lagi baik.

Peribadi aira dan zulaikha yang mempunyai dua personaliti menarik minat Eusoff.. Personaliti zulaikha yang disimpan rapi oleh aira membuatkan Eusoff ingin mengenali zulaikha dengan lebih mendalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience