BAB 91

Romance Completed 107916

Aira berjalan masuk ke pejabat Fateeh.. Setiausaha Fateeh yang sudah tahu kedatangannya terus membenarkan aira masuk kedalam bilik Fateeh..

"duduk lah zulaikha.. Kita tunggu Rasydan" pelawa Fateeh yang sudah duduk di sofa.. Aira duduk bertentangan dengan Fateeh..

Sementara menunggu Rasydan.. Aira menyemak dokumen didepannya.. Baru separuh.. Pintu bilik dikuak dari luar.. Rasydan masuk dengan temengah-mengah..

"sorry.. sorry lambat.." katanya..

"so boleh kita mula" kata Fateeh memberi isyarat supaya Rasydan duduk menyertai mereka.

"Rasydan.. Kau Ingat tak orang yang pernah nak culik aku.. Si gemuk dan si tinggi tu.. Orang upahan Adham.." tanya aira.

"ingat la.. Aku yang setel dua budak tu.. Kenapa" tanya Rasydan.

"Adham masih ganggu aku.. Sekarang Eusoff dah tahu.. Dia marah.. Takut dia salah sangka" terang aira.

"aku akan siasat mamat tu.. Jangan risau" kata Rasydan..

"aku dah siasat semua" satu suara mengejutkan mereka..

"Allahuakbar" kata aira dan Rasydan.. Fateeh hanya bersandar tenang. Menghirup kopinya.

"hubby.." sepatah keluar dari mulut aira.
Eusoff yang duduk di kerusi di meja kerja Fateeh.. Memusingkan kerusi mengadap mereka.. Matanya tajam memandang aira..

Eusoff bangun.. Sampul ditangan diletakkan diatas meja kopi.. Dia duduk disebelah aira.. Dia tahu Aira yang memandangnya.. Pandangan itu dibiarkan..

"orang ni akan aku selesaikan.." kata Eusoff..

Rasydan mengeluarkan gambar dan kertas dari dalam sampul. Riak wajah tergejut jelas terpampang di muka Rasydan.. Segala maklumat tentang Adham.. Cukup lengkap.. Diletakkan diatas meja kopi..

"bukan setakat cubaan untuk culik saja kan.. Mesti ada lebih daripada itu.." kata Eusoff memandang tepat wajah aira... Aira hanya menunduk..

"hmm.. Dia pernah nak buat yang tak elok dekat qalbii. Tapi.. Tapi.. dia tak sempat buat apa-apa.. Sebab masa tu.. Nafis ada" aira gugup.. Tambahan dia menerima panahan mata dari Eusoff.. Air liur ditelan payah. Eusoff mengangguk..

"tak hairan lah. Dia bapak ayam.." kata fateeh.. Meneliti maklumat didepannya..

"Bapak ayam.." kata aira..tak percaya.

Tiga lelaki didepannya mengangguk.. Aira masih dengan wajah keliru.. Tidak pecaya..

"bukan setakat bapak ayam.. Dia pembekal drugs kepada golongan elit.. Mean is.. Golongan vvip.. Dan dia cukup licik.." kata Eusoff..

"mana hubby dapat semua maklumat tu" tanya aira...

"I have my own way.. It has nothing to do with you" balas Eusoff.. aira mencebik.. Memalingkan wajahnya..

Eusoff sudah menyuruh anak buahnya menyiasat latar belakang Adham.. Sejak kejadian di Airport sebelum ini, dia sudah mengambil langkah berjaga-jaga.. Memang Adham dalam permerhatiannya..

" and one more thing qalbii.. Hubby akan ambil alih semua urusan dan tanggungjawab arwah ayahanda Muhaimin.." tenang kata Eusoff..

"What!!! But Why???.. Aira melenting. Bangun terpacak.. Dengan muka merah.

" sebab you my queen.. " kata Eusoff dengan senyuman.. Aira menjeling..

" jadi lepas ni.. Kita akan bekerjasama.. Eusoff latiff " kata Fateeh.. Selepas menyaksikan pergaduhan manja sepasang suami isteri didepannya..

"yea.. Nampaknya macam tu lah.." Fateeh menyuakan tangan.. Bersalaman.. Begitu juga Rasydan..

"heii.. Macam tu je.. Memang tak adil" bentak aira.. Rasa macam nak tembak saja tiga lelaki depannya.. Senangnya menyingkirkan dirinya daripada kumpulan itu..

"Fine.. Zulaikha pergi" kata aira.. Beg tangan digalas ke bahu.. Dipandang wajah tiga lelaki didepannya satu persatu.. Dia mendecit geram.

Aira melangkah laju keluar dari bilik pejabat Fateeh.. Dengan mulut menguman masih tidak puas hati. Pintu dihempas kasar.. Bingit seketika kedengaran bunyi pintu yang dihempaskan aira.

Mereka bertiga ketawa kecil.. Puas mengusik si bunga. Dulu mereka bertiga yang sering dibuli oleh aira.. Kini demi keselamatan aira.. Mereka bertiga berpakat menyingkirkan aira.. Dan mengantikan tempatnya dengan kedatangan Eusoff. Eusoff mengeluarkan hpnya.. Memberi arahan kepada anak buahnya yang sudah sedia menunggu dibawah supaya melindungi aira.. Kemana saja aira pergi.. Aira tidak berseorangan lagi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience