BAB 99

Romance Completed 107916

Eusoff meminta badrul menurunkannya di tempat perjumpaan mereka semula... Terdapat keretanya hilux hitamnya dipakir dikawasan letak kereta bertingkat dikawasan berbayar.

"terima kasih" katanya.. Lalu turun melangkah ke arah keretanya.

Sebaik saja dia masuk ke dalam kereta.. Enjin dihidupkan.. Seketika dia mengelamun.. Memikirkan aira..

'apa perlu aku buat.. Sapa perlu aku cari.. Abah.. Ya.. Abah.. Tapi macam mana abah boleh tak tahu benda ni.. Abah sepatutnya lebih tahu' pikir Eusoff sendiri..

"baik aku nurseri" putusnya.. Lalu dia memandu ke sana.. Dengan hati yang penuh tanda tanya.. Mengharapkan jawapan.

Sampai saja di nuseri masyitah... Eusoff memakirkan keretanya bersebelahan dengan kereta merahnya.. Yang sudah diberikan kepada aira sepenuhnya.

Kaki melangkah masuk kedalam kawasan nurseri..

"assalamualaikum tuan.. Mau cari boss besar.." tegur kassim.

"waalaikummusalam.. Kassim.. Ya saya cari boss besar" kata Eusoff dengan senyuman..

"boss ada didalam pejabat.. Dengan puan" katanya ramah. Eusoff mengangguk..

"saya pergi dulu.. Kamu sambunglah buat kerja.." lalu berlalu meninggalkan Kassim sendirian.

Pintu bilik pejabat dibuka.. Terdapat aira, muizz dan ammar didalamnya..

"hubby.. Kena tak cakap nak datang.." aira yang sedang menulis sesuatu berpaling ke pintu.. Begitu juga muizz.

"abi... Abi.." panggil ammar.. Berlari mendapatkan Eusoff..

"hubby nak jumpa abah.." kata Eusoff.. Ammar sudah berada didalam dukungannya..

"ada apa Eusoff.. Mari lah duduk sini.." pelawa Muizz..

Eusoff melangkah masuk lalu duduk di kerusi bertentangan dengan Muizz.. Selepas bersalaman..

"macam mana business abah.. Ok" tanyanya

"macam ni lah.. Alhamdulillah.." kata Muizz dengan ketawa kecil..

"kejap aira keluar kedai depan tu beli kuih.. Ammar nak ikut mama" aira menutup fail ditangannya.. Lalu bangun bediri di sebelah Eusoff..

"takpelah.. Hubby dah makan" kata Eusoff.

"siapa kata untuk hubby.." aira mengusik. Terus Eusoff mendongak mencari wajah isterinya. Muizz tersenyum sendiri.

"oh.. Bukan kah" ammar sudah didukung aira.

"alah.. Saja aira mengusik tu.. Aira beli lebih sikit.. Boleh bagi dekat kassim sama" kata Muizz.. Aira mengangguk dan keluar dari pejabat.

Sebaik saja melihat kelibat aira hilang di balik pintu. Eusoff berpaling semula memandang kedepan memandang Muizz.

"abah.. Sebenarnya ada benda yang saya nak tanya.. Tentang aira.. Ehh bukan...tentang zulaikha" kata Eusoff.

"kenapa dengan zulaikha"

"tadi Eusoff jumpa dengan Fateeh dan Rasydan.. Eusoff tanya tentang zulaikha.." Eusoff mengeluh.

"sambung lah Eusoff.. Apa yang mereka kata" tanya Muizz.

"abah.. Abah tahu tak.. Zulaikha.. Hmm.. Ada sesuatu yang berdamping dengannya.." kata Eusoff terhenti disitu.

Tersandar muizz ditempat duduknya.. Sangkaannya selama ini.. Juga begitu.. Namun dirinya menafikan.. Kerana selama ini.. Aira menolak keras hal yang berkaitan alam ghaib..

" apa yang mereka katakan.. Eusoff boleh terangkan semuanya kepada abah" kata muizz tenang..

Eusoff mula menceritakan semua kepada Muizz.. Dari mula sehingga akhirnya.. Muizz mendengar lalu mengurut dadanya.. Nafasnya mula memberat.

"jadi selama ni.. Aira yang berselindung.." katanya terhenti bila pintu pejabatnya dibuka dari luar..

Wajah manis aira yang tersenyum terpampang di muka pintu.. Sebelah tangan memegang plastik berisi kuih.. Dan sebelah lagi memegang tangan ammar..

"lama tunggu.." kata aira.. Dengan senyuman..

Kedua lelaki itu diam membisu.. Hanya menjawap soalan aira dengan gelengan.. Fikiran mereka sendiri sudah melayang pergi entah kemana..

"kejap aira buatkan air.." aira ke pantry kecil di sebelah mejanya.. Lalu membancuh air kopi dan menghidangkan kuih yang dibeli tadi di atas pinggan.

Muizz memberi isyarat kepada Eusoff supaya memberhentikan topik perbualan mereka yang sebentar tadi.. Eusoff mengangguk..

" ammar makan tak lagi..." tanya Eusoff kepada ammar.. Menukar suasana hening tika ini..

"makan... Asik" jawap ammar..

"makan nasi...patutlah perut buncit.. Rupanya makan dah" Eusoff menyucuk lembut perut ammar. Mengelit kecil ammar sambil ketawa.

Aira datang meletakkan kuih diatas meja Muizz. Dan sedulang air kopi..

"kejap.. Aira nak keluar bagi kuih dekat kassim" lalu aira keluar dari pejabat.

"macam mana abah" tanya Eusoff.

"nanti abah tanya aira" putus Muizz.

"tanya apa abah" muncul aira tiba-tiba..

Muizz yang sedang menghirup kopi.. Hampir tersembur akibat tergejut. Eusoff mencapai tisu.. Lalu diberikan kepada muizz.

"tanya kuih ni.. Kuih apa yang aira beli" kata Muizz..

"kuih.. Kuih karipap dengan kuih pelita" kata aira dengan wajah yang bekerut.

'macam mana abah tak tahu nama kuih pula.. Selalu abah makan tau saja kuih apa'

"tak.. Maksud abah.. Inti dia.. Inti apa.. Karipap ni" aira berjalan mendekat kearah kedua lelaki kesayangannya..

"ada apa sebenarnya abah.." katanya tegas.. Aira berdiri tegak dideoan dua lelaki tersebut.

Muizz dan Eusoff saling berpandangan.. Kemudian memandang kearah aira semula.

"aira duduk.. Ada benda yang abah nak tanya" kata Muizz

Aira akur lalu duduk disebelah Eusoff.. Tangannya laju mencapai kuih karipap lalu dimakannya.. Eusoff hanya memerhati.

"aira.. Boleh tak aira bagitahu abah.. Sejujurnya.. Apa yang aira selindungkan.. Siapa pedamping aira.." tanya muizz.. Aira yang sedang mengunyah karipap.. Terus berhenti mengunyah..

"apa maksud abah.." aira menafikan

"fateeh dan rasydan dan terangkan semua" kata Eusoff. Aira berpaling memandang Eusoff.

"abah nak dengar sendiri dari mulut aira" muizz bersuara. Terbangun aira dari duduknya..

"apa yang abah nak tahu.. Tentang siapa yang menjaga aira.. Yea.. Semua tu betul.. Semua. Yang abang fateeh dan rasydan katakan.. Semuanya betul.." kata aira

"kenapa aira.. Abah kalau boleh taknak aira terlibat dengan benda-benda ghaib ni" suara muizz mula meninggi.

"abah.. Aira yang rela" kata aira.

"Allahuakbar.. Aira.." marah Muizz.

Eusoff di tengah-tengah hanya menjadi permerhati dua anak beranak yang sedang bertikam lidah.

"kena aira.. Aira ingat benda ni main-main.. Abah akan usahakan untuk putuskan perjanjian tu" kata Muizz menghentak tangannya dimeja. Aira mengeleng..

"belum sampai masanya abah.." kata aira perlahan..

"aira jangan macam-macam.. Keputusan abah muktamad" putus Muizz.

"selagi aira tak lepaskan.. Abah tak boleh buat apa.. Abah tolong faham aira.. Aira janji dengan abah.. Semuanya akan baik-baik sahaja.." kata aira.

"aira.. Benda tu umpama air yang mengalir.. Susah nak dikawal.. Dia akan mengalir mengikut cara dia.. Abah tak nak aira susah dikemudian hari" kata muizz

"aira tahu apa yang aira buat abah.."

"dengar cakap abah.." marah Muizz.. Suaranya mula meninggi..

BUMM....

Tubuh aira terjelepok jatuh kelantai.. Eusoff bangun cemas mendapat kan aira yang sudah tidak sedarkan diri.. Muizz meraup wajahnya kesal kerana meninggikan suara kepada aira..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience