BAbB 125

Romance Completed 107916

Ramlah sedang duduk menonton televisyen.. Sekilas bangun melihat cucu asuhannya yang masih terbaring didalam bilik aira.. Kelantangan suara television direndahkan.. Cukuplah sekadar dia saja yang mendengar.. Tak mahu menganggu si kecil bertiga itu.

Kedengaran bunyi pintu bilik itu dibuka. Ramlah bangun melangkah ke arah pintu.. Ternyata aira.. Berseorangan.

"mana ana.. Aira.." tanya ramlah.. Risau jugak bila anaknya tidak kelihatan.

"ada dekat pantai lagi makcik.. Sibuk ambil gambar.." jawap aira. Berjalan masuk.. Melintasi ramlah.. Mengintai ke dalam bilik.. Melihat anak-anaknya..

"aira.. Phone aira tu banyak kali dah bunyi.." kata ramlah.

"makcik tak tengok.. Nama siapa yang naik.." tanya aira.. Yang sedang menuang air ke dalam gelas.

"hmm.. Nafis kalau tak silap makcik" balas ramlah.. Aira meneguk air.. Selesai minum dia berjalan kearah telefonnya yang sedang dicas. Suis dimatikan.. Dan telefonnya kembali berdering..

"assalamualaikum.."

"ah.. Maaf tak dengar tadi.. Telefon sedang cas.."

"oh ya ka.. Hmm.. Petang nanti baru aira kesana..boleh ke.."

"ok lah... Kalau tak kisah. Waalaikummusalam" aira menamatkan panggilan.

Ramlah hanya memerhati.. Tidak berani pula nak bertanya lebih-lebih kepada aira.. Takut apa pula kata aira. Walaupun dia tahu aira tak kisah kalau dia bertanya..

"makcik.. Kita check out tengah hari ni yea.. Kejap lagi kita sarapan.. Lepas tu aira nak mandi dekat laut dengan anak-anak.. Kita ke pantai sama-sama yea.." ajak aira.. Ramlah mengangguk setuju.

"ha.. Balik pun.. Ana kemana.. Kenapa tak balik dengan kak aira.. Suka bagi ibu risau lah.." leter ramlah bila anak gadisnya mula melangkah masuk kedalam bilik mereka.

"ibu.. Ana tak kemana pun.. Ibu buka tingkap tu pun.. Boleh nampak ana.." balas riana sambil memeluk belakang tubuh ibunya memujuk.

"dah pergi siap.. Kejap lagi kak aira nak ajak kita sarapan sekali.. Lepastu katanya nak mandi laut.. Sebab dah janji dengan ammar kan semalam.." kata ramlah menarik anaknya masuk kedalam bilik mereka..

Setelah siap.. Mereka turun bersarapan.. Selesai sarapan mereka terus ke pantai..

" ammar dengan mama saja.. Kita mandi laut.. Lepas mandi kita dah nak balik.. "kata aira.. Menyerahkan amran kepada ramlah. Lalu tangan ammar dipaut..

" ana main dengan amna dekat pantai saja yea."katanya kepada riana.. Riana mengangguk.. Aira melambai amna dan kemudiannya amran..

Ammar didukungnya.. Berjalan ke arah pantai.. Perlahan lahan masuk kedalam laut.. Pengangan ammar makin erat memeluk tubuh ibunya. Aira akhirnya berhenti bila paras air mencecah pingangnya.. Lalu perlahan lahan menurunkan badannya terendam didalam air.. Suka ammar dapat bermain dengan air..

"ammar suka.." ammar mengangguk laju..

"tapi tak boleh lama tau.. Kita kena gerak rumah wan lepas ni.. Jumpa papa.."

"papa" kata ammar..

"yea sayang kenapa.." ammar mengeleng.. Pipi ammar dicubit aira..

"bila boleh jumpa abi" tanya ammar.

"nanti bila abi.. Dah habis kerja.. Abi balik lah sayang.. Rindu abi ke" tanya aira.. Ammar mengangguk.

"papa macam mana.. Takkan tak rindu" sengaja aira mengusik ammar.

"aritu baru jumpa papa" balas ammar.

'betul jugak yea.. Rasanya nafis baru saja berjumpa dengan ammar.. Sebelum mereka bertolak ke Indonesia sebelum ni'

"papa rindu ammar.. Nak ajak adik-adik main dengan ammar.. Ammar kan abang yang baik.." pujuk aira.. Sekarang dah nak masuk lapan bulan Eusoff menghilang .. Mahu ammar tak terasa.. Dialah yang paling rapat dengan abinya.

Perlahan-lahan ammar mengangguk. Selesai mandi mereka balik ke bilik..dan bersiap untuk check out.. Dan bertolak terus kerumah keluarganya..

Apabila sampai saja di rumah muizz.. Kereta nafis sudah berada di perkarangan rumah.

"ammar mari masuk dulu.." aira membuka tali pinggang keselamatan ammar. Lalu menurunkan ammar.. Dan mengiringi ammar masuk kedalam rumah..

Bila yakin ammar sudah masuk kedalam rumah aira keluar semula, ke keretanya.. Riana sedang mendukung amna.. Amran masih terlena,dikendong ramlah.. Aira mengambil amran. Tak sanggup dia nak biar ramlah dukung amran yang agak berisi dan sado itu.

"hmm.. Aira nak bagi tahu.. Dekat dalam tu.. Papa ammar. Nafis. Yang call aira pagi tadi tu makcik.." kata aira. Takut ramlah dan riana terasa pelik pula nanti. Dan dia tak mahu timbul syak wasangka diantara mereka..memandangkan statusnya masih lagi isteri kepada Eusoff.

" kami paham aira.. "kata ramlah tersenyum.

Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Aira mengenalkan ramlah dan riana kepada ibu dan abahnya. Ramah ramlah bersembang dengan ibunya.. Mungkin disebabkan mereka sebaya,dan ada banyak benda boleh dikongsi kan bersama. Dari kesihatan ke resepi.. Tukar ke petua pula.. Dan bertukar lagi dan lagi.

" eh encik" kata riana.

"kamu kenal ke ana" sampuk ramlah.

"tak ibu.. Jumpa kat pantai pagi tadi" jawap riana.

"cik dekat pantai tu yea.. Tak sangka kita jumpa dekat sini.." balas nafis.

Mereka menceritakan bagaimana mereka berdua boleh terserempak kepada yang lain..

" aira.. Boleh kita cakap berdua" tiba-tiba nafis bersuara.. Membuatkan yang lain saling berpandangan.

Lama keadaan itu dibiarkan sunyi..

"boleh.." akhirnya aira bersuara.

Aira bangun melangkah keluar.. Begerak kearah taman. Dibelakang diekori oleh nafis.

"kenapa.. Ada apa yang perlu kita bincangkan" tanya aira.. Duduk di kerusi batu.

"aira.. Abang nak tanya. Tak ada peluang untuk abang ke.. Peluang kedua buat abang" nada nafis merayu.

Aira mula rasa tidak selesa dengan pertanyaan yang keluar dari mulut nafis. Wajah nafis langsung tak dipandangnya..

"aira masih isteri kepada Eusoff.. Apa yang awak pikir ni.." kata aira tenang.

"abang dengar dia hilang.. Dah lama kan.. Aira ada hak untuk.."

"untuk apa.." potong aira.

"jangan campur urusan aira.." sambung aira tegas.

"tapi aira. Dia tinggalkan aira macam tu saja.. Abang boleh jaga aira.."

"stop it.." kata aira meninggi. Aira mula bangun dari duduknya.

"yea.. Memang dia pergi. Tapi dia tinggalkan kami cukup makan pakai.. Cukup sampai anak-anak aira besar.."

"lagipun dia masih hidup.."

"aira yakin.. Abang dengar dia dah hilang.. Kemungkinan dia dah meninggal aira.." kata nafis..

"aira akan tetap tunggu dia.. Walaupun dia pergi.. Aira tahu alasan dia.. Itu cukup buat aira.. Sekali lagi.. Aira harap perkara ni tak akan timbul lagi.. Dan kita tak akan berbincang lagi perkara ini..sebab jawapan aira tetap akan sama.. Tak kira lah berapa kali pun awak tanya... " aira mula berjalan meninggalkan nafis.

" aira" perlahan nafis memanggil. Membuatkan langkah aira terhenti. Sebelum melintasinya.

"please.. Harap awak lupakan aira.. Hubungan kita hanyalah kenangan.. Kenangan buat ammar.. Cukuplah sekadar itu." kata aira.. Dan terus berjalan meninggalkan nafis tanpa berpaling lagi.

'hmmm... Nampaknya tiada harapan.. Aira sudah bertekad.. Abang akan hormat ke putus aira..' kata nafis sendiri.. Dia sendiri tidak mampu mengungkap kata itu didepan aira.. Sungguh dia tak tahu bagaimana..

Nafis masuk semula kedalam rumah..cuba untuk memaniskan wajahnya.. Walaupun hatinya langsung tidak sama dengan riak wajahnya.

"nafis.. Bermalam disini.." ajak muizz. Memang setiap kali nafis kesini,muizz selalu mempelawanya. Namun sering ditolak nafis.

"tak abah.. Nafis stay dekat resort.. Esok dah nak bertolak balik.. Saja datang.. Hujung minggu.. Cuti tak tahu nak buat apa.." jawap nafis.

Aira sudah mengemas beg pakaian anak-anaknya.. Dia tak nak berlama-lama di rumah muizz.. Ada lagi dua yang diluar sedang menunggu.. Kasihan kalau budak dua tu kebulur menunggu didalam kereta.

" aira nak balik dan ni.. Ibu, abah.. "aira mula bersalaman dengan zarina..

" nak balik dah.. Kenapa tak bermalam saja.. "kata zarina

" tak boleh ibu. Aira ada kerja esok"alasan aira.. Kemudian bersalaman pula dengan Muizz.

"abah ok.." tanya aira bila muizz tak melepaskan tangannya..

"esok datang ke nurseri.. Ada benda sikit.." kata muizz.

"baik boss" kata aira melawak. Barulah tangan aira dilepaskan oleh muizz.

"ammar..nak tidur sini ke.. Esok mama ambil ammar di tempat wan.. Nak" tanya aira. Sengaja aira membiarkan ammar lebih lama.. Agar nafis boleh meluangkan masa dengan ammar.

Melompat ammar bila dibenarkan oleh mamanya bermalam di rumah wannya.
"tinggal saja dia.. Esok ambik kat abah" putus muizz.

Aira dan rombongannya keluar dan balik kerumah Eusoff.. Mungkin disebabkan letih masing-masing masuk ke bilik dan terlena.. Tanpa aira sedari ada sekuntum mawar merah diletakkan di sisi meja katilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience