Bab 92

Romance Completed 107916

Aira terpaksa membatalkan niatnya ke nurseri hari ini.. Tambah pula dia menerima panggilan telefon dari anak buah Rasydan yang ditugaskan untuk mengekori Aliya..

Kereta dipandu menuju ke taman tasik.. Tempat kemungkinan Aliya akan bertemu dengan lelaki yang telah merosakkannya..

Sampai saja ditaman tasik dia mencari kereta yang dinaiki oleh aliya.. Jumpa.. Aira memakir keretanya bersebelahan dengan kereta aira.. Dia meninjau dari dalam kereta.. Taman itu agak lengang..

'InshaAllah.. Tak ada apa-apa.. Kau kena kuat demi aliya.. Sabar aira.. Sabar.. Zulaikha tak patut keluar waktu macam ni' pujuk dirinya sendiri.

Dengan lafaz bismillah dia membuka pintu dan melangkah keluar dari perut kereta. Perlahan-lahan dia berjalan menyusuri jalan yang terdapat ditaman itu..

Dari jauh dia melihat satu pasangan yang sedang bertengkar.. Dia tidak melihat rupa lelaki itu..kerana membelakangkannya. Sungguh kasar pelaku lelaki itu.. Ditolak kasar apabila perempuan itu memaut baju lelaki itu merayunya namun tubuh perempuan itu ditolak jauh dari terus mendekat dengan lelaki itu.. Dihamburkan perempuan itu dengan mengunakan kata-kata kesat..

Perlahan aira jalan menghampiri.. Ternyata perempuan yang sedsng merayu itu adalah Aliya.. Sedang merayu lelaki dihadapannya.. Namun rayuan aliya langsung tidak di endahkan..

"Aliya" panggil Aira.. Berpaling dua insan dihadapannya.. Aira berjalan melepasi lelaki didepannya..

"aira zulaikha" suara serak lelaki itu memanggil.. Aira yang sedang menenangkan aliya berpaling.

"kau siapa.." tanya aira.

"aku.. Azhar" katanya..

Aira tidak percaya.. Lelaki di hadapannya adalah azhar.. Sungguh berbeza... Penampilannya.. Lebih bergaya..

"azhar..." azhar mengangguk... Tangan azhar laju memengang lengan aira.. Aliya diantara mereka tidak memahami kenapa kakaknya mengenali azhar.. Wajah masih penuh dengan air mata.

"kau lelaki yang rosakkan adik aku.. Tapi Kenapa.." marah aira.. Tangan ditarik menjauh sebelum sempat azhar menyentuhnya.. Azhar ketawa kuat.

"adik... Aliya ni adik kau? " katanya sambil ketawa..

Aira dan aliya berpandangan sesama sendiri.. Cara azhar ketawa.. Seolah-olah orang hilang akal..

"tak sangka pula aliya ni adik kau aira.. Tak dapat kakak.. Adik pun ok lah.." dicuitnya dagu aliya.. Dengan senyuman nakal.

"apa kau merepek ni.. Kau gila ke apa" marah aira dengan cara azhar.

"GILA!!!... Kau yang buat aku gila aira.. Kenapa kau tolak pinangan aku.. Keluarga aku datang masuk minang kau.. Tapi family kau tolak mentah-mentah.." pipi aira dipicit kuat..

"apa kau cakap ni.. Aku tak faham la.. Lepas la sakit" aira menyepak celah kangkang Azhar.. Meraung azhar membongkokkan badannya menahan sakit..

"kak.. Kak.. Jangan pukul dia.. Aliya sayang dia.. Please kak.. Aliya nak kahwin dengan dia" rayu aliya sambil melutut menghalang aira dari mendekat.

"sapa yang nak khawin dengan kau perempuan.. Aku nak berseronok saja dengan kau.." azhar mencekam tudung aliya.. Lalu dihumban ke tepi..

"tak guna.. Kau bukan azhar yang aku kenal.. Kau binatang" aira mendapatkan aliya.. Yang sudah tersembam di tanah..

"aliya.. Sudah.. Dia tak layak untuk aliya.." pujuk aira.. Aliya mengeleng.. Menolak kata-kata aira.

"aarrhh" tangan azhar mencekik batang leher aira.. Lalu ditarik tubuh itu bangun.. Tangan aira yang memaut tangan aliya terlepas.

Belum sempat dia diheret.. Pengangan dilehernya terlepas. Terbatuk-batuk aira dibuatnya.. Mencari nafas.. Aliya bangun mendapatkan kakaknya.. Dua orang lelaki bertubuh sasa sedang memegang erat Azhar yang begelut untuk melepaskan diri.. Kemudian datang lagi dua lelaki berlari kearah mereka.. Anak buah Rasydan.

"awak dua orang ni.. siapa" tanya aira.. Sambil menggosok lehernya yang terasa sengal..

"jangan risau.. Kita dipihak yang sama" kata lelaki itu dengan nada yang dingin..

"kami akan bawa dia ke balai polis.. Harap puan turut ikut bersama.." katanya lagi.. Aira mengangguk.

Mereka ke balai polis.. Semua urusan diuruskan oleh dua lelaki tadi dan juga anak buah rasydan.. Aliya hanya diam tak bersuara.. Selesai urusan di balai mereka keluar..

Aira mengarahkan supaya anak buah rasydan mengiring aliya ke kereta sementara dia ingin berjumpa dengan dua lelaki tadi.

"maaf Encik.." panggil aira.. Lagak dua lelaki itu ingin segera pergi..

"yea puan.. Ada apa-apa lagi" tanya salah satu lelaki itu.

"boleh saya tahu nama encik berdua" kedua lelaki itu berpandangan. Kemudian mengeleng.

"baik lah kalau macam tu.. Cakap dekat Eusoff.. Saya bantah untuk ke hospital" ugut aira dan berlalu pergi.. Langkahnya laju meninggalkan dua lelaki tadi..

"puan.. Puan.." kini aira dikejar dua lelaki tadi.

"baik puan.. Kami bagitahu" kata salah seorang... Barulah aira berpaling.. Dengan senyuman.

'tau pun nak mengalah.. Takut sungguh dengan Eusoff' ngomelnya sendiri.

"saya Qaliff dan ini.. Josh.. Tapi puan.. Hmm.."

"kenapa" tanya aira..

"tuan tak benarkan kami bercakap dengan puan.. Kalau tahu ni.. Masak kami kena.." kata josh..

"yea puan.. Kami hanya dibenarkan melindungi puan.." tambah Qaliff lagi..

"jangan risau.. Thanks tolong saya tadi.. Dan iringi saya.. Ok.. Saya akan ke hospital sekarang" kata aira sambil tersenyum..

Sampai dihospital dia bertemu dengan Emir.. Emir mengenalkan tunangnya.. Suraya.. Jadi surayalah yang merawat aira dan aliya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience