Bab 129

Romance Completed 107916

"makcik..aira nak keluar.. Anak-anak aira dah aira tidur kan.. Pintu bilik, aira biar terbuka.." kata aira kepada ramlah.

Ramlah sudah mengetahui memang kebiasaannya aira akan keluar waktu malam begini.. Keluar ikut pintu belakang.. Kerana tak mahu dua lelaki yang menunggu di bahagian hadapan tahu. Siapa lagi kalau bukan josh dan qalif. Mata-mata Eusoff.

"apa-apa makcik call aira" aira memeluk ramlah.. Seperti memeluk ibunya sendiri.. Tapi aira hanya melakukan itu bila mereka hanya berdua..

"aira tu hati-hati.." ramlah berpesan.. Dia melihat aira pergi.. Keluar perlahan-lahan dan masuk kedalam kereta yang sudah sedia menunggunya.

Aira sudah dianggapnya umpama anak sendiri.. Pernah aira balik dalam keadaan yang penuh dengan darah dibajunya.. Namun aira cepat-cepat menafikan, bila dia terus mendesak aira.. Aira menyatakan bahawa itu bukan darahnya.. Namun naluri keibuan nya sentiasa risau dengan aira. Dan dia sendiri pernah berdepan dengan zulaikha.. Sedikit sebanyak dia mengenali aira.. Aira berubah menjadi zulaikha sejak Eusoff keluar dari rumah.

"ya Allah lindungi lah dia." ramlah berdoa.. Lalu menutup pintu belakang yang tidak digunakan.. Hanya aira yang mengunakan pintu tersebut..

M duduk didalam kereta dibahagian belakang.. Bersandar sambil memerhati sasarannya.. Yang memarkir kereta tidak jauh dari mereka..

" jom keluar.." arah M.

Dua lelaki di bahagian depan itu mengenakan topeng menutup seluruh wajah.. Mereka turut keluar mengikut langkahnya.. Belum sempat mereka mendekat dengan sasaranya..

Bang.. Bang..

Bunyi tembakan kedengaran.. Membuatkan sasaranya lari masuk kedalam bagunan hotel.. Mata M hanya memerhati kearah sasarannya.. Bila sasarannya hilang.. Dia beralih mencari dari mana arah tembakan tadi.. Datang beberapa orang dari kejauhan.. Dengan senjata ditangan.

Tubuhnya terus ditarik kasar oleh dua lelaki yang mengikutnya tadi berselindung di kereta yang terdapat disitu..

"lindungi dia.. Aku pergi arah sana..tarik perhatian mereka kesana.." arah satu lelaki itu..

"hei jangan jadi bodoh.." M menarik semula lelaki tadi..

"tunggu diaorang sampai" balas M.. Lalu mengeluarkan pistol lalu memberikannya kepada lelaki tadi.

Kedengaran lagi bunyi tembakan... M memang sudah dimaklumkan oleh Rasydan bahawa mereka akan kesini dengan tujuan yang sama..

Sementara M masuk kedalam hotel.. Mencari kelibat sasaranya.. Dia tak mengendahkan apa yang terjadi diluar. Itu bukan masalahnya.

Seorang gadis berjaked dan bertopi sedang menyembunyikan diri di sebalik pasu bunga besar.. M menarik gadis itu keluar.. Lalu mengheretnya kasar..terjerit-jerit dibuatnya bila M, bertindak kasar ke atasnya ..

"lepaskan dia.." suara keras memberi arahan..

M berpaling.. Bibir merahnya tersenyum. Memandang lelaki tegak berdiri mengacukan pistolnya tepat kearahnya. M terus berjalan menarik sigadis pergi.

"selangkah lagi kau melangkah.. Aku tembak" ugut lelaki itu.

M tidak mengendahkan.. Dia terus mengeret gadis itu..

"tolong.. Tolong selamatkan aku" rayu gadis itu.

Rasydan yang baru selesai bergelut dengan beberapa orang itu tergejut melihat Eusoff sedang mengacukan pistolnya kearah M. Dia terus berlari kearah mereka.

BANG..

Tembakan Eusoff tersasar.. Akibat rempuhan dari Rasydan.. Dia jatuh bersama rasydan..

"kau kenapa.." marahnya.. Menolak rasydan dan bangun.

Dua lelaki yang datang tadi bersama M berlari mendapatkankan M. Bila mendengar bunyi tembakan..

"shit" marah salah seorang lelaki itu bila melihat titisan darah yang menitis dilantai.

M menarik gadis yang dipegangnya tadi lalu menolaknya jatuh tersungkur di kedepan Rasydan dan Eusoff. Lalu menekap tangannya yang terkena tembakan dari Eusoff tadi. Dua lelaki yang bertopeng bersamanya tadi terus menarik tubuh M pergi.

Eusoff menumbuk wajah Rasydan.. Amarahnya memuncak.. Rasydan diam tidak membalas.. Menerima saja tumbukan Eusoff tanpa membalas.

"kenapa kau halang aku.. Itu M.." marah Eusoff..

"kita nak budak pompuan ni kan.." rasydan menarik lengan gadis yang tersungkur dilantai supaya bangun..

"kita dah dapat kan.. Kita dah selesai disini.. abang" tambah rasydan lagi.. Memberi arahan pada anak buahnya supaya membawa pergi perempuan itu.

"aku tetap nak M.. Kau jangan macam-macam rasydan" Eusoff memperingati.. Hatinya mula merasa curiga dengan rasydan.

"kak kau ok tak" tanya airiz.. Membuang topeng mukanya.. Lalu memandang ke belakang melihat aira.Sekilas memandang emran yang sedang memandu.

"aku bawa pergi jumpa emir" tambah emran.

"call dia.. Aku taknak dia panic" kata aira

"cakap aku terluka.." sambung aira.

Emran sesekali menghentak stereng keretanya.. Salahkan dirinya, tidak melindungi aira. Ariz sibuk mendail nombor emir.. Dia menyampaikan seperti yang disuruh aira.

Kereta meluncur laju di jalanan yang legang.. Sampai saja dirumah emir.. Emir sudah menunggu diluar pagar..

" kak ok.." kata aira bila melihat ariz yang ingin memapahnya. Aira mengangguk.

Mereka masuk kerumah emir.. Bila emir melihat tangan aira yang mula berlumuran darah.. Mukanya berubah memandang ariz dan emran.

"korang dari mana ja ni.. Kenapa jadi macam ni" marah emir. Dua lelaki itu menunduk.. Tidak menjawap.

"mir.. Bukan salah diaorang.. Aku yang salah.." aira bersusah payah membuka jaketnya.

"lagipun.. Luka.. Hanya luka.. " bekerut-kerut muka aira..

"aku bukan budak kecik yang korang.. Boleh tipu aku.. Ni kena serpihan tembakan..tembakan.. Ok.. Tembakan.." kata emir tegas. Sengaja dia mengerakkan lengan aira.. Membelek lebih dekat luka aira.. Dia pasti.. Dengan kata-katanya.

"kalau tak tolong tak apa.." aira bagun..dari duduknya.

Emir segera menahan bahu aira.. Dan menolak aira supaya duduk semula.

"siapa yang berani buli kau aira.. Hanya aku seorang saja yang boleh buli kau.. Eusoff pun tak boleh.." katanya.. mengeluarkan peralatannya lalu diletakkan di meja bar di dapurnya..

"nafis pun tak boleh.. Dua budak belakang ni lagi la tak boleh" sambung emir.. Tangannya mencuci luka lengan aira.. Aira menyembamkan wajahnya diatas tangan kirinya yang diletakkan diatas meja bar tersebut..

"nafis" aira gelak kecil.. Sambil menahan sakit.. Mereka yang mendengar, mengingatkan aira sedang menangis.

"kau ok ka ni.." tanya emran.. Menghampiri. Namun dihalang oleh emir..

"nafis.. Tak kenal zulaikha.." kata aira.. Mengangkat wajahnya.. Yang sudah kemerahan. Kata aira baru tadi membuatkan dua lelaki didepannya tercengang.. Namun tidak pula bagi ariz.

"mustahil.." kata emran. Tidak pecaya.

"duduk diam2 aira.." marah emir dengan wajah dinginnya. Membuatkan aira mengeluh.

"lain kali jangan pandai.. Sudah-sudahlah bermain dengan benda bahaya.." sambung emir lagi.

"bising la emir..". potong aira. Terus mata emir membulat.. Memandang aira tajam.

"kau kata aku bising.. Aku ni abang korang..memang la aku bising" suara emir mula meninggi. Selesai sudah merawat aira..

"baik abang emir.. Terima kasih.." jawap aira bersahaja.. Lalu bangun.

"ni nyaris-nyaris aira... Aku harap lepas ni kau lebih hati-hati.. Berhenti apa yang kau sedang buat sekarang ni aira.. Ni bukan yang wan nakkan.." kata emir lembut.. Menasihati.. Ya.. Memang perangainya dingin.. Tapi dia masih sayang.. Sayang ahli keluarga yang dia miliki. Aira berpaling dan tersenyum..

" balik lah.. Anak-anak kau tunggu dirumah...selebihnya..biar Eusoff yang buat semua.. "tambah emir.

Aira mengangguk kecil.. Dan melangkah keluar..

" aku balik dulu mir... Assalamualaikum.. And thanks " kata emran..

" waalaikummusalam.. " dia menyalam emran dan ariz.... Dan berjalan ke muka pintu.. Melihat kereta emran pergi.. Dari perkarangan rumahnya.

"aira.." tegur emran.. Memandang cermin pandang belakang mencari wajah aira.

"ya.." jawap aira..

"kenapa kau sengaja usik perempuan tadi.. Kenapa tak biarkan saja mereka ambik dia.." tanya emran.

"aku ada hal sikit dengan dia.." balas aira.

Kereta berhenti ditempat dimana aira naik tadi.. Iaitu belakang rumah aira.. Aira segera menelefon ramlah supaya membuka pintu belakang.. Seketika menunggu.. Nampak pintu belakang dibuka sedikit.

"terima kasih..." kata aira dan keluar dari perut kereta.. Berjalan laju ke arah pintu..

"assalamualaikum makcik" tangan kirinya memeluk bahu ramlah.. Ramlah membalas pelukan aira.. Membuatkan wajah aira bekerut..

"waalaikummusalam"..

"aira naik dulu.." aira meminta diri.. Lalu masuk kerumahnya.. Menaiki tangga.. Ramlah hanya memerhati sehingga aira hilang..

Aira terlena selepas menunaikan solat subuh.. Terlena diatas katil empuknya.. Terasa kepalanya berat.. Dah peluh mula penuh diwajahnya.. Suara gelak ketawa anak-anaknya jelas kedengaran . Dia mengagahkan dirinya bangun.. Katil bayi yang telah kosong dipandang .. Mungkin ramlah atau riana telah mengambil anaknya turun kebawah.

Dia kebilik air.. Menukar balutan lukanya.. Bekas balutan yang lama jelas menampakkan sisa darah.. Dibuang kedalam plastik dan diikat simpul mati sebelum di buang ke dalam tong sampah yang terdapat didalam bilik air.

Kaki melangkah turun.. Melintasi ruang tamu terus kedapur.. Gelas diambil.. Lalu diisi dengan air suam.. Dia mencari ubat di laci dapur.. Lalu menelan ubat tersebut.. Air suam tadi diminum.. Sehingga habis.

"assalamualaikum qalbi"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience