BAB 82

Romance Completed 107916

Kereta dipandu oleh Eusoff tiba di simpang jalan masuk ke rumah keluarga Nafis. Terdapat beberapa deretan kereta dipakir di sepanjang jalan itu.. Membuatkan kereta dipandu Eusoff bergerak perlahan.. Sampai di hadapan rumah bekas mertuanya kelihatan ramai orang di perkarangan rumah..

"qalbii tak bagitahu kita nak datang ke.. Ramai orang ni.. So macam mana" tanya Eusoff..

"kejap qalbii call kak naura.. Nak datang memang tak bagitahu.." sengeh aira memandang wajah Eusoff.. Eusoff mengeleng..

Hp di ambil didalam beg tangannya.. Nombor kak naura didail.. Tidak dijawab.. Dicubanya sekali lagi... Lama... Baru dijawab oleh kak naura.

" assalamualaikum kak.. "

" sihat... "aira gelak kecil dihujung katanya..

" kak.. Kenapa ramai dekat rumah mak.. "

" oh patutlah.. Takpalah macam tu.. Esok aira datang lain.. Assalamualaikum " panggilan dimatikan.. Hp dipengang ditangan.

" kenapa" tanya Eusoff.

"kenduri.. Kak natrah nikah arini.. Esok je lah kita datang balik" Eusoff mengangguk ..

Dia memusingkan keretanya.. Baru nak melintasi jalan didepan rumah keluarga bekas mertua isterinya.. Seorang lelaki menahan kereta mereka..

"Allahuakbar" jerit kecil aira dan Eusoff.

Nasib ketika itu Eusoff memandu agak perlahan kerana terdapat kereta yang dipakir belah kiri dan kanan bahu jalan.. Kalau tidak mau terlanggar lelaki yang tiba-tiba keluar kejalan menahan kenderaan mereka.

Tuk.. Tuk.. Tukk... Tingkap aira diketuk.. Aira menurunkan cermin tingkapnya.

"masuk dulu makan" pelawa naim kepada bekas menantunya..

"ayah.. Hmm segan lah.. Esok saja kami datang balik" aira menolak lembut.

"apa yang nak segannya.. Turun.. Turun.. Eusoff paking kereta dekat situ.." arah naim bersungguh.. Dia siap menjaga kawasan untuk mereka memakirkan kereta.. Mau tak mahu.. Mereka terpaksa akur..

"macam mana hubby" aira mengaru kepala..

"tak baik hampakan pakcik naim.. Dia bersungguh tu.. Kita turun sekejap.." pujuk Eusoff.. Tahu aira tak selesa nak berkunjung ke rumah itu yang penuh dengan orang ramai.

Aira mengangguk.. Dia turun dari kereta.. Pintu belakang dibuka.. Ammar diambil.. Dan didukung erat.. Mereka melangkah masuk ke perkarangan rumah.. Yang sudah siap dipasang dengan khemah..

"cucu nenek.." razita berlari kecil mendapatkan aira yang sedang mendukung Ammar. Aira dan razita bersalaman serta berpelukan.

"rindunya mak dekat aira dengan ammar" razita menyeka hujung matanya yang mula mengeluarkan cecair jernih..

"aira pun rindukan mak.. Maaf msk, aira sibuk.. Ni baru ada masa nak kesini.. Tak tahu pula ada kenduri.. Salah masa pula" gelak aira.

"ish.. Mana ada salah..pintu rumah mak selalu terbuka untuk aira dan ammar..datanglah bila-bila pun" aira mengangguk..

"sudah-sudah sembang tu..suruh aira makan dulu.. Dah la datang jauh-jauh.. Diajak pula bersembang lama-lama." kata naim memotong perbualan mereka..

"ha.. Aira pergi makan dulu. Ammar mari mak pengangkan.. Ajak Eusoff makan sama.. Makan kenyang-kenyang" pelawa Razita sambil ketawa..

Aira dan Eusoff duduk makan semeja bercampur dengan tetamu yang hadir.. Naura meletakkan sepiring kuih muih dihadapan pasangan itu.

"kakak.." mereka berdua berpelukan kemudian ketawa.. Mata-mata yang memandang langsung mereka tidak mengendahkan.

"makan-makan.. Jangan segan-segan" pelawa naura. Aira dan Eusoff mengangguk dengan senyuman.

Selesai makan aira diajak naura masuk kedalam rumah.. Eusoff duduk dibawah khemah bersembang dengan Naim. Aira melihat ammar sedang bermain dengan seorang budak perempuan sebaya dengannya..

"Ammar... Main dengan siapa ni.." tanya aira.. Wajah comel budak perempuan itu disentuh lembut..

"comelnya kawan ammar.." pipi gebu itu dicubit manja..

"bukan kawan.. Adik ammar ni" tegur naura.. Dengan gelak kecil.

"adik.. Oh.. Nama apa sayang" fahamlah aira.. Ini tentu anak Nafis dengan Shafinas, aira mengangkat meletakkan diribanya..

"namanya saffiya.." naura menjawap dengan pelat budak kecil.. Mereka berdua ketawa..

"cantiknya nama.. Macam tuan punya badan.." aira mengosok lembut kepala saffiya.. Ammar datang dan menolak saffiya dari duduk diatas riba mamanya.

"ammar... Tak boleh buat macam tu.. Ni adik ammar.." tegur aira. Ammar menunjukkan wajah tudak puas hati.

"mar nak mama.. Mama... Mama" rengetnya.. Aira memeluk Ammar..

"kak.. Kami balik dulu lah.. Esok kami datang lagi.." naura menangguk.

Aira keluar dari rumah.. Bersalaman dengan ahli keluarga yang ada.. Eusoff melihat aira keluar dengan memimpin tangan Ammar.. Terus bangun dari duduknya.. Dia pun turut bersalaman dengan lelaki-lelaki yang duduk bersamanya tadi.

Ammar dibiarkan berlari.. Sehingga terlanggar seseorang yang sedang berjalan memegang pinggan kotor yang dikutip untuk dibasuh.. Menagis teresak dibuatnya apabila tersembam jatuh ke tanah. Nafis duduk bertinggung.. Mengangkat ammar duduk diatas ribanya.

"Ammar.. Kenapa lari-lari ni sayang.. Kan dan jatuh" nafis menepuk tapak tangan ammar dan meniup perlahan tapak tangan kecil itu.

"papa.." nafis senyum memandang ammar..

"ammar.. Kan mama dah cakap.. Jangan lari" tegur aira yang baru datang dari belakang..

"ammar kan lelaki.. Takmau nangis.. Ok.. Ammar kuat kan" nafis memeluk tubuh kecil anak lelakinya.. Sungguh dia rindu.. Sangat rindu..

"ammar.. Nak tidur sini dengan papa tak" tanya Nafis..

'jangan buat onar.. Nafis..jangan nak menghasut ammar..' aira mengetap bibir.. Menahan geram.

Ammar memandang aira.. Kemudian memandang kepada Nafis.. Anak itu seumpama keliru.. Di menagis lalu berlari memaut kaki Eusoff.. Eusoff mendukung ammar. Tersedu-sedu tangisnya didada Eusoff.. Aira berjalan kearah Eusoff dan ammar.

"esok datang tak.." tanya nafis membelakangkan tubuhnya.. Tidak mengadap aira.

"Insya Allah.. Datang.." balas aira dan berlalu pergi..

Lama baru Nafis berpaling.. Aira dan Eusoff berjalan kearah kereta dipandang sayu.. Dia mengeluh perlahan..

"papa.. Papa" kakinya direntap lembut.. Dia memandang kebawah.. Saffiya sedang senyum di kakinya.. Diangkat anak gadisnya dalam dukungannya.

"kenapa sayang.. Lapar.. Nak makan nasi ke.. Jom papa suapkan.." saffiya mengangguk. Nafis tersenyum.. Di kuis lembut hidung anak gadisnya..

"mama mana" saffiya mengangkat bahu.. Keluhan dilepaskan lagi..

Kaki melangkah ke khemah. Menyedok nasi dan lauk untuk disuapkan kepada anak gadisnya.. Saffiya hanya membontoti langkah nafis.. Kelibat isterinya dicari namun hampa.. Tidak kelihatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience