BAB 16

Romance Completed 107916

Masyitah yang asyik membaca Al-Quran tidak menyedari kehadiran aira. Tiba-tiba matanya ditutup. Pipinya terasa hangat dicium oleh seseorang.. Dia meraba-raba tangan di matanya.

"Aira Zulaikha" tekanya. Kedengaran suara ketawa. Lantas matanya dibuka.

"macam mana nenek tahu.." tanya aira.. Sambil memeluk erat neneknya dari belakang.

"tahu la.. Aira je yang manja macam ni.. Tak kan emir dengan emran pulak.." nenek ketawa dihujung ayatnya.

"rindu nenek.." pipi tua itu dicium lama.

"rindu datang lah selalu.. Nenek ada ja dekat sini sayang.." aira mengangguk.

"nenek.. Ni aira bawa kuih kegemaran nenek.. Tepung bungkus"

"sedap..jom" ajak masyitah ke ruang makan.

Sampai diruang makan.. Kelihatan mastura bersama elias sedang minum petang. Aira menyalam kedua-dua mereka.

"lama tak nampak aira ni.." ucap elias.

"ada ja paksu" aira meletakkan plastik yang berisi tepung bungkus diatas meja.

"apa tu.." tanya mastura.

"tepung bungkus.." jawap masyitah.. Seraya mengambil satu dan terus membuka balutan daun pisang.

"nah maksu, paksu.." aira menyuakan plastik berdekatan dengan mastura dan elias.

"sedap.. Secukup rasa.. Lemak manis elok" ucap masyitah.

"aira nak ikut paksu balik kampung.. Hujung minggu ni" ajak elias

"hmm.. Balik kampung.. Lama aira tak pergi kampung paksu.. Tapi segan lah." ucap aira.

"segan apanya.. Dulu balik elok saja.. Tak segan pun" usik elias.

"dulu lain paksu.. Dulu kecik lagi.. Sekarang lain" terang aira.

"bagi paksu.. Aira still kecik dimata paksu.. Teringat masa first aira ikut paksu.. Sampai saja kampung, aira hilang.. Panic habis semua mencari aira.. Lepas tu tengok dekat bendang.. Elok punya dok main lumpur.." ucap elias sambil ketawa kuat. Aira sudah mencebik sampai merah mukanya malu.

" tulah.. Budak bandar.. Haissh" mastura menggeleng.

"aira ingat.. Hmm.. Aira jatuh.. Masa tu.. Bukan main lumpur.. Takkan aira nak jadi kerbau pulak.." sengih aira.

"macam mana nak ikut.." tanya elias lagi.

"tak janji.. Nanti aira bagitahu lain" jawap aira.. Kalau menolak terus takut elias terasa hati. Elias sudah menganggap alia sebagai anak perempuannya. Mendengar jawapan balas aira elias hanya mengangguk.

Mereka bersembang sambil minum petang. Aira kemudian meminta izin untuk pulang.

"aira tunggu.. Lagipun nak maghrib dah ni..balik lepas maghrib lah" pujuk masyitah . Aira memandang jam di dinding.

"hmm.. Yealah nenek.. Lepas solat aira balik terus" jawap aira.

Seperti yang dijanjikan.. Selepas saja selesai solat maghrib. Aira bersiap untuk balik. Masyitah kemudiannya menarik tangan aira duduk di katil.
Aira hanya menurut. Masyitah membuka almari. Dia mengeluarkan satu kotak baldu bewarna merah. Aira hanya memerhati.

"ni nenek bagi dekat aira.." kotak tadi dibuka. Sebentuk cincin emas. Cincin itu kemudiannya disarungkan kepada jari manis aira.

"cincin apa ni nenek" tanya aira.

"hadiah untuk aira.. Sebab jaga nenek" terang masyitah.

"nenek.. Aritu nenek dah bagi gelang dengan rantai. Ni cincin pulak.." aira mengaru kepalanya. Masyitah ketawa kecil.. Bahu aira dipeluk erat. Pipi aira dicium lembut.

"aira taksuka.. Tak cantik ke.. Nanti nenek tukar lain" pelahan suara masyitah.

"bukan macam tu nenek.. Cantik sangat.. Aira suka.." aira senyum. Masyitah turut senyum.

"terima kasih nenek" tambah aira.. Sambil membelek cincin dijarinya.

"dah.. Kata nak balik tadi.. Nanti lewat sampai.. Nanti ibu call lagi tanya" ucap masyitah. Aira menepuk dahi. Baru dia tesedar. Akibat terlupa call ibu untuk beritahu yang dia dah sampai rumah nenek.. Terpaksa dia mendengar Ibunya membebel di talian tadi.

"ok lah nenek.. Aira balik dulu.. Takut ibu call lagi" tangan masyitah disalam.

Aira dan masyitah keluar dari bilik.. Mencari mastura untuk bersalaman. Kemudian dia melangkah keluar.

"bawa kereta elok-elok.. Dah malam ni" tegur satu suara. Aira sudah meremang. Dipandang keliling. Tiada sesiapa. Allahuakbar suara siapa tadi.

"weii.. Ni aku.. Kat sini.. Kat buayan ni" panggil suara itu. Aira memandang kearah buayan dibawah pokok jambu.

"MENYAMPAH." ucap aira sepatah.

"ok ka aira.. Aku tengok muka dah pucat. Ingat jin mana ka tegur tadi" sindir emir.

"Bukan jin.. Tapi ni Syaitoon" marah aira.. Dia terus melangkah keluar ke arah pagar.

"Aira... Aira.." emir ketawa.

"gila betoi.. Gelap gelap duduk bawah pokok.. Sakit jantung aku" bebel aira sambil membuka pintu kereta.

Dia duduk di kerusi kereta . Nafas ditarik dalam dalam.. Semasa tangan menarik tali pinggang sempat dia berpaling ke arah emir.. Emir melambai kearahnya.. Dia membalas dengan jelingan tajam siap dengan menunjuk gempalan penumpuk ke arah emir. Emir sedang ketawakannya. Dengan bismillah dia memandu pulang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience