BAB 114

Romance Completed 107916

Mata dibuka perlahan.. Dia mula tersedar. Terasa bagai baru sahaja dia melelapkan mata.. Jam di dinding dipandang sekilas.. Sudah masuk waktu subuh. Dia bangun.. Melihat hanya ammar yang berada di sebelahnya.. Keluhan berat dilepaskan.. Kaki melangkah kearah kamar mandi.. Selesai sudah solat subuh aira terduduk lama diatas sejadah.. Air matanya mengalir lagi.. Dia terpandang ada sekuntum mawar merah.. Tangan mengapai mendapatkan mawar merah itu.. Dihidu dalam aroma mawar itu..

'selangkah hubby pergi tinggalkan kami.. Seribu langkah qalbi akan terus mengejar langkah hubby'

Tanpa aira sedar.. Ammar yang sudah bagun duduk didepannya,menyeka air mata aira dari terus mengalir..

"mama.. Please don't cry.. Abi cakap.. Abi tak suka...abi pesan suruh jaga mama.. Jangan bagi mama nagis." aira mengangguk kecil.. Dahi ammar dicium lalu dibawa ke dalam pelukannya.

"ammar sayang mama" ammar memeluk erat mamanya.

"mama pun sayang ammar.." balas aira.

Aira bangun membuka telekungnya.. Anak-anak kembarnya sudah mula kedengaran suara mereka.. Menandakan mereka sudah bagun dari tidur.

Kereta meluncur laju di jalanan.. Masing-masing diam sahaja sepanjang perjalanan.. Sebaik saja sampai ke destinasi.. Mereka semua turun.. Gudang yang dikatakan tempat perjumpaan tertutup antara dua sekutu..

Pintu besar gudang tersebut hanya dibuka separuh.. Suasana sunyi.. Masing-masing saling berpandangan..

Arahan diberikan.. Mereka menyerbu masuk serentak.. Masuk ke gudang yang kosong itu.. Hanya terdapat cahaya lampu ditengah - tengah gudang. Kaki segera melangkah kearah kawasan yang terang dengan cahaya lampu. Kemudian masing-masing berdiri kaku terdiam.

Eusoff merenggus geram.. Disepaknya mayat yang sudah berlumuran darah didepannya.. Rasydan duduk mencangkung.. Memerhati salah satu mayat.. Anak buah yang lain memeriksa mayat-mayat yang lain.. Mencari mungkin ada yang terselamat.. Untuk terus mencari pertunjuk yang seterusnya.

"tuan.. Semuanya dah mati.. Tapi satu mayat ni tuan kena tengok" kata salah satu anak buah Rasydan.

Eusoff dan Rasydan melangkah mendekati mayat yang dikatakan oleh anak buah mereka tadi.. Muka lelaki itu penuh dengan darah.. Di pipi kirinya ada coretan luka berhuruf M. Berkerut wajah Eusoff dan Rasydan tika itu.

Eusoff berjalan meninjau kawasan sekeliling.. Didonggak keatas.. Mencari kalau ada cctv dikawasan itu.

"kita kena keluar Eusoff.. Aku takut nanti orang akan salah kan kita" cadang Rasyan. Eusoff mengangguk..

Masing-masing melangkah keluar.. Masuk ke kereta.. Dan keluar dari kawasan itu. Eusoff mendail nombor seseorang..

"i need your help bro.." hanya itu yang didengar oleh Rasydan sebelum Eusoff mematikan panggilan.

Tanpa mereka sedari ada seseorang sedang memerhati tingkah kumpulan yang baru berlalu pergi dengan senyuman sinis.

Di kawasan yang lain pula.. Seorang lelaki gemuk bertopi sedang asyik mengisap curutnya. Senang dengan ketawa suka, diapit dengan wanita cantik dan seksi di kiri dan kanannya..

"tuan besar.. Tuan besar" terjerit jerit seorang lelaki berlari masuk ke ruang bilik yang serba mewah itu. Membuatkan lelaki itu menarik muka ketat.

"kau ni kenapa.. Gila..lari macam orang gila" marahnya.

"orang orang kita.. dipengkalan kena bunuh.. Barang.. Barang kita hilang" katanya takut-takut.

Lelaki yang dipanggil tuan besar itu menendang lelaki yang memnyampaikan khabar buruk kepadanya itu.. Dengan amarah.. Gelas ditangan yang berisi air kencing syaitan itu dihempas kasar sehingga pecah berkecai dilantai. Marah dengan barang dagangannya yang bernilai berjuta itu hilang begitu saja.. Nyawa orang bawahannya langsung tak memberi makna buatnya.

"siapa yang berani kacau aku" marahnya.

"tuan.. Tuan.." lelaki itu terdiam dilantai.

"cakap.." tengkingnya..

"kumpulan lima saudara.. Cucu dari waris ayahanda muhaimin" jawap lelaki itu satu persatu. Lelaki tua separuh abad itu ketawa..

"budak-budak tu tak tahu dengan siapa mereka bermain dengan api.." katanya dengan angkuh.

"nak saya siasat siapa... " kata satu lelaki yang berdiri di hujung sudut.

"takperlu.. Takperlu.. Aku nak tengok sejauh mana permainan mereka.." ketawanya pecah lagi. Lalu duduk di samping perempuan galak yang dipesannya.

"tapi.. Aku nak kau uruskan sesuatu.. Sampaikan ucapan salam buat mereka.. Tapi buat mereka sendiri yang cari aku.. Aku rasa itu sudah cukup" kata lelaki itu sambil membetulkan cincin dijarinya.. Cincin bekas milik ketua lima saudara yang dirampas olehnya..

"tapi tuan"..

"ahhh. Kau jangan risau.. Aku yakin mereka tu bukannya apa-apa.. Sedangkan muhaimin mati ditangan kita.. Kenapa nak takut.. Semua ni kawasan kita.. Banyak sekutu kita.. Hak mereka kita pernah rampas.. Ini kan pula.. Permainan anak-anak" katanya angkuh..

Lelaki tadi terus diam.. Hanya membalas dengan anggukkan.. Tugas yang diberikan oleh tuannya akan segera ditunaikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience