BAB 111

Romance Completed 107916

Sibuk aira sedang mengurus bayi kembarnya..mujur ada ramlah sedia membantunya.. Bunyi nyaring nada dering telephone bimbitnya kedengaran.. Laju tangan aira memasukkan seluar di kaki amran.. Amna yang sudah siap berpakaian terbaring disebelah amran... Ammar pula meniarap di lantai.. Sedang asyik mewarna..lebih kepada menconteng sebenarnya.

"aira.. Pergi lah jawap call tu.. Biar makcik yang sambung siapkan amran.." datang ramlah disebelah aira..

"tak apa makcik nak siap dah ni.. Phone tu tak apa.. Nanti aira boleh call balik." jawap aira.

"banyak kali dah bunyi tu.. Makcik takut ada benda penting ke apa.." balas ramlah.. Aira hanya Membalas dengan senyuman..

"dah siap.. Sayang mama..." pipi amran dicuit..

"makcik.. Aira nak buat panggilan kejap..makcik tolong tengokkan mereka kejap.. Boleh.." bangun aira dengan tuala dibahunya.. Ramlah mengangguk lalu turut duduk di daybed sofa yang berada di ruang tamu itu.

Aira berjalan menyidai tuala si kembar.. Kemudian dia mendapatkan telefon bimbitnya.. Paparan skrin telefon tersebut diperhatikan.. Tiga panggilan tidak dijawap oleh nombor yang tak dikenali. Baru aira hendak mengenalpasti dari mana datangnya nombor tersebut.. Telefon bimbitnya berbunyi lagi..

"hello..."

"siapa ni..."

"Dhani.." aira mengaru pipinya.. Hairan.. Kenapa dhani mencarinya..

"nak jumpa.. Cakap dekat phone tak boleh ke.. Kenapa nak jumpa.." aira rasa malas hendak keluar pula harini.. Walaupun dia sudah habis pantang.. Dia lagi suka memerap di rumah bersama anak-anaknya.

"ok lah.. Kejap lagi kita jumpa.." putus aira.. Bila dhani bekeras ingin berjumpa dengannya.

Pangilan dimatikan.. Di membuat panggilan baru kepada Eusoff.. Untuk meminta izin. Selepas mendapat izin. Aira memaklumkan kepada ramlah..

"makcik.. Aira nak keluar.. Ada hal sikit. Aira pergi tak lama.. Boleh makcik jagakan amran dengan amna.. Ammar aira bawa lah.. Takut makcik tak terjaga pula nanti.." kata aira.

"aira.. Makcik ok saja.. Tinggal lah anak-anak.. Boleh saja makcik jagakan mereka.. Ammar tu pun kejap lagi dah nak tidur.. Tinggal je lah" kata ramlah.. Sambil menepuk lembut punggung amna.

"ok.. Makcik.. Terima kasih.. Aira keluar kejap saja.. Janji" aira meyakinkan ramlah.. Ramlah hanya tersenyum dan mengangguk kecil.

Aira memandu toyot Chr merahnya menuju ke tempat yang dijanjikan untuk bertemu dengan dhani. Tak lupa di belakang diekori oleh pengawal setia yang diupah oleh Eusoff.. Siapa lagi kalau bukan Qalif dan Josh.

Sebaik saja sampai ditempat yang dijanjikan. Aira melangkah keluar dari kereta. Melangkah masuk ke cafe yang telah dijanjikan. Sebaik saja sampai di cafe itu aira mencari kelibat dhani. Dari jauh dia melihat seorang lelaki berjaket kulit hitam berkaca mata hitam melambai kearahnya. Aira mengangguk kecil dan menuju kearah lelaki itu.

"sampai jugak kau aira.. Duduk lah" kata dhani.

"assalamualaikum sahabat" perli aira. Dhani melepaskan nafas berat.

"waalaikummusalam puan aira.. Terima kasih sudi jumpa aku.. Sahabat lama kau yang paling hensem ni" balas dhani dengan sengihan.

"dhani.. Ada benda apa kau nak jumpa aku ni.. Just straight to the point.. Aku tak boleh lama.." kata aira.

"baik.. Aku pun tak nak ambik masa kau lama-lama.." dhani membetulkan duduknya lebih tegak dan nampak lebih fokus kepada aira.

"aku tak tahu apa kau dah buat.. Tapi aku kena tanya kau.. Sebab kau je yang boleh beri jawapan untuk aku.." terkebil-kebil aira dibuatnya..

"apa yang kau nak cakap ni.. Aku tak paham" tanya aira.. Gagal mencapai apa yang cuba disampaikan oleh dhani.

"bagitahu aku...siapa kambing hitam yang kau gunakan untuk jadikan waris utama ayahanda muhaimin" walaupun perlahan.. Nada dhani.. Namun jelas aira mendengar setiap bait kata yang dituturkan kepadanya.

"apa.. Kambing hitam.. Aku betul-betul tak paham.." tanya aira.. Masih bingung.

"ada seorang lelaki.. Mengaku dia adalah waris utama ayahanda muhaimin.. And one more thing.. Kumpulam lima saudara dah kembali aktif...."

"sejak bila aktif.. Mana kau tahu.." aira memotong percakapan dhani dengan bernada tegas. Tangan yang berada diatas peha digengam erat. Bekerut muka dhani..

'mana mungkin aira tak tahu.. Sedangkan dia adalah waris utama.. Adakah musuh yang sedang mengumpan aira untuk keluar..' rungut dhani sendiri.. Dia pun turut hairan.

" aku rasa dua minggu lepas.. Semua pihak dah tahu... Aira jangan cakap kau tak tahu." tanya dhani. Aira yang menunduk menekur lantai diperhatikan.

"aira.. Jaga diri kau.. Aku tak tahu lah ni olah siapa.. Tu aku nak jumpa kau. Aku nak dengar sendiri dari mulut kau sebenarnya." kata Dhani lagi bila melihat aira masih diam menekur lantai.

"thanks dhani for the info.. By the way.. It not me.. Kau jangan risau.. Aku nak balik dulu" aira yang tadi menunduk saja mengangkat wajahnya.. Sekilas memandang dhani.. Membuatkan dhani tersentak.. Wajah aira berubah riak menjadi tengang dengan anak mata hitam pekat yang hampir memenuhi ruang matanya.

Tersandar dhani.. Dia hanya mampu melihat aira berjalan pergi sehingga hilang dari pandangan matanya.. Dalam hatinya menyumpah-yumpah.. Apakah benda yang dilihatnya tadi.. Dia sendiri tidak pasti.. Wajah manis aira bertukar kelat dan tampak mengerunkan.. Air liur ditelannya tanpa sedar.

Aira berjalan laju masuk ke kereta.. Qalif dan josh yang nenunggu didalam kereta segera mengekori belakang kereta aira..

"apehal dengan puan tu. Tiba-tiba bawa kereta macam ribut ni" tanya josh.. Tergejut.. Qalif disebelah hanya diam menumpukan sepenuh perhatian keatas jalan raya.

"alamak.. Kita nak kemana ni.." suara josh kedengaran lagi bila dia melihat kereta aira mula masuk ke lebuhraya.

"kau diam.." marah qalif.. Diperhatikan paparan meter keretanya.. Matanya membulat.. Peluh mula menitik di dahi.. Kereta aira sudah jauh kehadapan.

"oii laju sikit. Takut puan hilang nanti.. Mati kita" tegur josh.

"puan hilang kita mati...atau kita yang nanti mati kemalangan weeiii..." marah qalif. Di dapat melihat kereta aira mencelah di celah-celah kereta yang lain.. Sampai hilang dimata mereka berdua..

"shit" bentak josh.. Dashboard ditampar kuat. Kereta merah aira hilang dari pengawasan mereka.

"call tuan sekarang" arah qalif. Akhirnya dia mengalah.. Tak pernah dia melihat aira berubah begitu..

Josh membuat pangilan.. Memaklumkan masalah yang mereka hadapi.. Suara Eusoff kedengaran kuat menempik di talian sampaikan qalif yang berada disebelah turut mendengar. Josh menelan ludah.. Dia tak berani nak menambah apa-apa lagi.. Hanya mampu menadah telinga. Akhirnya panggilan dimatikan.

"so macam mana" tanya qalif bila melihat josh sudah menyimpan phone didalam jaketnya.

"tuan kata balik jaga dirumah... Dia taknak apa-apa jadi pula dirumah. Puan nanti dia sendiri akan cari" qalif hanya mampu mengangguk..

Pertama kali baginya misinya gagal.. Tentu bossnya yazid akan kecewa dengan mereka.. Patutlah Eusoff selalu berpesan kepada mereka berdua.. Sentiasa menjaga aira.. Hari-hari Eusoff memperingati mereka berdua.. Sampai naik jemu.. Rupanya aira licik.. Keluhan berat dilepaskan. Sekali dia menghentak stereng kereta.. Josh yang disebelah sudah meraup mukanya sendiri.. Masing-masing kesal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience