BAB 56

Romance Completed 107916

Wajah Jovelyn ditatap oleh aira.. Sungguh comel wajah yang sedang tidur itu.. Rambut yang menutup wajahnya diselak.. Lenanya dia tidur..

Aira bangun membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.. Aira keluar ke dapur.. Udang yang membeku dikeluarkan dari peti sejuk.. Diletakkan didalam singki.

"aira.. Awal masuk dapur" tegur zarina yang baru keluar dari bilik air..

"dah terbiasa ibu" jawap aira..

Zarina hanya mengangguk.. Dia melangkah masuk untuk menunaikan solat subuh. Aira melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan.

"aira.." pangil muizz membuatkan aira mendongak memandang abahnya.

"yea abah.." aira mengosok lembut perutnya. Bayinya didalam perut sudah bangun.. Menendang dari tadi..

"semuanya ok.. Aira kat sana ok" tanya muizz.

"abah.. Jangan risau.. Aira ok.. Semua ok.. Mereka jaga aira dengan baik.." tenang suara aira.

"zulaikha.. Macam mana" tanya muizz.

"baik juga abah.. Semuanya alhamdulillah.. Aira dan zulaikha orang yang sama abah.. Jangan la tanya macam tu" aira menjawap soalan muizz. Muizz mengangguk..

"lepas ni aira akan kesana semula" soalan sebenar dari muizz keluar..

"ada yang belum diselesaikan abah.. Abah pun tahu tu.. Aira mencari seseorang.. Bila selesai semua.. Aira akan serahkan kepada abang fateeh.. Ini tanggung jawap aira.. Abah jangan risau.." tangan muizz digengam aira. Muizz mengangguk.

"ni hp aira... Abah pulangkan semula.." hp itu diletakkan diatas meja. Aira hanya memandang hp itu dengan pandangan yang kosong.

"abah.. Ada sesiapa yang cari aira.. Semasa aira tiada. Ada tak benda-benda yang patut aira tahu.. Benda-benda yang aira tertinggal sepanjang enam bulan ni" tanya aira.

"tak ada yang mencari.. Mak mertua aira saja yang call haritu tanya kan aira.. Nak cakap dengan aira.... Yang lain-lain tu.. Hmm.. Ha Emir dah bertunang.. Tu saja lah" terang Muizz. Aira mengangguk.. Tenang sahaja mendengar semuanya.

"ingat nanti aira nak singgah rumah nenek.. Dengan kubur nenek" ucap aira. Dapat dilihat wajah muizz yang tadi tersenyum berubah.

"tak payah la kerumah nenek.. Bukan ada siapa pun.. Kalau nak ke kubur nanti boleh suruh ariz temankan" pesan muizz.

"kenapa tak boleh kesana abah.." tanya aira pelik.. Kenapa sesuatu berlaku kah disana..

"ada salah faham sikit aira.. Buat masa ni jangan kesana dulu" tegas suara muizz.

"aira tak boleh tahu ke abah.. Abah taknak beritahu aira.. Kalau abah taknak bagitahu.. Biar aira cari sendiri sebab apa tak boleh kesana" muizz mendengar terus mengeluh..

"sebab harta aira.. Maksu tak puas hati.. Dia mengamuk..sampai sekarang dia masih tarik muka dengan abah" nada muizz sedih mengenangkan apa yang terjadi..

"Allahuakbar.." aira menutup mulutnya dengan tangan.. Tak sangka maksu sampai bergaduh dengan abah.

"aira..ibu kena ke butik pagi ni.. Kak shiela tak masuk arini.. Anak dia demam.. Boleh ke aira pergi dengan Eusoff dan Jovelyn" kata zarina, baru keluar dari bilik.

"nak pergi mana dengan Eusoff" tanya Muizz.

"beli barang baby.." jawap aira.. Kaki melangkah ke singki.. Melihat udang yang direndam tadi..

"nak buat apa dengan udang tu aira" tanya zarina..

"nak buat cucur udang" sengih aira.. Tangan sudah mencapai bekas tepung..

Siap semua.. Aira menghidangkan dimeja makan.. Zarina sedang bersiap nak ke butik..

"comelnya cucur.. Ni mesti kakak yang buat" tegur ariz yang baru turun dari atas..

"yea memang kakak kamu yang buat.. Nak perli ibu lah tu kan.." zarina menampar lengan ariz.. Tergelak mengekek ariz mengusik ibunya. Zarina memang fail bab cucur-cucur ni..

Aira dan Jovelyn sudah siap menunggu Eusoff.. Bunyi hon diluar mengejutkan mereka.. Eusoff turun dari kereta.. Aira dan Jovelyn berjalan keluar ke kereta.

"ibu mana.. Tak ikut.." tanya Eusoff.

"ibu ada hal.. Kak shiela tak boleh datang butik.. Anak dia demam" Eusoff mengangguk. Mulanya dia ingin mengajak Eusoff ke kubur.. Tak apalah esok saja lah..

Kereta dipandu ke mall.. Sampai saja mereka terus melangkah ke kedai barangan bayi.. Aira hanya mengikut Eusoff.. Tak mampu dia membelek katil tu dengan teliti.. Dia hanya mengikut saja.. Dari katil terlajak juga beli barangan yang lain..

"aira nak kemana-mana lagi tak.." tanya Eusoff.

"aira ingat nak makan dulu sebelum balik.. Nak makan area sini" jawap aira. Tangan Jovelyn tidak lepas langsung dari pegangannya.

"ok aira tunggu kat kerusi tu.. Abang temankan abang ni pergi hantar barang dekat kereta" aira mengangguk. Kerusi yang ditunjukkan oleh Eusoff tadi dituju.

"duduk sini.. Jangan kemana-mana" pesannya lagi.. Aira mengangguk seumpama budak kecil yang mendengar pesanan ibunya.

"Jovelyn come.." seorang budak yang melintas sambil menjilat aiskrim di hadapannya, membuat dia kecur liur.. Alah pergi beli kejap je.. Boleh kot..

Sampai saja Eusoff di kerusi tadi.. Aira dan Jovelyn sudah tiada di tempat itu.. Dia mengeluh.. Memandang ke kiri dan kanan.. Kemudian dia ternampak aira datang dengan Jovelyn ditangan masing-masing memegang aiskrim.

"AIRA ZULAIKHA" panggil Eusoff kuat.. Terlepas terus aiskrim ditangan aira kerana tergejutkan suara Eusoff.

Eusoff pula serba salah melihat wajah cemberut aira.. Yang masih menunduk memandang aiskrim nya yang sudah selamat mendarat di lantai mall itu.

"aira sorry.. Abang tak sengaja tadi.. Sebab tengok aira dan Jovelyn tak ada dekat kerusi tu.. Kan abang dah pesan jangan kemana-mana" lembut suara Eusoff memujuk.. Jovelyn sudah sembunyi dibelakang aira.

Aira masih menundukkan.. Dadanya berdebar.. Takut ingin memandang wajah lelaki didepannya..

"aira.. Abang minta maaf.. Abang gantikan semula aiskrim tu..." Eusoff mengaru kepalanya.

"bukan sebab aiskrim tu.. Tapi tegejut tak hilang lagi.." tangannya mengosok lembut perutnya.. Terasa bayi di dalam menendang perlahan..

Eusoff mundar mandir ke kiri dan kanan didepan aira. Pening aira melihat tingkah Eusoff.. Jovelyn pula sudah ketawa kecil.. Sambil makan aiskrimnya yang hampir habis.

" abang ni.. Buat aira pening lah.. Bertambah lapar aira tengok abang.. Jomlah pergi makan.." aira mengurut pelipisnya..

"mama.. Are you ok.." tanya Jovelyn..

"mama ok.. Don't worry honey.." aira menarik tangan Jovelyn supaya mengikutnya..

"yea mc'd.." melompat suka Jovelyn apabila aira melangkah masuk ke mc'd.. Eusoff dibelakang hanya mengeleng.. Mengikut sahaja mereka berdua macan bodyguard tak berbayar.

Mereka duduk makan bertiga.. Jovelyn asyik dengan makanananya.. Suka betul dia dapat makan mc'd..

"aira tunggu kejap.. Jangan kemana-mana" Eusoff bangun keluar dari mc'd..

"daddy .. Mama where daddy want to go" tanya Jovelyn.. Aira mengangkat bahu.. Jovelyn turut mengangkat bahu.. Kentang disumbatkan kemulutnya.

"nah.." aiskrim yang sama yang jatuh tadi disuakan ke arah aira.. Aira mendongak.. Sambil tersenyum.. Aiskrim bertukar tangan.

"thanks" ucap aira..

"abang gantikan.. takut baby kempunan nanti.. Tak pasal-pasal nanti aira salahkan abang kalau air liur baby asyik meleleh nanti.." kata - kata Eusoff membuatkan aira ketawa..

"macam-macam lah abang ni.." aira mengeleng.

Selepas habiskan aiskrim aira sambung makan burger nya semula.. Semasa makan Eusoff perasan yang wajah aira kerap berkerut seperti menahan sakit.. Dan aira akan mengosok perutnya perlahan.. Barulah wajahnya seperti sediakala.

"aira ok tak ni.. Abang tengok lain macam je" tanya Eusoff risau.

"ok.. Baby.. Saja nak ajak main-main.. Lately dia suka mengeras.." aira menghabiskan baki makannnya.

Tiba-tiba aira memegang kuat meja makan di depannya..wajahnya ditundukkan. Dia menahan perutnya yang sedang mengeras lagi. Eusoff melihat tangan aira sudah bertukar menjadi merah kerana kuat mengengam meja.

"abang. Boleh tak kita balik.. Aira tak selesa lah.." aira sudah mula bangun..

Eusoff pun turut bangun.. Jovelyn pun ikut bangun apabila melihat mama dan daddynya bangun.. Aira berjalan perlahan-lahan ke kereta sambil memegang perutnya .. Eusoff cuba untuk memapah aira.. Namun ditolak baik oleh aira. Aira memang rasa tak selesa dan merasa rimas.. Tak pasal pula tertumbuk Eusoff nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience