BAB 2

Romance Completed 107916

Dalam tiga puluh minit perjalanan. Mereka tiba di depan banglo dua tingkat. Kereta dipandu Muizz masuk kedalam halaman rumah tersebut.
Kelihatan satu susuk tubuh wanita tua keluar menyambut mereka.

"sampai dah anak cucu nenek" sapa Masyitah mesra. Terukir senyuman di wajah tuanya.

Mereka bersalaman.. Aira memeluk neneknya erat. Sesungguhnya dia amat menyayangi neneknya. Dirinya hanya marahkan abah dan ibunya..

Melihat senyuman aira kembali diwajahnya..Muizz merasa lega.. Memang anaknya itu rapat dengan Masyitah.

"jom masuk.." pelawa Masyitah.

Mereka mengikut langkah Masyitah masuk kedalam rumah.

"letak beg aira dalam bilik mak.." pesan Masyitah kepada menantunya zarina. zarina mengangguk. Lalu dia melangkah masuk meletakkan beg pakaian aira didalam bilik.

"boleh ka ni mak.. Takut nanti aira yang ganggu mak nanti.." tanya Muizz kepada masyitah.

"kenapa pulak.. Mak yang jaga dia dulu masa kecik kecik.." balas Masyitah sambil menepuk lengan anaknya.

"bukan apa mak.. Dia makin keras kepala sekarang ni.. Takut nanti mak pula yang jaga dia.. Bukan dia jaga mak" timbul pula rasa tidak yakin di hati Muizz.

"tak da apa lah.. Mak ok ja.. Tak la mak sunyi" Masyitah ketawa.

"satu mak nak pesan.. Dia tu anak kamu.. Jangan kamu lupa.. Dan abaikan dia.. Degil macam mana pun.. Dia darah daging kamu.. Jangan kamu tinggal sampai tak jenguk jenguk dia.. Macam yang sebelum ni kamu buat..jangan kamu pilih kasih antara anak anak kamu.. " pesan Masyitah. Muizz dan zarina mengangguk paham.

Aira sudah melangkah masuk kedalam bilik utama.. Iaitu bilik neneknya.. Bilik yang sangat luas.. Menempatkan satu katil besar.. dan terdapat satu katil bujang disisi. Di dinding penuh dengan almari yang besar.. Baju yang berada di dalam beg dikeluarkan.. Disusun didalam almari.

Sememangnya dia sudah biasa.. Kerana dia kerap kali ditinggalkan dirumah neneknya. Nasiblah ada juga nenek yang menyayanginya.
Dia kemudian baringkan badannya ke atas tilam katil bujang.. Dan terlena.

"kami balik dulu lah mak.." muizz meminta diri. Tangan Masyitah disalam.

"mana aira.. Kamu tak nak jumpa dia dulu ke" tanya Masyitah.

"biarlah mak.. Tengah merajuk lagi tu.." jawap zarina.

"kesian kat dia" perlahan suara puan Masyitah.

Mereka empat beranak kemudiannya beredar dari rumah puan Masyitah.

"abang rasa betul ke apa kita buat ni" tanya zarina kepada suaminya. Wajahnya kelihatan tegang.

"kenapa.. Bukan ke awak suka dia duduk dengan mak.. Tak la awak nak sakit hati, hari hari nak marah kat dia.. Kan" sindir muizz sambil wajah tegang isterinya dipandang sekilas.

"ish..memang la dia tu degil.. Tapi dia tu anak saya.. Anak saya yang satu satunya keluar kena belah perut ni" sambil menunjukkan ke arah perutnya.

"dah.. Biarlah.. Abang paham.. Tapi nak buat macam mana.. Mak tak boleh tinggal sorang.. Takut terjadi apa apa..sekarang Ada aira.. Boleh la dia tolong tengok tengokkan." terang muizz

"yea lah paham" jawap zarina kemudian mengeluh. Dia memalingkan wajahnya kebelakang. Wajah ariz dan aliya yang sedang tidur di kerusi belakang ditatap.

"awak sayang dia kan.. Tapi bila depan dia.. Macam nak telan dia.. Garang sungguh.." usik muizz.

"anak saya tu kan.. Sayang la.. Aira tu suka melawan cakap saya.. Ada saja benda dia nak jawap.. Geram saya dibuatnya" terang zarina.. Kemudian mengeluh.

"sebab tu lah abang rasa, elok dia duduk dengan mak. Tak la dia kena marah dengan awak selalu, awak pun tak payah marah dia" wajah zarina dipandang.. Zarina hanya diam membisu. Melayan perasaan. Muizz menggeleng.

"mungkin bila dia duduk dengan mak dia berubah.." tambah muizz lagi. Zarina hanya diam.. Melemparkan pandangan keluar.

Aira yang baru bangun dari lenanya melangkah keluar.. 'sunyi.. Mana pergi semua'. Kakinya melangkah ke dapur. Tiada siapa..

"nenek.. Nenek..." laungnya dari dapur.

"aira.. Nenek kat depan ni" laung masyitah dari luar rumah.. Aira melangkah keluar. Neneknya tersenyum manis.

"dah bangun".. Masyitah maniskan muka. Aira mengangguk.

"mari tolong nenek siram pokok bunga" ajak masyitah.. Aira mendapatkan neneknya.. Paip ditangan neneknya diambil..

Rumah neneknya penuh dengan pokok bunga.. Neneknya memang rajin menanam pokok. Segala jenis buah ada.. Rambutan, pisang, jambu, manggis, cempedak, nangka, sukun.. Ada lagilah pokok herba..nak masak.. Ambik dipokok ja.. Senang.

"aira.. Menung apa tu" tanya masyitah

"takda apa lah nenek.. Tengok pokok bunga ni" aira menunjukkan kearah pondok kecil yang tergantung banyak pokok orkid didalamnya.

"nenek kenal cucu nenek sorang ni.. Aira marah dekat abah ke.. Sebab hantar aira tinggal dengan nenek" lembut suara masyitah sambil mengosok belakang aira.

"abah memang tak sayang aira dari dulu.. Selalu aira kena tinggal.." mendatar suara aira.. Matanya masih memandang bunga orkid.

"abah tu sayang.. Takkan lah abah tak sayang aira.. Ke aira marah dekat nenek.. Tak suka duduk dengan nenek" rambut aira yang panjang hingga ke pinggang diusap lembut.

"tak marah nenek pun.. Aira sayang nenek. Tapi abah dan ibu selalu lebihkan aliya.. Kalau holiday mesti aira kena tinggal.. Raya pun aira kena tinggal.." luah aira. Dadanya sebak.

"ish.. Cucu nenek ni. Dengan aliya pun cemburu.. Aliya kecik lagi.. Sebab tu lah abah dan ibu manjakan dia.. Aira kan kakak.. Kakak kena kuat" masyitah memeluk cucunya. Air mata aira jatuh juga aikhirnya.. Dia menangis teresak esak dibahu neneknya. Masyitah hanya membiarkan aira menangis sepuas puasnya.

"jom kita masuk.. Nenek ada masak favourite aira.. Cuba teka" masyitah bersuara setelah tangisan aira sudah reda.

"masak lemak cili padi udang ke" tanya aira. Masyitah mengangguk. Aira melompat gembira.. Memeluk neneknya.. Masyitah menggeleng kepala dan tersenyum melihat tingkah aira..

'bukan susah pun nak pujuk aira.. Tapi kenapa muizz sendiri tak boleh pujuk si aira.. Aira ni manja.. Nakkan kasih sayang mereka. buka mata hati kamu muizz.. Kesian dia. Jangan kamu menyesal nanti' keluh masyitah sendirian.

Mereka berdua melangkah masuk kedalam rumah..

"nanti aira pergi sekolah jalan kaki dengan Emir yea.." ucap Masyitah.

"Emir sekolah sini juga ke nenek.." tanya aira. Masyitah mengangguk.

"kenapa dia tak pergi sekolah dekat rumah dia.. Kan dekat" rungut aira sambil menyedukkan nasi ke pinggan. Pingan berisi nasi diberikan kepada nenek.

"kan dia sekolah rendah sini..dia sambung terus sekolah menengah sini.." terang Masyitah. Aira mengangguk perlahan.

'menyampah pulak teringatkan di emir.. Kata budak pandai.. Kenapa tak pergi sekolah pandai ja.. Nak jugak menyempit kat sini..' rungut aira.

Selesai makan.. Aira membersihkan diri.. Dia dan neneknya solat berjemaah bersama. Selepas solat nenek mengaji.. Aira menonton tv.. Sebelum tidur mereka solat Isyak bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience