BAB 75

Romance Completed 107916

Aira berdiri di balkoni bilik Eusoff.. Matanya liar memandang ke hadapan.. Beberapa biji kereta kelihatan menyusuri masuk ke pekarangan rumah.. Diperhatikan setiap individu yang turun dari kereta..

"tengok apa tu Qalbii" Eusoff pun beura-ura meniru gaya aira.. Dia turut merenung kearah yang sama.

"Allahuakbar" tergejut dibuatnya aira... Eusoff sudah berdiri di sebelahnya dengan senyuman manis.

"tergejutlah..." kata aira sambil mengurut dadanya.

"maaf" lembut tutur Eusoff..

"siapa yang datang tu.." aira menunjuk kearah bawah.. Pekarangan rumah itu mula dipenuhi dengan kereta. Eusoff mengeluh kecil..

"family hubby.. Dia orang semua nak kenal dengan Qalbii.. Semuanya ada.. Malam nanti ada dinner" terang Eusoff.

"ohhh" aira mengangguk.

"kejap lagi maid akan bawakan baju untuk Qalbii.. Maklum lah.. kena CULIK kan.." usik Eusoff. Aira menjeling.

"memang kena culik pun.."balas aira. Sambil memeluk tubuh.

Selepas kejadian aira mengamuk pagi tadi.. dan perbincangan bersama dua puak yang sememangnya adalah rakan kongsi sejak dahulu lagi selesai.. Calvin sudah memohon maaf dan menerangkan semua.. dia disuruh oleh Christopher untuk menjemput aira ke sini.. Bagi mengenali dan berkenalan bersama keluarga barunya.. Namun lain pula yang terjadi.

"yea lah budak comot " Eusoff angguk sambil menggosok kepala aira.

"Hubbbby..." Terus aira menarik muka kelat. Eusoff sudah ketawa kecil.

"jangan marah puteri Jasmine" usik Eusoff. Aira masih kekal masih bewajah kelat.

"tak sangka depan hubby ni.. Budak comot yang selalu buli hubby dulu.. Kini dia adalah isteri hubby.. Ya qalbii" Eusoff memegang kedua-dua bahu aira.. Aira menundukkan wajahnya..

"mana ada buli.. Dah dia tu yang anak manja.. Salah kita pulak.." aira mencebik. Dia sendiri menafikannya padahal memang betullah dia dulu selalu membuli ceaser.. Budak jambu anak manja ibu tu..

"pandang Hubby" kata Eusoff. Perlahan-lahan aira mengangkat wajahnya.. Matanya memandang kearah lain..

"look into my eyes" aira menelan liur..

Matanya meliar merata.. Eusoff sudah ketawa kecil.. Sebelah tangannya mencapai dagu aira.. Eusoff mendekatkan wajahnya.. Anak matanya bertembung dengan anak mata aira. Debaran didada.. Usah ditanya..

"hadir qalbi dalam hidup hubby membawa erti hidup baru.. Sungguh hubby telah jatuh cinta...jatuh cinta dengan ikatan yang halal.. Iaitu.. Dengan Qalbii.. Hilang qablii walau seketika.. Membuatkan rasa rindu menganas didada hubby..sakit dan perit sangat.. Dalam tak sedar.. Qalbii sudah lengkapi hati hubby yang sebelum ni kosong.."Dahi mereka bertemu..Eusoff memejamkan matanya.. Begitu juga Aira.. Aira menghayati setiap kata yang keluar dari mulut Eusoff.

'kali ni dia tekad.. Dia taknak kehilangan wanita didepannya lagi.. Hilang dirinya dulu, sebab aira memilih untuk bersama dengan nafis.. Hilang kali ke dua.. Walaupun selama enam bulan.. Walaupun dia langsung tidak layak.. Dia menyuruh orang upahannya mencari dimana aira menghilangkan diri.. Namun menemui jalan buntu.. Kini.. Aira dihadirkan oleh takdir tuhan menjadi isterinya.. Dia tak akan sekali-kali berputus asa untuk menawan hati dan cinta dari insan yang yang teristimewa dihatinya kini'

" hubby nak qalbii tahu.. Qalbii selalu di dalam hati hubby.. Tempat tertinggi selepas Dia yang esa.. " pipi aira dielus lembut oleh Eusoff..

Tok.. Tok.. Tok.. Bunyi ketukan mengejutkan mereka..

Wajah kedua-duanya yang kemerahan dijarakkan.. Eusoff berdehem berkali-kali.. Sebelum melangkah ke pintu.. Pintu dibuka.. Maria berdiri tegak didepan pintu dengan barangan ditangan.. Eusoff menyambut dengan senyuman dan ucapan terima kasih.. Pintu ditutup semula..

Beg-beg kertas diletakkan diatas katil.. Semuanya untuk keperluan aira.. Aira melangkah ke katil.. Eusoff menghulurkan sekotak yang saiz sederhana besar.. Aira menyambut.. Dengan isyarat mata Eusoff menyuruh aira membuka kotak tersebut.. Aira patuh.. Ditarik reben yang diikat kemas itu.. Kotak dibuka.. Bekerut muka aira.. Dipengang bahu baju tersebut.. Diangkat tinggi sehingga tekeluar baju dress tersebut dari dalam kotak. Diletakkan dibadan..

"ok tak" Eusoff senyum melihat aira sedang membelek dress lace labuh berwarna biru gelap itu.

"cantik.. Pandai hubby pilih" puji aira.. Melebar senyuman Eusoff bila dipuji.

"ni yang kecil-kecil ada dalam ni.. Semua complete.. Baju tidur malam ni.. Pun ada.. And baju untuk esok" sambil menunjukkan beg-beg kertas yang lain..

"hubby.. Bila kita nak balik" tanya aira..

"kenapa" wajah aira yang menunduk dicari.. Aira pula melarikan wajahnya..

"rindu ammar" kata aira.. Muka bekerut menahan sakit.. Yang berdenyut.

"rindu ammar sampai bekerut muka" Eusoff mengangkat wajah aira.. Supaya memandangnya.. Aira megetap bibir..

"hmmm.. Hubby tau kan dia... Hmm.. Menyusu.." aira menggaru kepala.. Dia berfikir macam mana nak dia sambung ayatnya yang dibiar tergantung tadi.. Wajah Eusoff pula yang bekerut.. Seperti memikirkan sesuatu.

"terus terang je.. Apa yang tak kena.. Qalbii sakit ke.." Eusoff mula memusingkan sedikit badan aira..dibelek atas ke bawah.. Tangan aira juga dibelek. Mana tahu tangannya bengkak lagi selepas disapu ubat tadi.. Aira mengeleng..

"bukan tu.. Issshh" aira mengeluh.. Dia mencapai hp milik Eusoff di atas katil..

"nak benda ni" aira menunjukkan satu gambar yang di google sebentar tadi.. Dengan wajah yang merah..

"milk storage bag's" keluar perkataan itu dari mulut Eusoff.. Aira mengangguk laju.. Eusoff mengaru belakang kepalanya.

"please nak sekarang.. Urgent.." rayu aira.. Dia dah tak tahan menanggung sakit.. Suhu badannya juga terasa mula meninggi sekarang.. Mungkin akan demam.

"kejap.. Hubby keluar cari.." tergesa-gesa Eusoff keluar dari bilik.

Aira masuk ke bilik air dan mandi menggunakan air panas.. Sesudah mandi.. Dia mencapai bathrobe yang disediakan didalam bilik air.. Dia duduk di sofa mengeringkan rambutnya mengunakan tuala..

Pintu bilik dibuka.. Eusoff masuk bersama barangan yang penuh di tangan.. Aira memandang pelik..

"apa banyak-banyak ni" tanya aira.. Eusoff hanya diam.. Barangan diletakkan disebelah aira..

"kenapa pakai macam ni.. Nak goda hubby ke" Eusoff memandang aira yang hanya memakai bathrobe miliknya paras lutut..

'dugaan betul.. Sabar Eusoff.. Tak lari gunung dikejar.. She is your wife..' Eusoff mengurut dada.

Aira tidak mengendahkan Eusoff.. Dia menyelongkar beg kertas didepannya.. Set mengepam susu.. Cukup lengkap..

"hubby... Boleh tolong pasangkan pam ni.." lembut tutur aira sambil tersenyum.. Eusoff mengangguk..

Aira menyandar di sofa.. Lega rasanya.. Eusoff duduk di birai katil.. Suasana sunyi seketika.. Hanya kedengaran bunyi pam yang sedang menyedut susu..

Pertanyaan Eusoff tadi berulang diminda aira.. 'hubby.. Qalbii tidak pernah menafikan hak hubby.. Nafkah batin buat hubby.. Setelah terlafaznya akad.. Dan qalbii halal buat hubby.. Qalbii sesungguhnya milik hubby sepenuhnya..tapi..perasaan malu tu.. Melebihi segalanya...' aira tersenyum sendiri

"terima kasih.." aira berpaling memandang Eusoff yang terbaring di atas katil..

"it okay.. Anything for you dear.." kata Eusoff dengan mata yang pejam dan tangan yang diletakkan didahi.

Aira bangun.. Menyimpan stok susunya.. Didalam peti sejuk kecil yang terdapat didalam bilik tersebut..Aira mengintai Eusoff masih terbaring di katil.. Dia menganggarkan Eusoff telah terlelap..

'baik aku siap.. Sebelum dia bangun..' bisiknya sendiri. Dress tadi dicapai.. Dan disarungkan ke badannya.. Dia ke hadapan cermin melihat penampilannya.. Dibelek-belek badannya sendiri.

Zzziiippppp... Tergejut aira dibuatnya.. Apabila zip belakang bajunya di zipkan oleh seseorang.. Dia memandang ke arah cermin besar didepannya. Eusoff sedang tersenyum kearahnya..melalui pantulan daripada cermin.

"bu.. Bukan.. Hubbby.. Tidur ke tadi" jari telunjuk aira menunjukkan ke arah katil.

"bila hubby tidur" Eusoff senyum.. Dicium bahu aira yang berlapik .. Aira menelan liur.. Dadanya bedebar..

"hubby.. Siap cepat.. Nanti lambat kita turun.. Qalbi nak pakai tudung kejap.." kata aira.. Tangannya menolak Eusoff .. Eusoff membekukan dirinya dan memeluk pinggang aira dengan erat.. Dari belakang.. Pipi aira dicium lembut..dan turun ke leher.

"ok... Hubby pergi siap" pelukan dilepaskan.. Muka aira mula memerah..dan membahang.

Selepas yakin Eusoff sudah masuk ke bilik pakaian.. Aira memegang dadanya.. Bedebar-debar.. Lutut terasa longlai.. Dia duduk disofa.. Sambil mengibas tangannya ke muka.. Sambil menghembus dan menarik nafasnya kasar..Tanpa aira sedari.. Eusoff sedang memerhatikan setiap pelaku isterinya sambil senyum lebar..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience