BAB 131

Romance Completed 107916

Rasydan mundar mandir.. Serba tak kena. Duduk salah.. Berdiri salah.. Perlakuannya menganggu fateeh yang baru saja sampai. Dah la pagi-pagi lagi rasydan sudah menghubungi di rumah tadi..

"assalamualaikum..." fateeh melangkah masuk ke dalam rumah banglo yang dijadikan markas mereka itu.

"abang.." rasydan segera berjalan kearah fateeh. Lengan fateeh dipegangnya.

"jawab dulu salam abang" tegur fateeh.

"ya.. Ya.. Waalaikummusalam.."pantas rasydan membalas.

" kau kenapa ni.. Teruk betul dah rupa.. Jangan cakap kau dari tadi tak tidur lagi.. "

" yea abang.. Saya tunggu abang"

"kenapa.." fateeh duduk di sofa..

"zulaikha.. Abang.."rasydan mengosok kepalanya sendiri. Membuatkan fateeh memandang tajam kearahnya.

" Eusoff tembak zulaikha.. Saya tak tahu macam mana keadaan zulaikha sekarang.. "

" APAAA" lantang suara fateeh. Terus dia bagun dari duduknya.

"kenapa Eusoff boleh tembak zulaikha.." leher baju rasydan sudah dicekak oleh fateeh.

"M.. Eusoff tembak M.. Pagi tadi.." belum sempat rasydan menghabiskan ayatnya.. Fateeh sudah tegelak kuat.. Bekerut kening rasydan.. Tak mengerti kenapa fateeh ketawa diwaktu genting kini. Adakah berita yang dia sampaikan tak merisaukan dia.

"budak ni.. Kita suruh duduk diam-diam.. Dia boleh menyamar pula jadi M.." fateeh ketawa sambil mengeleng kepala.. Tahu sangat dengan perangai zulaikha.

"dah rasydan kau tak perlu risau.. Aku rasa dia baik-baik saja.. Sebab Eusoff ada dengan dia.. Kalau dia tahu zulaikha cedera.. Mesti dia maklum kan kepada kita.." jelas fateeh.

"tapi saya call zulaikha banyak kali.. Dia tak angkat.. Saya risau.." balas Rasydan.

"suami dia baru balik.. Takkan dia nak layan call kau tuh.." balas fateeh.

"mana perempuan yang semalam.." tanya fateeh.

"ada dekat tempat saya.." jawap rasydan.

"hmmm.. Jom kita kesana.. Nak tau jugak kenapa zulaikha nak perempuan tu.." kata fateeh.

"abang.. Budak saya ada cakap..bapak dia ada ambil pengiring baru.. Sejak jabbar dah tak ada." sambung rasydan. Fateeh mengangguk kecil.

'kenapa takut.. Firman hamsyari.. Anak perempuan kau dengan kami sekarang.. Lagipun kami semua, lama sudah tak menjenguk kamu.. Mungkin kita akan bertemu.. Tak lama lagi..yang lagi nak jumpa kau adalah zulaikha..' fateeh tersenyum sinis sambil berjalan menyusuri rasydan. Manakala rasydan dari tadi masih asyik dengan telefon bimbitnya mendail nombor zulaikha.

Telefon aira asyik begegar tadi tadi. Disambar pemiliknya. Nama yang terpampang di paparan skrin membuatka aira berdecit.. Matanya memandang kearah Eusoff dan ammar. Sesekali Eusoff memandang kearahnya dengan senyuman manis seperti selalunya. Aira hanya senyum sebaris sebelum keluar dari biliknya.

Panggilan dijawap.. Sambil kakinya berjalan kearah balkoni..

"ya.. Kenapa.."

"aku ok.. Jangan call boleh tak. Eusoff ada sini.."

"kau ugut aku.. Takguna"

aira mengepalkan tangannya. Tanpa dia sedari Eusoff berada di belakangnya.. Tiba-tiba lehernya terasa sejuk.. Aira meraba lehernya.. Rantai.. Belum sempat dia berpaling.. Belakang lehernya terasa hembusan nafas Eusoff. Eusoff mencium bahu aira. Pingang aira dipeluk dari arah belakang.

"hubby dah ketatkan cakuk rantai. Harap tak terbuka lagi.." bisik Eusoff.

"zulaikha" suara yang menjerit di satu lagi telinga aira mengejutkannya.. Lantas dia tersedar, panggilan telefon dari rasydan masih bersambung. Segera dia menamatkan panggilan.

"hubby nak kena pergi.. Masih ada yang belum selesai.. Qalbii..." kata Eusoff.. Aira mengangguk sahaja.

Dia sendiri tahu, urusan mereka masih belum selesai..

Eusoff memalingkan tubuh aira.. Dagu aira diangkat dengan jarinya..

"selepas selesai.. Hubby janji.. Hubby akan tebus semuanya.." Eusoff mengangkat tangannya berikirar didepan aira. Membuatkan aira tersenyum.

Jari jemari aira digengam kemas.. Mereka berdua turun ke bawah.. Beriringan. Aira menghantar Eusoff sampai ke muka pintu.. Menunggu disitu selepas bersalaman dan melihat Eusoff sehingga pergi.

"aira" panggil ramlah. Membuatkan aira tergejut.

"makcik bukan nak kejutkan aira.." dua tangan tua itu memegang lengan aira.. Erat.. Membuatkan aira sedikit mengerang.. Terus terlepas pengangan ramlah.

"kenapa aira.." tanya ramlah dengan wajah risau.. Dia sudah menjangkakan ada yang tak kena dengan diri aira.

"tak.. Aira. Naik atas rehat" aira. Melangkah naik keatas

Sampai didalam bilik. Duduk disofa.. Bajunya dibuka.. Badannya cuma ada singlet kini.. Aira melihat balutan lengannya yang kembali berdarah.. Dari tadi dia menahan sakit.. Dipeluk Eusoff dan ramlah.. Tambah sakit tadi bila ramlah yang menekan lukanya.

"mama.. Darah.. Darah" kata ammar.

"ammar tengok adik kejap... Mama nak tukar ni.." aira menunjukkan kearah lukanya. Ammar mengangguk.

Aira bangun.. Mengambil peti kecemasan dan perkakas untuk mengantikan balutan lukanya..

"Ya allah.. Aira" jerit ramlah. Aira tergejut segera menekap mulut ramlah..

"makcik... Jangan jerit.. Amna.. Amran tidur.." bisik aira. Aira memerhati kelopak mata ramlah yang sudah penuh bertakung dengan air mata.. Membuatkan dirinya serba salah.

"makcik dah agak.. Mesti ada yang tak kena.." suara ramlah mula bergetar.

"makcik.. Aira tak apa-apa.. Luka sedikit.. Aira cuai.." aira memberi alasan.

"makcik boleh tolong aira.. Gantikan pembalut" sambung aira.. Ramlah mengangguk..

"patutlah aira layan Eusoff macam tu.. Acuh tak acuh saja tadi.. Aira nak sembunyikan luka aira.. Betulkan." kata ramlah sebaik mereka duduk disofa.

"aira memang marahkan Eusoff.. Bukan sebab luka ni makcik.." kata aira.. Tapi padahal.. Memang salah satu sebab adalah dia terluka.

"makcik tahu kamu sayang dia.. Tak perlulah nak main tarik tali aira.. Nanti dia pergi lagi macam mana.." kata ramlah. Aira menggaru belakang lehernya... Mencari jawapan untuk ramlah.. Akhirnya aira cuma ketawa kecil..

"luka kamu.. Dah berjahit.." kata ramlah tergejut. Aira mengangguk.

Ramlah mengeluh.. Pening memikirkan aira.. Tapi dia tahu.. Aira ada saja penyokong dibelakangnya.. Adakala dia penasaran.. Siapa aira sebenar.. Dengan Eusoff yang kejap-kejap pergi... Apa yang mereka buat diluar sana..

Bila malam menyelma.. Aira kembali bersiap untuk keluar.. Ramlah yang masuk ke dalam rumah besar itu tergejut.

"aira nak kemana" tanyanya

"keluar makcik.. Ikut pintu belakang." jawap aira.. Ramlah mengerti maksud pintu belakang yang dikatakan aira..

"hati-hati aira.." katanya lagi.

"aira pergi kejap saja makcik.." balas aira.. Seperti biasa.. Dia memeluk ramlah.. Ramlah mengeleng melihat langkah aira pergi.

Di rumah yang tak berpenghuni.. Jauh dari kawasan kejiranan.. Aira melangkah masuk.. Walaupun dirinya datang sebagai M.. Pengawal yang berjaga langsung tak menghalangnya. Dia berlalu dengan isyarat jari telunjuk diletakkan dibibir merahnya. Pengawal itu faham dan membalas dengan anggukkan kecil.

Dia menuju ke bilik yang selalu rasydan mengurungkan mangsanya.. Pintu itu dikawal.. Dia memberi isyarat.. Lalu dia melangkah masuk.. Terdapat seorang perempuan yang diikat duduk diatas kerusi.. Dengan wajahnya tertutup dengan kain hitam.. Diatasnya terdapat lampu yang menyala.

Kain yang menutup wajah perempuan itu dicabut.. Aira mengangkat wajah yang layu itu.. Jari yang bersarung tangan kulit itu menyentuh pipi yang memaparkan karyanya beberapa hari yang lalu..

Pipi perempuan itu ditepuk lembut.. Kemudian kasar dan makin kasar.. Sehingga perempuan itu tersedar ..

"baru bangun..." tanya aira.. Dengan bibir yang tersenyum manis kearah perempuan itu.

"kau siapa.. Apa yang kau nak ha.." tanya.

"aku... Jangan risau.. Aku tak akan buat apa-apa.. Tapi dioarang yang bawa kau kesini yang akan kerjakan kau.. Kau nak ikut mereka sangat kan.. Pilihan yang tepat" aira menepuk tangan seraya gelak kuat.

"perempuan gila.. Kau nak apa.." marahnya.

"tengok aku baik-baik" aira mengalihkan topeng nya ke tepi.. Menutup telinganya.. Sehingga menampakkan jelas wajahnya.

"kau kenal aku.." tanya aira kepada si tahanan...

"tak..aku tak kenal.." jeritnya.

"tak kenal ye.. Tapi kau kenal emir kan.. Kita pernah sekolah sama dulu.. Wahai bekas kekasih emir.. Cik farah hanim.." balas aira dengan senyuman sinis.

"kau.. Kau perempuan yang emir suka pandang-pandang tu.. Kau gila hah.. Kenapa culik aku.." kata farah. Aira menjambak rambut farah.. Membuatkan farah mendongak memandangnya.

"first..sebab kau guna-gunakan emir.." bisik aira ditelinga farah.

"yang kedua.. Bukan aku yang culik kau bodoh.." aira melepaskan pengangan dirambut.. Lalu menampar pipi farah. Sehingga farah menjerit.

"aku hanya bermain-main.. Dengan musuh aku.. Aku tak akan kotor kan tangan aku.. Untuk habiskan kau.." aira gelak kecil.

"lagipun kau hanya sandaran..." aira memakai topeng nya semula.. Bila dia mendengar tapak kaki menghampiri.. Lalu menutup semula muka farah. Dia bersembunyi di ruang yang kelam di dalam bilik itu..

Aira hanya memerhati tiga lelaki yang masuk kedalam bilik tersebut.. Segala benda yang disoal oleh mereka bertiga.. Didengarinya dengan teliti..

'nampaknya.. Semuanya akan selesai tak lama saja lagi..' bibir merah itu tersenyum lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience