BAB 135

Romance Completed 107916

"peter... Bring veus out .. I want to ride it" Eusoff memberi arahan kepada penjaga kandang.

Peter anak lelaki kepada penjaga rumah ladang mengeluarkan kuda hitam yang diberi nama veus.. Kuda milik Eusoff.

"Since when, there was a gray horse in our farmhouse" Eusoff menunjukkan kuda kelabu yang berada jauh di bukit ditunggangi oleh aira.

Peter memandang ke arah yang ditunjukkan Eusoff.. Matanya dikecilkan merenung aira yang berada di kejauhan.

"ohh.. It gray.. Bought special for lady.." jawap peter.

"Who bought it.. Is that my dad" tanya Eusoff.. Sambil tangannya memasang pelana dibelakang veus.. Ditolong oleh Peter.

Eusoff memandang Peter hanya mengangguk..

"Does my Wife come here often?" tanyanya lagi.. Seraya naik keatas veus.

"Twice a month" jawap peter.

"patut lah dia dimanjakan disini.." Eusoff mengelus kudanya veus.

Perlahan-lahan Eusoff membawa kuda keluar dari kandang.. Matanya memandang jauh kearah aira.. Yang mula mengerakkan gray..

'lari.. Larilah semampu boleh' bibir Eusoff tersenyum sendiri.

Aira membawa kudanya berjalan menyusuri sungai.. Tenang terasa disini.. Tambah pula kawasan itu adalah kawasan persendirian.. Matanya terpejam rapat.. Mendongakkan wajahnya keatas.. Menghirup udara segar.. Gray dibiarkan meragut rumput. Mata aira terbuka bila dia menangkap bunyi derapan kaki kuda menghampirinya.. Sehinggakan gray turut terasa terganggu..

"shhh.. Shhh gray.." aira memujuk kudanya.. Sehingga gray merengus nafasnya kasar.. Terundur kebelakang.. Seolah-olah marah akan kedatangan veus.

"qalbi..." Eusoff memanggil dengan nada lembut seperti selalunya.

"gray.. Awak pun tak selesa kan.. Tiba-tiba diganggu.." aira menunduk.. Memeluk gray.. Dan dia bangun menegak memandang Eusoff dan kuda hitamnya yang gagah.

"sejak bila qalbi tunggang kuda.." tanya Eusoff.

Aira menarik tali kudanya.. Mengajak gray berlalu.. Eusoff menarik tali kudanya.. Mendekat.. Lalu menarik tangan aira kasar.. Supaya aira berhenti. Tangan Eusoff mencekam luka aira.. Membuatkan aira mengerang kuat.

"lepaslah sakit.."

Eusoff yang hampir terlupa tentang luka ditangan aira.. Terus melepaskan penganganya. Wajah aira yang merah sedang menahan sakit itu dipandangnya. Lalu Eusoff terus melompat turun dari kudanya.. Mendekat kepada aira..

"I'm sorry.. Hubby tak sengaja.." ucapnya kesal.. Tambah kesal lagi, Luka itu adalah dari perbuatannya sendiri.

Aira menarik tali kudanya.. Gray mula mengerakkan keempat kakinya berjalan perlahan.. Pergi meninggalkan Eusoff dan veus.

Eusoff meraup wajahnya... Dan naik semula keatas veus.. Perlahan mengejar aira.. Dan mengawal agar kedudukan mereka sejajar..

"daddy belikan gray untuk qalbi.." tanya Eusoff..

"hemmm" balas aira.. Acuh tak acuh.

"gray kuda jantan kan.. Sama macam veus" Eusoff mencuba lagi.. Dia tahu aira memang minat kuda sejak keci lagi.

"hemm" kata yang sama keluar lagi dari bibir aira.. Tapi kali ni lebih pendek dari tadi.

'wah.. Sampai macam ni sekali.. Marah sungguh nampaknya..'

"qalbii.."

"hem"

Eusoff mengeluh mendengar jawapan yang aira berikan.. Baru dia hendak membuka mulut.. Aira sudah menarik tali kudanya.. Membuatkan gray berlari meninggalkan mereka.

"aduh..susah macam ni.. Satu pun tak jalan.." dia mengaru belakang lehernya.. Sungguh dia mati akal..

Sampai di kandang kuda.. Eusoff turun lalu menyerahkan veus.. Kepada peter, yang sudah menunggu di situ.

Dia mengintai-ngintai.. Kemana mereka semua pergi.. Lalu dia melangkah masuk kedalam rumah ladang..Terdengar suara anak-anaknya..

"makcik.. Mana aira.." tanyanya..

"aira naik atas.. Dalam bilik agaknya.." balas ramlah.

Eusoff melangkah menaiki tangga.. Lalu melangkah masuk ke bilik utama.

Aira yang sedang duduk di birai katil tergejut bila pintu biliknya dibuka.. Tanpa diketuk.. Tangannya laju mencapai baju yang berada di atas katil, lalu menutup badannya.. Dan berpaling. Eusoff sudah berdiri dimuka pintu.

Eusoff melangkah masuk sebaik pintu ditutup dan dikunci.. Aira mula rasa berdebar.. Eusoff mendekat, lalu menarik baju yang menutup tubuh aira.. Dilemparkan jatuh ke lantai. Merah muka aira.. Yang kini hanya memakai baju dalam saja dan seluar panjang.

Aira menutup bahagian tubuhnya yang terdedah dengan kedua tangannya. Eusoff menarik aira kearah kerusi.. Lalu menolak aira perlahan duduk disitu. Peralatan kecemasan yang berada di atas katil diambil Eusoff, lalu dibawa ke tempat aira duduk.

Luka aira dibuka dengan cermat.. Bila kala aira menahan sakit.. Eusoff berhenti seketika.. Sebelum menyambung semula. Luka yang terdapat ditangan aira ditenung lama oleh Eusoff.. Aira yang tidak memandang langsung kearah Eusoff.. Berpaling.. Kerana Eusoff diam tidak melakukan apa-apa kepadanya.. Kemudian dia melihat Eusoff menyeka air mata dengan belakang tangannya.. Lalu Eusoff bangun.. Masuk ke bilik air. Membuatkan aira tercengang sendiri.

'dia menangis.. Kenapa.. Aku buat dia nangis.. Ke sebab dia tengok luka aku.. Sebab aku akan berparut seumur hidup..' aira mengeleng-geleng kepalanya. Bingung mencari sebab Eusoff menangis.

Tangan mencapai kain balutan yang baru.. Terdengar bunyi pintu bilik air dibuka. Eusoff melangkah keluar.. Duduk disamping aira..menyapu ubat dan membalut luka aira..

Aira memerhati wajah Eusoff.. Mata dan hidungnya yang kemerahan.. Namun kedua-dua mereka diam tak bersuara.. Sehingga Eusoff selesai membalut luka itu.

Aira meraba wajah Eusoff.. Memandang lebih dekat wajah itu.. Ternyata memang benar.. Ada sisa tangisan dimatanya.. Wajah yang jelas menunjukkan kesedihan.. Ditambah pula dengan keletihan..

"I'm sorry.." ucap aira perlahan.. Lalu dia mendekatkan wajahnya.. Dahinya bertemu dahi Eusoff.

Eusoff memegang erat kedua-dua tangan aira..

"semuanya salah hubby.."

"no.. Salah qalbi.. Qalbii.. Sengaja main-main.. Sebagai M.." jawap aira tersenyum.

Bila Eusoff mendengar nama M.. Dia memandang aira.. Tajam.. Tambah pula aira boleh tersenyum senyum kepadanya ..

"why.. Why M.."

"saja.." jawapan aira membuatkan perasaannya bercampur baur.. Antara marah, cemas dan gelisah.

Melihat wajah Eusoff yang berkerut di bahagian dahi.. matanya pula merenung tajam kearah aira..

"ok.. Pada Mulanya.. Qalbi ingat dengan patahkan satu persatu klu..rancangan hubby akan gagal.. Dan hubby akan segera balik"

"tapi malangnya.."

"you won't give up.." aira mengeluh.

"qalbii.. You kill.. All my.. Hmm.." kata Eusoff gagap.

" No.. No.. Bukan qalbi... I just.. Marking them with M.. Dekat pipi diorang" kata aira menunjukkan kearah pipinya.

"tapi kan.. Mereka semua mati.." potong Eusoff.

"ya.. Tu semua kerja Jabbar.. Qalbi guna katana.. Cukup untuk melukakan.. Tak perlu mematikan.. Hubby perlukan klu kan.. Tak perlu bunuh mereka. Tapi.. Jabbar yang bunuh mereka semua..sejak jabbar mula campur tangan.. So, qalbi mula ikut rentak dia.." terang aira. Eusoff mengangguk.

"tapi qalbi memang tahu firman tu.. Musuh kita.." tanya Eusoff.

"mulanya tak.. Tapi dia sering berhubung dengan jabbar.. Jadi qalbi perlu dapatkan bukti... Jadi qalbi ke rumahnya.. Mencari bukti..tak sangka dia rupanya anak angkat ayahanda muktazim.. "

"lepas dapat bukti .. Qalbi serahkan semuanya kepada abang.. Fateeh." Eusoff terus bangun dari duduknya..

"dah puas dah tanya.. Ada lagi nak tanya.." tanya aira turut bangun, mengambil baju berada dilantai, dibaling Eusoff tadi. Lalu disarungkan dikepala.

"siapa lelaki yang bersama qalbi" tanya Eusoff.. Mengeluarkan baju dikepala aira.

"lelaki yang mana.."tanya aira.. Tersenyum.. Merampas bajunya semula.

" lelaki semalam.. Yang ikut qalbi dua orang tu.." Eusoff mengambil baju aira lalu dibaling kelantai semula. Aira merenung bajunya yang berada dilantai.

" oh.. Tuu.. Teka la siapa" wajah Eusoff kembali tengang.. Lengan aira ditariknya supaya aira memandangnya.

"siapa.."

"buah hati" jawap aira.. Lalu menarik tangannya semula. Aira kini membawa bajunya lalu melangkah ke bilik air.. Eusoff mengikut langkah aira.

Pintu bilik air ditutup Eusoff membuatkan aira yang berada didalam tersentak..

"kenapa.. Nak sambung gaduh dalam bilik air pula.." aira menolak Eusoff.. Namun Eusoff pula mengeraskan badannya.. Langsung tak berganjak.

"hei.." jerit aira.

"i want my answer" tegasnya.. Aira memberi jelingan tajam kepada Eusoff.

"sikit-sikit cemburu.. Lepas tu senang-senang pula.. Suruh orang tu jaga lah.. Apa lah.." rungut aira perlahan.

"apa.. Cemburu. Siapa jaga..." tanya Eusoff.

"keluar lah.. Nak mandi.." aira menarik tombol pintu.. Tangan Eusoff segera menolak pintu rapat.

"mandilah.." katanya tersenyum nakal.

"tak nak.. Nak keluar" jerit aira..

"no.."

"what.."

"qalbi.. Hutang jawapan tu.." aira mengeluh.

"tu ariz dengan emran lah.. Ok.. Puas.. Sekarang keluar.."

"nope.. Kita mandi sama.." tubuh aira diangkat lalu diletakkan perlahan didalam tub mandi.. Eusoff memenuhkan tub mandi dengan air.. Jeritan aira yang sedang membantah langsung tak dihiraukannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience