BAB 112

Romance Completed 107916

Kereta toyota merah itu memandu laju.. Sampai saja di kaki bukit yang dipagar rapi, kenderaan itu berhenti.. Lama namun tiada siapa yang membuka pagar.. Terpampang papan tanda memberitahu peringatan keras kepada pelawat tidak diundang ... 'Do not enter. Trespassers will be shot, survivors will be shot again' besar berwarna merah.

Aira yang masih dalam dalam keadaan marah menurunkan cermin keretanya.. Hon ditekan lama dan panjang.. Akhirnya pagar itu dibuka dari dalam.. Kaki menekan pedal minyak dan kereta melewati pagar besi yang tinggi melebihi dua kali ganda tinggi manusia biasa itu.. Orang yang membuka pagar hanya dipandang dengan hujung mata..

Sebaik saja sampai di puncak bukit yang terdapat rumah banglo tiga tingkat.. Aira turun dari kereta.. Kaki melangkah masuk ruang rumah tersebut..

"assalamualaikum zulaikha.." tegur Rasydan.. Namun salam Rasydan tak dijawap oleh aira.

Aira melangkah naik ke lantai yang paling atas.. Lantai tiga.. Merupakan ruang khas untuknya.. Sampai saja diruang tersebut.. Dia mencapai pedang katana iaitu pedang samurai panjang yang terletak elok di tempat rak kayu khas untuk pedang tersebut. Manakala pasangan pedang itu pedang wakizashi yang berukuran lebih pendek daripada katana diambil dan disimpan didalam beg pedang lalu digalas silang di bahunya.

Almari dibuka.. Dia memasukkan kata laluan untuk peti besi. Lalu terbukalah pintu peti besi tersebut .. Banyak barang berharga yang ditinggalkan oleh arwah didalam itu.. Aira hanya mengambil rantai kunci yang telah diberikan oleh arwah neneknya.. Dipakaikan ke lehernya.. Lalu disembunyikan didalam bajunya. Kaki melangkah turun satu persatu memijak anak tangga..

"zulaikha kau nak buat apa ambil pedang tu" tegur Rasydan. Aira tidak mengendahkan.

"aku tanya ni" bahu aira disentuh.. Membuatkan langkahnya terhenti.. Aira menarik keluar pedang katana dari sarungnya.. Dihala tepat ke leher Rasydan.. Membuatkan Rasydan menelan air liur.

"kamu semua belot aku" akhirnya aira bersuara. Didekatkan mata pedang dekat mengena leher Rasydan.

"sumpah aku tak belot kau zulaikha.." kata Rasydan.. Tegas dan yakin.

"siapa yang jadi kambing hitam mengaku waris utama ayahanda muhaimin.. Jangan cakap itu Eusoff" kata aira tegas.. Seraya menekan mata pedang lebih dalam.. Darah mula megalir di mata pedang..

"letak pedang tu zulaikha " datang Fateeh dari belakang menegur.. Membuatkan aira tersenyum sinis.

"selamat datang.. Aku tunggu kau.. Abang fateeh.. Master of all this stupid plan.." marah aira..

Fateeh berjalan masuk dengan tenang melewati dua figura yang kekal dengan posisi melawan dan menahan itu.. Dia yakin zulaikha hanya mengertak mencari kebenaran.. Dia sudah tahu perkara macam ni pasti akan tiba juga.. Sama ada cepat atau lambat.. Namun dia tak menyangka aira akan tahu sebelum perancangannya dengan Eusoff berjalan..

"letak pedang tu.. Kita bincang elok-elok.. Apa saja yang zulaikha nak tahu.. Abang akan bagitahu" kata Fateeh.. Lalu duduk di sofa berdekatan mereka.

" I'm not stupid.. Berapa banyak kali lagi nak tipu zulaikha.." tengking aira.

"I'm not who plan all of this.. It your husband.. To protect you" balas Fateeh.

"lagipun Rasydan memang tak tahu apa.. Takkan zulaikha nak kenakan dia.. Orang yang langsung tak terlibat sama sekali" sambung fateeh lagi.

Perlahan-lahan aira menjauhkan mata pedang dari leher Rasydan. Tangan Rasydan laju menutupi luka dilehernya.. Luka yang tidak dalam..terasa bagai calar baginya.

"duduk.. Kita bincang" kata Fateeh.. Sekadar ingin menurunkan marah aira.

"zulaikha nak balik.." aira berpaling. Melangkah pergi.

"wait" panggil fateeh nyaring.. Membuatkan langkah aira terhenti.

"bagi balik pedang tu.. It belong to waris ayahanda muhaimin yang sekarang digalas oleh Eusoff.." lancar kata fateeh.. Rasydan disebelah membulatkan mata memandang fateeh dan aira berulangkali.

"fine.." marah aira.. Pedang katana itu diletakkan diatas meja.. Manakala sarung pedang dibaling kearah kirinya.. Menandakan protesnya.

"abang boleh buli zulaikha.. Kelak.. Kalau apa-apa terjadi kepada Eusoff.. I will not forgive you.. Dan ini hak aira.." aira menunjukkan beg pedang yang digalasnya. Lambat-lambat fateeh mengangguk.

Aira berjalan keluar dari rumah itu.. Melangkah tanpa berpaling lagi.. Fateeh membuatkan dirinya terasa dihina.. Dengan menyuruh meninggalkan pedang katana tersebut.. Menandakan dia bebas dari kumpulan itu.. Dia bukan lagi sebahagian dari mereka.. Semuanya menjadi bahagian Eusoff.

Rasydan hanya mampu melihat aira pergi dengan keadaan marah.. Dia memerhati fateeh yang sedang mengambil sarung pedang katana..

"abang.. Kenapa abang buat macam tu.." tanya Rasydan.

"tak apa.. Ia masih mengikut plan Eusoff.. Our queen free to go.. Dia lebih selamat selepas ini..dan kewujudannya akan selamanya dirahsiakan.. Itukan misi kita.. Kau jangan lupa" kata fateeh.. Membuatkan Rasydan mengangguk. Misi utama mereka mula diigatkan semula..

"luka kau teruk ke" sambung fateeh lagi. Kotak kecemasan dicapai.. Diletakkan di atas meja kopi.

"tak lah. Biasa lah ni.. Tak dalam.. Dulu dia buat lagi teruk pada ni.." Rasydan ketawa..

"ya.." Fateeh mengangguk.. Dengan senyuman kecil.

Teringat dulunya mereka semasa kecil.. Aira semangnya kasar.. Memang sengaja ayahanda muhaimin membesarkan aira dengan cara begitu.. Namun selepas kematian ayahanda muhaimin.. Aira dibesarkan oleh masyitah.. Masyitah menyulamkan kelembutan kepada aira.. Membuatkan aira membesar menjadi gadis sempurna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience