BAB 35

Romance Completed 107916

Didalam kereta aira merungut-rungut akan sesuatu.. Nafis hanya mengaru kepala. Nak ditegur. Takut kena marah.

"abah.." laung aira.. Didepan pintu. Pintu dibuka oleh Eusoff.. Aira merempuh masuk kedalam.. Eusoff terdorong kebelakang apabila aira menolaknya kasar.

Terbantut Eusoff hendak menegur aira.. Nafis dibelakang hanya mengangkat bahu. Kemudian mereka bersalaman.

"abah" panggil aira.

"sini aira.." aira mendapatkan muizz yang duduk diatas katil di bilik. Zarina masih terbaring ..

"benda tu abah... Kau keluar.." laung aira kuat dan kasar. Aira menunjuk kearah zarina yang masih tebaring. Eusoff dan nafis belari kearah bilik.. Bediri didepan pintu.. Teragak untuk masuk.

"aira marah ibu ke.. Tu ibu kan.." segaja muizz menduga.. Mulutnya terkumat kamit.

Aira memandang tajam kearah ibunya.. Anak matanya yang berwarna coklat mula bertukar menjadi hitam pekat.. Makhluk yang berada diatas ibunya sedang tersenyum sinis memandangnya. Aira bertambah geram. Dadanya mula berombak kasar.

"kurang ajar..aku cakap keluar" aira mendecit geram.

"istighfar aira.." muizz menegur. Aira membuka tingkap bilik tersebut. Dia duduk sambil beristighfar sambil matanya memandang tajam benda yang berada diatas ibunya.

Zarina terjaga.. Dia mula meracau.. Muizz memengang zarina. Aira bangun. Menolak tubuh yang bediri dipintu bilik..dia masuk semula kedalam dengan garam kasar. Disuakan kepada muizz. Muizz mengangguk kecil.

Muizz menjalankan kerjaya menghalau benda yang menempel di badan zarina. Apabila selesai.. Dia memanggil aira.. Diselakknya lengan baju aira. Penuh dengan cakaran.

"aira tak apa" ucap aira. lengan bajunya ditutup semula. Pelipisnya dipicit perlahan.

"duduk sini aira.. Abah nak tengokkan aira kejap" lengan aira dipengang.. Seketika lengan aira dilepaskan.

"so macam mana" tanya muizz.

"aira tau tu datang dari siapa" aira bangun.. Memeluk tubuh.. Memandang kearah zarina.

"tak baik tuduh siapa-siapa aira" muizz bangun menutup tingkap biliknya..

"abah.." suara aira sedikit meninggi.. Laju tangannya menutup mulut.. Tidak sengaja.

"jom kita duduk dekat ruang tamu .. Kesian dua bodyguard tu bediri kat depan pintu je dari tadi" abah gelak.. Aira menoleh ke belakang. Baru dia perasan dua insan tu sedang memerhati kearahnya dan abah. Mula mukanya memerah.. Tangannya terus menutup muka.

"tidur sini sajalah nafis.. Tak lama lagi dah nak subuh.." nafis mengangguk. Aira duduk disebelah nafis.

"maaf la terpaksa tengok benda yang tak sepatutnya.." ucap muizz kepada nafis dan Eusoff.

"tak apa abah.. Benda dah nak jadi.. Sayang ok tak ni" nafis membelek lengan isterinya.

"sakit ke" tanyanya lagi.. Aira mengeleng. Eusoff dan muizz hanya memandang.

"duduk lah dulu abah nak solat " muizz bangun ke biliknya.

"kamu pun solat lah sama.. Sayanglah. Alang-alang dan bangun kan.." sambung muizz lagi. Eusoff pun bangun naik ke bilik ariz.

Nafis memandang kearah jam dinding..

"solat tahajud la abang.. Jom" ajak aira. Mereka masuk ke bilik.

"sayang.." panggil nafis.

"abang.. Kita solat.. Lepastu tidur kejap.. Nanti nak bangun subuh..lepas tu nak kerja.. Sayang tahu banyak yang abang nak tanya.. Esok kita cakap pasal ni.. Pleasseeee" rayu aira. Nafis ketawa kecil.

"ok.. Janji cerita yea.."

"yea" aira mengangkat jari kelingkingnya.. Nafis menyambut sambil mengoyang-goyangkan tangan mereka.

"bukan macam tu la orang buat.. Orang buat macam ni" aira menemukan ibu jarinya dengan ibu jari nafis.. Nafis mencium pipi aira.

"haiip.. Solat lah.." tegur aira.. Tersengih-sengih nafis.

Selepas subuh mereka bersiap untuk ke tempat kerja.. Pakai sajalah baju apa yang ada.. Tudung pun pinjam tudung ibu..

Aira menyiapkan sarapan.. Memandangkan ibu masih keletihan.. Pening kepala katanya.

" abah.. Ibu.. Aira pergi kerja dulu.. Tudung ni nanti aira basuh aira pulangkan yea..." ucap aira.

"alah.. Tudung yang dia kalutkan.. Ambik jelah dekat aira" aira melompat kecil.

"betul ke.. Esok-esok aira datang pinjam lagi.." aira mula ketawa. Ibu mengeleng. Selepas sarapan nafis dan aira keluar ke tempat kerja.

"eh.. Kakak ada tidur sini ke ibu" tanya ariz yang baru turun dengan Eusoff.

"ha ah.. Kakak dah pergi kerja pun"

"ala.. Kenapa tak tunggu ariz.." ariz tarik muka.

"siapa suruh turun lambat.. Kakak kau keluar awal takut jemm" muizz bersuara di meja makan.

"awal lagi ni..baru 7.30 la.. Tengok aliya.. Membongkang lagi"

"dah.. Dah.. Makan ni" ajak zarina.. Pening kalau berdebat dengan ariz.. Tau nak menang saja.. Lepas tu suka kaitkan orang lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience