BAB 103

Romance Completed 107916

Cafe yang agak lengang... Hanya ada beberapa pelanggan ketika ini.. Masing-masing sedang mengadap hp ditangan.. Eusoff melangkah masuk.. Mencari kelibat Fateeh.. Tiada.. Jadi dia putuskan untuk duduk di meja yang paling hujung bertentangan dengan pintu masuk.. Punggung dilabuhkan di kerusi.. Jam di tangan dipandang sekilas..

"encik..boleh saya ambil pesanan" tegur gadis bertubuh kecil dengan senyuman manis. Dihulurkan buku menu diatas meja Eusoff.

"bagi saya.. Americano.." kata Eusoff sambil memberikan semula buku menu kepada pelayan tadi..

"tu je.. Encik tak nak pesan makanan " tanyanya lagi.. Eusoff menggeleng.. Buku menu sudah diambilnya.

"baik encik.. Sekejap lagi saya hantarkan pesanan encik.." dan di berlalu pergi..

Lima minit berlalu.. Pelayan tadi datang semula.. Dengan secawan americano yang dipesannya tadi..

"terima kasih" pelayan itu mengangguk kecil dan berlalu..

Bunyi loceng yang digantung di pintu menandakan ada pelangan yang baru masuk ke cafe tersebut.. Eusoff yang sedang menghirup kopinya terhenti.. Meletakkan cawan kopinya di atas meja.. Mendongak sedikit.. Seorang lelaki tinggi, berambut lurus hitam pekat.. Berdiri de depan pintu masuk..Iaitu Fateeh.. Eusoff mengangkat tangan memberi isyarat kepada fateeh. Fateeh menarik bibirnya tersenyum sedikit kearah Eusoff.. Kaki melangkah menuju ke arah Eusoff.

"maaf.. Ada hal sikit tadi.." kata fateeh.. Lalu mereka bersalaman.. Kemudian menarik kerusi di depan Eusoff untuk duduk.

"tak apa.. Aku pun baru sampai saja" kata Eusoff.

"hah.. Benda apa yang penting sangat tu.." tanya Fateeh..

"order lah dulu.. Kejap aku cerita" mata Eusoff melirik kearah pelayan yang mula mendekati meja mereka.. Fateeh mengangguk.. Selesai membuat pesanan.. Pelayan pergi meninggalkan mereka.. Seketika.. Air yang dipesan sudah berada di depan Fateeh..

"ok.. Dah boleh cerita.." fateeh menyandar.. Menumpukan perhatian kepada Eusoff sepenuhnya.

"your queen pregnant.."

Jeda seketika... Tiada sebarang tindak balas antara kedua-dua mereka..

"fateeh.. Kita kena tukar plan.." kata Eusoff lagi.. Fateeh yang diam tadi mula teranguk sedikit.

"tapi confirm ke.. she pregnant.." Eusoff mengangguk..

Dia sendiri bertanyakan tentang ubat yang diambil olehnya di farmasi tempoh hari kepada claudia.. Claudia sendiri menafikan itu bukan lah ubat. Tapi vitamin yang biasanya diambil oleh ibu yang hamil...kini perancangannya untuk menampilkan diri sebagai pewaris ayahanda terpaksa dibatalkan..

"it ok.. Kita tunggu sampai she delivery.. Anyway congrats.." bahu Eusoff ditampar oleh Fateeh. Mereka kemudiannya ketawa.

"tapi lepas ni.. Ada orang yang akan menjaga dia lah.. Kita orang tak akan culik dia macam sebelum ni.. Tapi perancangan yang lain kita masih kena teruskan.." kata fateeh.

"aku tahu.. Orang aku memang tengah awasi mereka.. Beberapa bulan lagi.. Insya Allah boleh tunggu.." balas Eusoff.

"tapikan.. Kalau zulaikha tahu.. Mesti dia akan bantah plan kau ni...kau tak rasa macam tu" tanya fateeh.

"ya.. Tapi ni saja caranya nak umpan ikan besar keluar dari tempat sembunyian dia.. Selama ni.. Dia duduk dalam tu baik je.. Semua yang kita dapat.. Cuma hanya ikan kecil ja..." fateeh mengangguk.

"aku faham.. Tapi aku tak dapat mengagak respond zulaikha nanti.. Takutnya.. Dia mengamuk.. Itu je.." tambah Fateeh.

"InshaAllah dia tak apa-apa.." balas Eusoff.

"ya aku tahu.. Kau boleh handle dia.. Kau tu kunci utama dia" kata Fateeh sambil tersenyum.. Air didepannya dihirup..

"maksud kau" tanya Eusoff.

"mengalahkan kebencian dengan cinta.." kata Fateeh tenang..dengan nada yang perlahan.

"oklah.. Aku nak balik.. Apa-apa.. Cari ja aku ok" putus fateeh lalu bangun bersalaman dan berlalu pergi..

"mengalahkan kebencian dengan cinta" kata itu meniti di bibir Eusoff.. Sekali dia memikirkan maksud yang dikatakan oleh fateeh..

"sejak bila pula fateeh pandai berkias-kias ni.." kepala yang tak gatal digaru.. Lalu Eusoff bangun ke kaunter untuk membuat pembayaran..

"cik.. Nak bayar untuk meja tu" kata Eusoff lalu menunjuk kearah meja yang duduknya tadi.

"dah bayar dah encik.. Kawan encik yang dah bayarkan tadi" kata gadis itu.

"yea ke.. Tak apalah.. Terima kasih"

'bila pulak fateeh bayar.. Ke sebab aku mengelamun ke tadi.. Tak sedar dia pergi bayar'

Eusoff melangkah keluar.. memandu pulang kerumah keluarga aira.. Sampai saja disana.. Aira dan ammar sudah terlena diatas katil Masing-masing tidur sambil berpelukan..

Rambut aira dielus lembut.. Hujung rambut itu dipintal dihujung jari telunjuknya.. Suka dia bermain dengan rambut ikal mayang aira..

"hubby akan tunggu sampai qalbi sedia.. Nak kongsi kan berita baik tu dengan hubby" katanya sambil tersenyum.. Perlahan-lahan dia membongkok satu ciuman singgah didahi aira lama..Kaki melangkah ke bilik air.. Membersihkan diri..

Aira terjaga bila terdengar bunyi air yang mencurah ke lantai.. Dia mengeliat kecil.. Perlahan-lahan menarik lengannya yang dijadikan bantal ammar. Dia memandang jam di dinding... Jam baru nam menunjukkan pukul sebelas.

"qalbi.. Kena bangun" tegur Eusoff.. Yang baru keluar dari bilik air.

"terjaga.. Hubby kemana ja.." tanya aira..

"jumpa fateeh" kata Eusoff.

"kenapa tak jumpa esok saja.. Ni jumpa malam-malam" rungut aira..

"fateeh ada hal esok.. And lepas tu dia nak balik kampung.. Few days.." terang Eusoff.

"boleh qalbii tahu apa perkembangan..."

"nope" belum sempat aira menghabiskan ayatnya.. laju Eusoff memotong.. Terus aira mencebik..

"kejamnya.. Dah la rampas hak orang" bantal terbang mencari sasaran... Terus terkena kepala Eusoff.. Eusoff tidak mengendahkan aira.. Baju disarungkan kebadan seolah tidak ada apa-apa.

"kejam ke.. Apa kata kita.. Hmmmm... Kita tukar.. Hubby bagitahu semuanya progress pasal hal kumpulan.. Qalbi juga perlu share something sebagai petukarannya.. Boleh.." kening Eusoff ternaik keatas berulang kali..

"tak ada benda nak share.." aira bangun keluar dari bilik.. Menuju ke dapur.. Eusoff mengeleng..

"degil betul.. Ammar jangan degil macam mama tau.. Kesian abi.." punggung anak kecil itu ditepuk lembut.

Keesokkan paginya.. Aira yang masih merajuk.. Sampaikan dia ke nurseri dengan Muizz.. Setiap pertanyaan dari Eusoff tak diendahkan.. Pening Eusoff dengan rajuk isterinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience