BAB 94

Romance Completed 107916

Hari berganti minggu.. berlalu dengan aman dan tenang.. Tiada gangguan dari adham lagi.. Adakala aira tertanya sendiri.. Kemana adham menghilang..

'mungkin dia dah putus asa.. Untung lah. Aman sikit hidup..' ngomelnya sendiri..

Bunyi loceng rumah mengejutkannya..

'siapa yang datang..' kaki melangkah keluar dari bilik.. Berjalan ke arah tangga.. Langkah terhenti disitu..

Ramlah membuka pintu mengintai gerangan siapa yang menekan loceng rumah tuannya.

"siapa makcik" tanya aira dari lantai atas..

"budak hantar barang kot.. Kejap makcik keluar tengok.." kata Ramlah.. Aira mengangguk.. Dia turun kebawah.. Ke jendela.. Mengintai keluar..

Kelihatan Ramlah datang dengan sejambak bunga ditangannya.. Dengan wajah tersenyum manis.

"siapa makcik"

"budak hantar bunga untuk aira.." katanya sambil menyerahkan sejambak bunga kepada aira.

Aira menyambut jambakan bunga mawar merah itu.. Dihidunya.. Wangi..jari jemari bermain di kelopak bunga yang sedang mekar itu.. Ramlah sudah beredar ke dapur..

"cantik" kad yang diselitkan diantara bunga mawar ditarik keluar.

"dinner with me...tonight..9.00 pm"aira mengaru kepala.. Dari siapa bunga ni.

"hubby ke.. memang tiap-tiap malam makan sama kan.. Tak apalah tunggu sajalah malam nanti.." Kaki melangkah ke dapur..

"makcik malam ni.. Saya makan dekat luar"kata aira.. Ramlah yang sedang mengelap ruang dapur mengangguk..

Aira naik keatas.. Ammar yang sedang tidur siang diperhatikan.. Dielus pipi anak itu lembut. Hp miliknya berbunyi nyaring. Panggilan dijawap.

" assalamualaikum "

" alhamdulillah.. Aira sihat"

"sekarang ammar tidur lagi.."

"ok.. Boleh saja.. Aira hantar rumah abah nanti.. Jumpa dekat sana esok.. Assalamualaikum"

Panggilan dimatikan..

"ammar.. Esok boleh jumpa papa. Papa nak datang sini...boleh lah ammar main dengan adik ammar.. Safiyya.." wajah bersih ammar diperhatikan.. Lena tidur anak itu. Tenang hatinya..

Malam itu aira sudah bersiap-siap dengan ammar.. Menunggu sesuatu yang dia sendiri pun tak pasti..

PIN.. PINN..

Bunyi hon kereta kedengaran di depan rumahnya.. Dia melangkah keluar.. Ternyata itu kereta milik Qalif dan Josh.. Aira mendekati pagar..

"kenapa Qalif.." tanya aira..

"tuan Eusoff menyuruh kami menjemput puan" kata Qalif.

"baik tunggu sekejap" aira masuk kedalam semula..

Kemudian dia keluar dengan mengendong ammar di pingangnya.. Sebelah tangan menggalas beg tangan di bahu..

Josh keluar membuka pintu di bahagian belakang menjemput aira masuk kedalam kereta.. Suka ammar bila dalat keluar ikut bersama mamanya.

"terima kasih Josh" kata aira.. Josh mengangguk kecil tanpa bersuara.

Berlari kecil josh kearah tempat duduknya disebelah Qalif.. Sebaik sahaja Josh menutup pintu.. Qalif mula menandu.

Kereta dipandu..masuk je jalan raya.. Sepanjang perjalanan.. Suasana didalam kereta hanya sunyi. Hanya kedengaran suara ammar yang menyanyi lagu didi kegemarannya.

Sampai disatu restoran.. Qalif memberhentikan kereta.. Aira sudah melihat kereta Eusoff ada disitu.. Tapi suasana dikawasan itu agak legang..

"puan kita dah sampai.." kata Qalif.. Josh keluar membuka pintu kepada aira.. Keluar saja aira dari perut kereta dia memandang keliling.. Bunyi ombak jelas kedengaran ditelinganya.. Namun dia tidak pernah datang ke sini.

"mari puan.. Tuan dah tunggu didalam" aira mengangguk.. Hanya mengikuti langkah Qalif.. Manakala Josh berjalan di belakang jauh sedikit dari mereka.

Qalif membuka pintu restoran itu.. Mulanya agak keberatan juga aira untuk melangkah masuk.. Kerana keadaan didalam itu agak kelam.. Hanya mengharapkan lampu dari luar restoran tersebut.. Ada juga sinar cahaya dari lilin yang disusun di sudut-sudut..

"awak tak masuk.. Marilah masuk sama" kata aira.. Qalif diam tidak bersuara.. Hanya mengeleng dengan senyuman.

Aira melangkah masuk.. Dipeluknya ammar erat.. Kemana harus dia melangkah. Memang agak gelap.. Ammar mula menyembunyikan wajahnya di bahu aira..

"hubby..."

"hubby..." senyap tiada balasan.

"hubby... Tak kelakar lah.." masih tiada jawapan.. Aira berpaling ke pintu.. Qalif sudah tiada dipintu.. Begitu juga kelibat Josh.

Aira mengeluarkan hp nya.. Lampu dari hpnya dibiarkan menyala.. Disuluh setiap pelusuk restoran tersebut. Ternyata kosong.. Fikirannya mula diisi dengan pekara tidak baik.. Segala pekara negatif mula memenuhi ruang pikirannya.

'adakah aku diculik.. Prank.. Atau apa..' wajah ammar diperhatikan. Dia mencari kekuatan dari wajah itu. Dia hanya memikirkan keselamatan ammar kini

Dia meraba dinding restoran tersebut.. Mencari suis lampu.. Dapat. Ditekan berulang kali.. Semua suis yang terdapat di dinding itu ditekan.. Namun tidak berfungsi..

Aira berlari semula ke arah pintu.. Pintu dikunci dari luar.. Ammar mula menangis.. Aira bertambah risau apabila ammar mula menangis. Makin lama makin kuat tangisan ammar..

"sayang. Syhhh... Mama ada ni sayang.." dipujuknya ammar.. Bila ammar sudah tenang semula dia meletakkan ammar di lantai..ammar hanya tegak berdiri mungkin sebab gelap dia tak berani hendak meneroka kawasan itu..

"sayang berdiri sini kejap.. Yea.." pujuk aira.

Aira berhati-hati mengangkat kerusi.. Dia berlaling keeah ammar.. Dan tersenyum.. Dipastikan anak itu jauh dari pintu.. Aira berjalan kearah pintu dan membaling kerusi itu dengan kuat kearah pintu kaca.. Kedengaran bunyi kaca memecah suasana sunyi.. Ammar yang tadi diam. Mula menangis semula..

"qalbi..." aira tak mengendahkan pangilan itu. Dia mendukung ammar.. Kemudian kedengaran suara orang menyanyikan lagu..

"happy birthday..to you.. Happy birthday to aira zulaikha.. Happy birthday to you.."

Suara nyayian itu timbul tengelam dengan suara tangisan ammar.. Lampu restoran itu tiba-tiba menyala... Tergejut aira memandang wajah ahli keluarganya yang berada didepannya.. Bukan setakat ahli keluarganya.. Keluarga sebelah Eusoff pun turut ada bersama.. Merah mukanya ketika ini..

" surprise qalbii.. Happy birthday" kata Eusoff dengan senyuman manis..

"thank you.. Tu surprise untuk hubby" kata aira menunjukkan kearah pintu kaca yang sudah hancur.. Hanya tinggal bingkai pintu kayu..

Eusoff menepuk dahinya sendiri.. 'kita suprise kan dia.. Dia suprise kan kita balik' Eusoff mengambil tangan aira.. Dibeleknya dengan teliti.. Takut ada luka dimana-mana. Aira yang tahu apa yang dicari Eusoff terus mengeleng. Tangannya menunjukkan kearah kerusi yang tergolek di tepi pintu.. Eusoff mengangguk.. Kepala aira dielus.

"lupa.. You are my wild cute cat" katanya sedikit berbisik di telinga aira. Bertambah merah muka aira ketima ini.

Mereka yang lain hanya ketawa melihat gelagat pasangan itu.. Mereka beramah mesra diantara satu sama lain.. Ini pertama kali mereka bertemu sebagai ahli keluarga.

Aira memang tidak menjangkakan dia akan menerima kejutan daripada Eusoff.. Di hari ulangtahun kelahirannya.. Sememangnya dia sendiri lupa..

Selalunya ulang tahunnya tidak disambut oleh sesiapa.. Hanya dia menerima ucapan dari ahli keluarganya.. Nenek dan wan lah yang selalu memanjakannya.. Kini mereka telah pergi.. Hadir Eusoff menjadi penganti. Dia berpaling memandang Eusoff yang sedang rancak bersembang dengan Muizz dan Christopher.. Eusoff berpaling kearahnya dengan senyuman manis. Senyuman itu...harap kekal terus menjadi miliknya. Aira turut membalas sengan senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience