BAB 54

Romance Completed 107916

"kalau tak ada apa-apa.. abang nak balik dahulu.." kata muizz kepada mastura..

"yealah.. Jangan lupa hari pembacaan wasiat tu" sempat mastura mengingatkan muizz.

Muizz mengeleng kepala.. Malas memikirkan semua itu.. Perlukah waktu sekarang ni..

"yealah-yealah.. Jom sayang balik.." ajak muizz.

Eusoff sudah balik bersama Ariz.. Sebaik saja kerja mereka selesai.. Tak betah tunggu lama-lama selepas aira pergi begitu sahaja.

Masuk sahaja rumah.. Ariz sudah menunggu di ruang tamu..

"abah.. Ariz nak tanya sikit" muizz duduk di sofa..

"tanya apa ariz.. Abang mana" tanya muizz kerana tidak melihat kereta Eusoff diluar.

"abang dah hal.." muizz mengangguk.

"kak Aira kemana.. Abah.." tanya ariz.. Zarina duduk disebelah suaminya. Aliya sudah naik keatas.

"ada benda yang perlu zulaikha lakukan.. Nanti dia balik lah" ucap muizz.

"abah.. Bukan ke kumpulan tu dah dibubarkan.. Kenapa libatkan kakak.. Abah tak sayang kakak.." nada ariz berubah sebak.

"ariz.. Kakak kamu adalah pewarisnya.. Kerana zulaikha.. Sama seperti wan kamu ayahanda muhaimin.. Memang kumpulan itu dah dibubarkan.. Sekadar mengaburi mata-mata musuh.. Selepas kematian wan kamu.. Kamu sendiri tahu.. Adik beradik wan kamu.. Semua telah dibunuh.. Bukannya mati kemalangan bagai yang dicipta mereka itu.. Hanya tinggal toksu kamu.. Muzaffar.. Itu pun kerana waktu tu dia ada dekat jepun.. Kalau tak.. Terhapus semua.. Lima beradik tu.. "terang muizz dengan panjang lebar.

Airiz terdiam mendengar penjelasan dari ayahnya.. Dia bangun melangkah keatas.. Masuk kebiliknya.. Teringat peristiwa dikubur.. Lehernya yang dipaut kasar.. Oleh aira.. "kakak akan rindukan ariz nanti" kata-kata itu berulang-ulang di telinganya.. Dahinya turut disentuh.. Tempat ciuman aira mendarat.

"sampai hati kakak nak pergi tak bagitahu ariz" luahnya.

Dari jauh sudah kelihatan bukit yang bakal mereka tuju.. Kereta mula masuk ke lereng bukit kiri kanan hanyalah hutan.. Aira dibawa ke kawasan hutan milik persendirian arwah muhaimin.. Kereta mula mendaki naik bukit tinggi itu.. Sampai di sebuah rumah banglo yang dikelilingi pokok-pokok besar... Aira keluar dari perut kereta..

"masih tak berubah.." ucapnya.. Sambil tersenyum.. Lelaki yang mendengar turut tersenyum.

Aira selalu dibawa kesini oleh arwah muhaimin kesini ketika kecil.. Kerana muizz selalu meninggalkannya bersama muhaimin dan masyitah. Kini terjawab lah kenapa aira selalu ditinggalkan bersama mereka.

Pintu besar rumah banglo tiga tingkat itu dibuka dari dalam.. Rata-rata semuanya adalah lelaki.. Dapat dilihat seorang lelaki separuh abad bangun dari duduknya.. Tersenyum ke arah aira. Lebih tepat lagi.. Ialah Zulaikha.

"assalamualaikum toksu" tangan tua itu disalamnya.

"waalaikummusalam zulaikha.. Mari duduk" ajaknya.. Aira duduk disofa.. Beg galasnya diletakkan di atas riba.. Beg bimbit diletakkan di sebelahnya.

"tak berubah tempat ni toksu" aira memandang sekeliling..

Rumah yang dibina dengan rekaan tersendiri.. Dapat dilihat tingkat dua dan tiga dari ruangtamu..

"tentulah.. ni buah tangan untuk zulaikha" ucap Muzaffar meletakkan satu kotak kayu di hadapan Zulaikha.

Diatas kotak kayu itu terdapat satu simbol iaitu tiga pedang samurai yang tegak bediri dua keris yang bersilang belatar belakangkan sepasamg sayap besar si helang yang nampak garang. Kotak kayu tersebut dibuka.. Terdapat satu cucuk sanggul Jepun yang dipanggil kanzashi dan sikat kayu yang terukir cantik.

"terima kasih toksu.." zulaikha memberikan senyuman..

Seseorang lelaki yang baru turun dari atas berjalan kearah mereka.. Zulaikha memandang tubuh itu..

"assalamualaikum abang fateeh" fateeh turut tersenyum.

"waalaikummusalam ratu" kepalanya ditundukkan sedikit.

"baik lah.. Toksu nak balik dah.. Tak boleh lama-lama dekat sini..bahaya untuk zulaikha..". Muzaffar bangun dari duduknya.

"Fateeh.. Zulaikha dibawah jagaan kamu mulai hari ini.. Tanggungjawab kamu semua.. Faham.. Lama ayahanda menungggu zulaikha untuk tiba.. Setibanya sebagai seorang Ratu.. Waris ayahanda muhaimin.." bergema suara muzaffar sekitar banglo tiga tingkat itu. Mereka semua mengangguk.

Muzaffar berjalan keluar.. Mereka mengirinya keluar.. Muzaffar perlu kembali ke jepun semula.. Kalau dia dekat dengan zulaikha.. Pasti musuhnya mengetahui zulaikha adalah waris utama muhaimin.

Kebanyakkan ahli kumpulan terdiri daripada cucu lima beradik.. Iaitu Muhaimin, muktazim, mustafa, mustaqim, muzaffar.. Fateeh merupakan cucu kepada mustafa. Rasydan lelaki yang ditugaskan menjemput zulaikha.. Adalah Cucu kepada mustaqim.. Manakala muktazim tidak mempunyai sebarang waris. Yang masih hidup hanyalah muzaffar..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience