BAB 8

Romance Completed 107916

Rambut aira yang kini sudah panjang kembali disisir lembut oleh nenek.. Kemudian didendan rapi.. Diselitkan bunga melur dicelah-celah rambut aira.

"aira.. Kalau dulu aira tak potong rambut aira.. Mesti lagi panjang ni.." rambut aira yang siap didendan dilepaskan..sikat ditangan merapikan rambut aira.

"biarlah nek.. Ni rambut aira dah panjang macam dulu.." aira senyum memandang wajah nenek.. Mulutnya menguap sendiri. Tangan menutup mulut. 'rambut yang aira potong dulu tu tanda protes nenek.. Biar rambut baru tumbuh mengantikan rambut lama.. Sebab aira marahkan ibu dan abah masa tu. Sebabkan marah aira nekad potong rambut.. Umpama buka lembaran baru.. Hidup baru bersama nenek" bisik hatinya.

"mengantuk tidurlah.." tahu sangat dengan perangai aira.. Kalau rambutnya dibelai.. Senang sungguh dia terlena. Aira sudah memejamkan matanya.

"ariz.. Nak makan.. Jom makan dengan nenek" ajak nenek. Ariz mengangguk. Dia bangun mengikut langkah neneknya ke dapur.

"assalamualaikum" emir melangkah masuk rumah neneknya. Salamnya tidak dijawab.

Sewaktu dia melangkah melintasi ruang tamu dia melihat satu susuk tubuh sedang berbaring di atas sofa panjang. Dia mendekati tubuh tersebut.

"aira" katanya sepatah.

Matanya meliar memandang tubuh aira.. Kain batik yang dipakai terselak sedikit bahagian betisnya. Menampakkan betis aira yang putih gebu. Dia menelan air liur. Matanya kemudian memandang lekuk tubuh kemudian berhenti di dada aira yang berombak lembut. Segera dia berpaling kearah lain.. Tergugat imannya.

Emir mencapai bantal kecil diatas sofa.. Lalu dibalingkan kepada aira.. Terkena kepala aira.

Aira yang lena diulut mimpi tergejut apabila tidurnya diganggu terus bangun duduk.

"apa ni kacau orang tidur" rungut aira. Matanya masih terpejam..

"nak tidur masuk bilik la.. Buat apa tidur sini" marah emir.. Aira mengenali suara itu. Matanya dibuka perlahan. Yea memang betul tekanya.

"kau buat apa dekat sini.. Arini bukan sekolah pun" bantal kecil dibaling semula kearah emir. Terkena kepada dada emir.

"suka hati aku lah.. Kau kenapa." emir bangun melangkah kedapur meninggalkan aira. Aira kembali memejamkan matanya.

"nenek." tegur emir.

"emir.. Datang dengan siapa.. Mama ke" tanya masyitah.

"tak la.. Emir tumpang kawan.. Ni dari sekolah.. Ada latihan bola tadi" jawap emir.

"meh duduk makan sekali, kamu pergi ambik pinggan."ajak nenek. Emir melangkah ke ruang dapur mengambil pinggan. Ariz yang sudah selesai makan bangun membasuh tangan dan pinggan.

" ariz.. Pergi tengok kakak.. Kalau bangun suruh dia mari makan.. Kalau tidur lagi.. Biar. Jangan kejut dia" arah nenek.. Ariz mengangguk.

Kakinya melangkah ke ruang tamu. Ternyata kakaknya masih lena dibuai mimpi. Dia duduk di depan kakaknya.. Tv dihidupkan.. Suara tv direndahkan.

"kenapa nenek manjakan aira tu. Anak dara.. Time macam ni tidur pulak" ucap emir tidak puas hati.

"emir ni.. Aira tu baru tolong nenek cabut rumput dan kemas dekat belakang..cabut ubi kayu lagi.. Dia letih. Biarlah dia rehat.." jawap nenek. Emir mengeluh masih tidak puas hati. Namun dia diamkan sahaja. Tangan menyuap nasi ke mulutnya.

Petang tu kami makan ubi kayu rebus sambil cicah kelapa parut.. Sedap. Tambah beselera nenek menjamu selera. Emir sudah pulang setelah dijemput oleh mastura.

"aira.." panggil nenek. Aira yang sedang asyik makan bersama ariz mengangkat wajahnya memandang ke arah nenek.

"yea nek" jawap aira.

"nanti lepas exam aira.. Taknak balik runah abah ke" tanya nenek.

"kenapa.. Nenek tak suka aira duduk sini" nada aira mula berubah. Wajahnya yang tadi ceria berubah keruh. Nenek perasan akan perubahan wajah cucu kesayangannya.

"aira.. Jangan simpan perasaan marah dengan abah dan ibu. Tak elok sayang.. Abah dan ibu sayangkan aira" terang nenek.

"aira faham.. Aira tak marah pun.. Benda dah lama nek. Aira pun malas nak pikir" aira berdalih. Padahal hatinya masih bersisa dengan perasaan marah. Dia juga keliru.

"lepas spm.. Aira nak buat apa" masyitah menukar topik..

"awatif ada ajak aira kerja kilang maksu dia.. Lepas habis spm.. Terus masuk kerja.. Kilang tu nak cari pekerja" jawap aira. Nenek hanya mengangguk paham.

"lepas ni.. Maksu nak pindah sini" kata nenek. Membulat mata aira..

"aira macam mana nek.. Kenapa makdu nak pindah sini" tanya aira.

"hmm.. Tu lah.. Maksu nak sewakan rumah tingkat atas yang dia duduk tu.. Sebab ada yang minta nak buat ruang pejabat.." terang nenek. Aira mengeluh. Ariz memandang aira dengan pandangan yang kosong.

"aira tak nak balik rumah abah.." tanya nenek lagi.

"tengok lah nek.. Kalau da sapa sapa nak tumpangkan aira duduk mana mana" jawap aira.

"ariz bg bilik ariz dekat kakak.. Ariz rela tidur luar" segera ariz bersuara. Pecah ketawa aira mendengar kata ariz.

"baiknya adik kakak" rambut ariz digosok kasar.. Habis kusut rambut ariz, aira kerjakan.

"kakak" marah ariz.. Memang pantang kalau orang main rambutnya. Nenek menggeleng melihat dua cucunya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience