BAB 40

Romance Completed 107916

Selepas subuh aira keluar berjalan sekitar taman rumah seorang diri.. Sampai dirumah.. Dia duduk di kerusi batu ditaman rumahnya.. Kolam ikan dipandang..

"menung apa tu" tegur Eusoff. Aira berpusing melihat Eusoff berdiri tidak jauh darinya..

"takla.. Mana temenung.. Aira baru balik jalan-jalan tadi" terangnya.

"sorang-sorang.. Kenapa tak tunggu abang.. Bahaya la.."

"aira dah biasa.. Dulu pun aira jogging.. Ok je" balas aira.

"itu dulu.. Abang tengok aira macam tak sihat.. Takut jadi apa-pa je tadi" jelas Eusoff. Aira membalas dengan senyuman.

"ha.. Sini rupanya.. Jom lah kata nak pergi pasar kan.." ajak zarina yang baru keluar ikut pintu belakang.

"jom lah ibu.. Aira dah siap.." balas aira.

"pasar.. Jomlah naik kereta Eusoff.." pelawa Eusoff.

"Eusoff free ke ni.." tanya zarina.

"free je ibu.. Petang nanti baru nak keluar dengan abah" balasnya.. Aira memandang pelik.. 'abah.. Why dengan abah.. Nak pergi mana dengan abah' wajahnya memandang Eusoff.. Eusoff membalas dengan senyuman.

Sampai saja pasar hari.. Mereka masuk meredah ruang yang sesak dengan manusia yang terdiri dari macam-macam bangsa.

"ibu.. Nak tu.. Teman aira belilan itu .." lengan ibu ditariknya..

"betul ke aira nak ni" aira mengangguk laju. Eusoff yang baru tiba disebelah ibu dan aira memandang kearah benda yang ditunjuk oleh aira. Bersinar-sinar mata aira memandang benda tu.

"apa tu.." tanya Eusoff. Aira hany membalas dengan gelakkan kecil.

"why.. Not funny la.. Benda apa tu" tanyanya lagi.

"tu la belangkas.." muizz bersuara dibelakang Eusoff. Eusoff mengerutkan keningnya. Masih tidak paham.

"abang..please.. Tolong pengangkan.." aira menyuakan plastik hitam kearah Eusoff. Eusoff menyambut walaupun masih teragak-agak.

"benda tu gerak-gerak la" ucap Eusoff

"yea.. Sebab dia hidup lagi" balas aira selamba.

Sedang mereka berselisih dengan orang ramai.. Aira merasakan matanya kelam.. Dia menggeleng-geleng kepalanya.. Pelipisnya dipicit. Lengan ibu dipaut.

" ibu sana kejap.." Aira menunjukkan kearah lorong keluar dari kesesakan manusia. Aira duduk diatas bahu jalan.

"aira ok ke" tanya Eusoff.. Aira mendongak..

"eh mana ibu.. Bukan tadi aira tarik tangan ibu" kepala ditundukkan segera.. Akibat dongakan tadi kepalanya bertambah pening.

"tak lah.. Tangan abang tadi" aira meraup wajahnya.. Malunya..

"maaf abang.. Aira ingat tangan ibu tadi.. Tiba-tiba mata aira kelam tadi.. Boleh tak aira nak minta tolong abang... Tolong belikan air..air manis. " pinta aira.

"ok kejap.. Aira tunggu sini.. Jangan gerak mana-mana" pesannya.

Tak lama selelas itu Eusoff muncul semula ditempat yang dia tinggalkan aira tadi. Namun aira tiada di tempat tersebut.

"Allahuakbar.. Mana pulak budak ni.. Tadi dah cakap suruh tunggu sini.. Mana dia merayau pulak" berlari kecik melangkah kejap ke kiri.. Kejap ke kanan.. Mencari aira..

Sampai satu sudut dia ternampak aira sedang duduk mencangkung menghadap longkang.

"AIRA ZULAIKHA" laung Eusoff. Aira berpaling.

"kenapa aira dekat sini..bukan abang kata tunggu dekat tempat tadi.. Kalau hilang tadi macam mana.." marah Eusoff mukanya sudah merah menahan marah.

"nak air.." pinta aira lembut.. Air diberikan. Sekali lagi aira muntah. Eusoff melihat terus tergejut. Nak tolong gosokan belakang... Rasa tak sesuai pula.. Dia mengaru belakang lehernya.

"aira ok ke ni.." aira tidak menjawap.. Hanya tangan aira yang diangkat sebagai isyarat ok.

"hello ibu.. Yea ada dengan Eusoff.. Baik kita jumpa dekat kereta.." aira memandang Eusoff yang masih berwajah ketat..

"ibu ke call" tanya aira.. Eusoff mengangguk.

"boleh jalan ke ni.." aira mengangguk..

"lepas ni.. Kita ke klinik" kata Eusoff. Aira menggeleng.

"aira ok.. Rasanya sebab perut kosong.. Tak makan apa lagi.. Tu yang muntah.." alasan aira.

"degil betul lah.. Suka buat orang risau kan.." aira memandang Eusoff.

'marah ke..kenapa nak marah' aira merungut sendiri.

"apa pandang-pandang.. Klinik.. No more excuse" lengan baju aira ditarik oleh Eusoff.

"aira jalan sendiri..." lengan bajunya direntap. Dilihatnya Eusoff mengeleng.

Sampai dikereta mereka berdua hanya diam.. Ibu dengan abah memandang hairan.. Tambah hairan lagi apabila kereta membelok masuk ke selekoh yang terdapat sebuah klinik.

"kita singgah sini kejap.." ucap Eusoff.

"nak buat apa dekat sini.. Eusoff tak sihat ke" tanya zarina.. Muizz memandang Eusoff.

"bukan Eusoff ibu.. Tu sebelah ibu" balas Eusoff. Zarina memandang aira.. Aira mengangkat bahu.. Sambil mengeleng. Pintu aira dibuka dari luar oleh Eusoff, Aira turun.

"abang sengaja kan.." jari telunjuk diarahkan kearah Eusoff. Zarina dan muizz yang turun di sebelah sana masih menunggu.

"jom.. Tak baik biar ibu dengan abah tunggu" kata Eusoff. Aira pasrah.. Hanya menurut.

Langkah mereka berempat dituju masuk kedalam klinik. Selepas selesai daftar.. Mereka menunggu diruang menunggu. Nama aira dipanggil.

"jom ibu teman.." zarina bangun mengikut aira masuk kedalam bilik rawatan..

Sementara Eusoff dan muizz menunggu diluar.. Eusoff menceritakan apa yang terjadi dipasar tadi kepada muizz.

Tak lama selepas tu.. Zarina keluar bersama dengan aira.. Aira hanya beriak biasa.. Zarina dari tadi senyum sampai ke telinga.

"macam mana.. Aira ok ke.. Doktor cakap apa.." tanya muizz setelah melihat zarina dan aira diam.

"entahlah.. Doktor dalam tu baik betul.." jawapan zarina.

"ish awak ni.. Saya tanya aira.. Bukan doktor dalam tu" tanya muizz tidak puas hati.

Nama aira dipanggil pula di kaunter ubat.. Kali ni Eusoff lantas bangun ke kaunter.. Dia membayar bil dan terkebil-kebil memandang satu foto hitam putih yang diberikan kepadanya.

"abah.. Tengok ni" foto tersebut diserahkan kepada muizz.. Kemudian zarina dan aira gelak..

"nak kena betul lah dia orang ni.. Boleh main-mainkan kita Eusoff.." marah abah.. Eusoff pula senyum.

"jangan lah marah.. Lepas ni kita semua naik pangkat..atok jangan marah.." zarina ketawa.

"jom kita balik.. Aira kena balik rest.. Doktor kata dia kena banyakkan rest sebab tekanan darahnya rendah.. Tu yang tadi dia nak pengsan. Lagipun dia tak sarapan lagi.. Kesian baby" terang zarina.

"jomlah... Kita pergi makan.. Baru balik.. Baby nak makan apa.. Abang belanja" tanya Eusoff. Aira pula diam.. Mengaru kepala yang tidak gatal.

"jom.. dalam kereta kita pikir nak makan dekat mana" muizz bersuara. Terdengar mereka begelak ketawa. Suka dengan berita bakal menerima kehadiran ahli keluarga baru..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience