BAB 110

Romance Completed 107978

Berdiri kukuh bagunan lama tiga tingkat.. Masih mengekalkan bentuk asalnya kewujudannya.. Berwarna rona putih.. Tampak klasik dengan rekaan awal semasa kedatangan British.. Keluar tiga susuk tubuh lelaki keluar dari pintu utama bagunan itu..

"tuan nak balik terus ke.. Atau kita ada tempat lain nak tuju" tanya yazid sekadar meminta kepastian.

"kita kesana minum dulu.. Boleh. Macam mana johan.. Boleh ke. Ke kau sibuk" Eusoff bertanya kepada johan.

"aku ok saja.." balas johan dengan senyuman.

"ok kalau macam tu kita singgah minum dulu.. Kamu ikut sekali yazid" arah Eusoff. Yazid akur dengan anggukan kecil.. Dia melangkah mengikut dari belakang dua lelaki itu.

Mereka bertiga sampai di cafe yang berada tidak jauh dari situ dengan hanya berjalan kaki.. Sebaik saja selesai memesan minuman.. Yazid dan johan saling berpandangan.. Eusoff yang duduk didepan mereka sedang asyik memandang phone digengamanya..

"kenapa ni.. Tanya jelah, aku tahu kamu berdua ada banyak benda nak tanya kan.." kata Eusoff.. Masih fokus dengan phone ditangan..

"kenapa Eusoff.. Kau nak balik Itali ke.."tanya johan perlahan dan berhati-hati.

" takla..."sepatah jawapan yang diberikan Eusoff.. Membuatkan johan dan Yazid saling berpandangan lagi..

" tapi kenapa tadi.. Dekat office danial.. Kau tukar semuanya atas nama aira.. I mean.."

" she deserves to have all that... She my queen " terangguk-angguk kedua lelaki didepan Eusoff..

"ohhh... Aku ingat kau nak balik itali ke apa tadi.. Tiba-tiba saja kau buat keputusan macam ni.." kata johan dengan gelakan kecil.. Bahu yazid turut ditepuknya.. Yazid pun turut ikut gelak bersama..

"hmm... Lepas ni.. Boleh la kau uruskan business aku dengan dia.. Incase lah kalau aku kena balik itali.. Kau boleh cari dia.."kata Eusoff sambil ketawa.

" saya pula tuan" tanya yazid..

"kau boleh teruskan kerja kau macam biasa.. Anyway.. Budak-budak kau.. Aku sangat berpuas hati.. Kalau aku balik itali ka.. Apa ka.. Hmm kau akan terus jaga puan.. Dan anak-anak aku.." kata Eusoff..

"saya senang berkerja dengan tuan.. Insya Allah saya akan jaga amanah tuan sebaik mungkin" balas yazid.

"lepas ni aku nak jumpa fateeh dekat office dia.. Kau macam biasa ikut aku.. Johan boleh balik dulu...kau balik rumah saja.. Tak payah pergi resort.. Aku bagi kau rest sebab dah teman aku arini.." putus Eusoff..

"tapi. Aku ada kerja sikit lah.. Nak kena masuk office.." potong johan.

"kau ni.. Workaholic sangat.. Aku takut kau tak sempat nak rest..nantinsakit jangan salahkan aku" tegur Eusoff.

"hahahaha... Mana ada.. Aku takpa.. Bujang lagi.. Balik rumah pun bukan ada siapa tunggu.." gelak johan lagi.

"khawin lah kawan.. Dah tua" yazid mencelah. Mati gelakkan johan dengan teguran dari yazid.

"kau pun sama yazid... 2x5.. Dua-dua tak khawin lagi.." Eusoff pula bersuara.

"eh. Tuan.. Tak.. Tak sama.. Saya sekurang-kurangnya ada awek jugak.." yazid tersenyum menampakkan lesung pipitnya.. Diwajahnya yang manis.

"yealah.. Kau menang.." kata johan mengalah sambil mengacau air jus tembikainya.

Eusoff hanya memang dua lelaki didepannya.. Dua orang yang dianggap sahabat.. Johan yang paling rapat dengannya.. Sudah dianggap serupa keluarga sendiri.. Manakala yazid.. Yang lebih banyak diam daripada bercakap.. Kedua-dua mereka adalah yang paling setia dan amanah dengannya..

"jom yazid.. Aku takut lambat nanti Fateeh balik" kata Eusoff. Yazid tidak membantah.. Dia menurut.

Mereka bersalaman.. Lalu keluar dari cafe tersebut.. Johan membawa haluannya sendiri ke resort.. Manakala Eusoff dan yazid menaiki sebiji kereta ke tempat fateeh.

Setelah meredah jalan raya yang mula sesak dengat kenderaan.. Akhirnya mereka tiba di pejabat Fateeh.. Syarikat fateeh yang menyediakan perkhidmatan logistik dan pengangkutan udara, laut dan darat.

Syarikat yang pernah dimajukan oleh lima beradik sebelum ini lumpuh dan musnah sepenuhnya.. Akibat dari tangan-tangan manusia yang penuh hasat dengki, cemburu akan mereka.. Kini syarikat itu diberi nafas baru dan diusahakan oleh salah seorang cucu dari lima beradik itu.

Pintu bilik Fateeh diketuk.. Fateeh yang sedang menunduk meneliti dokumen yang memerlukan pengesahannya.

"masuk.. Masuk" katanya.. Pintu kedengaran dikuak.. Derapan kaki turut kedengaran ..

"yea nak apa" tanyanya.. Masih meneliti dokumen diatas mejanya.

"assalamualaikum"

"waalaikummusalam" wajah diangkat..

"oh Eusoff.. Duduklah.." pelawanya.. Mereka bersalaman.. Yazid yang sedia berjaga dipintu sekadar menunduk sedikit memberi hormat.

"sibuk ke.. Aku menganggu ke.." tanya Eusoff.

"biasalah.. Takla sibuk mana.. Jom duduk disofa" pelawanya lagi... Eusoff yang masih berdiri melangkah ke sofa.

"yazid.. Kau boleh tunggu dekat luar sekejap.." kata Eusoff sebelum melabuhkan punggung disofa.. Yazid mengangguk faham.. Dan melangkah keluar dari ruang bilik pejabat Fateeh.

"apehal.. Tiba-tiba je. Everything ok kan" tanyanya.. Eusoff tersenyum.. Sambil mengangguk kecil.

"nak coffee.. Aku.."

"tak usah. Aku baru minum saja.. Duduk lah. Aku taknak ambil masa kau lama.." kata Eusoff. Fateeh turut duduk bertentangan dengan Eusoff.

"I'm ready.. Kita proceed.. Seperti yang kita bincangkan sebelum ni" kata Eusoff.. Fateeh yang sedang duduk bersandar terus terduduk tegak.

"serious la.... Aku ingat lepas kau dah ada si twins.. Kau akan batalkan apa yang kita bincang sebelum ni.. Are you really sure about this.. Kau dah bincang dengan zulaikha.." kata Fateeh tajam dan lantang

"aku tak pernah cakap nak batalkan plan kita yang sebelum ni.. Aku cuma kata nak tangguhkan.." balas Eusoff.

"aku tahu.. Tapi... Kau dah bincang dengan zulaikha.. Dia setuju ke dengan cadangan kau ni.." tanya Fateeh.

"takperlulah sampai dia tahu.. Kau jangan risau. Semuanya akan ok.." kata Eusoff dengan senyuman. Namun lain pula reaksi Fateeh.. Yang mempamerkan wajah yang agak tegang.

"it's ok. Kalau kau nak tarik diri..."kata Eusoff seraya bangun..

" no.. Bukan macam tu.. Aku.. Aku ikut.. "akhirnya fateeh memberi kata putus. Membuatkan Eusoff tersenyum puas dengan jawapan dari Fateeh.

" aku balik dulu.. Kau jangan risau.. Semuanya akan ok... Assalamualaikum " bahu fateeh ditepuk.. Mereka bersalam dan Eusoff berlalu pergi keluar dari bilik pejabatnya..

Fateeh terduduk semula di sofanya.. Dia beristighfar panjang. Semoganya baik-baik saja semuanya.. Tak dinafikan Eusoff seorang yang bertekad.. Sungguh payah nak patahkan semangatnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience