BAB 50

Romance Completed 107916

Selepas selesai mengemas baju-bajunya dirumah sewa.. Aira keluar dari rumah itu.

"bagi abang bawa beg tu" pinta Eusoff. Aira memberikan beg yang dipegangnya kepada Eusoff.

"pakcik.. Ni kuncinya" aira menyerahkan kunci rumah sewanya kepada tuan rumah semula..

Dua minggu dia tinggal bersendirian.. Nafis sudah pulang ke kampung.. Apabila permohonan penukarannnya sudah diluluskan.

"perabot dalam rumah.. Saya sedekahkan untuk pakcik.."

"alhamdulillah.. Terima kasih aira.." ucap pakcik Nasier.

"jom kak.. Ada lagi.. Tanya Ariz.." aira mengeleng..

"habis dah..tu last yang dekat Eusoff"

"boleh ke abang.." tanya ariz.

"boleh.."

"kami pergi dulu yea pakcik" Eusoff dan Ariz bersalaman dengan tuan rumah. Aira hanya memberi senyuman kepada pakcik Nasier. Pakcik Nasier membalas dengan anggukan.

Mereka menuju kerumah kedua ibubapa Aira. Nampak saja rumah.. Aira mula berasa berat untuk turun.. Tentang status barunya.. Keluhan dilepaskan. Pintu dibuka.

"kak.. Jom turun" suara ariz mengejutkannya. Lambat-lambat Aira turun.

"aira masuk dulu.. Beg ni biar abang dengan ariz yang bawa.." kata Eusoff.

Kaki melangkah masuk kehalaman rumah.. Sampai dipintu.. Dia mengeluh lagi.

"assalamualaikum" kaki melangkah masuk.

"waalaikummusalam" jawap zarina dan muizz serentak.

Aira senyum memandang kedua-dua wajah didepannya.. Punggung dilabuhkan diatas sofa.

"boleh abah tanya.." tutur muizz berhati-hati. Zarina hanya memandang suaminya. Takut si anak terasa hati.

"apa sebenarnya yang dah belaku aira" lembut tanyanya.

"tiada jodoh abah.." lancar tutur kat aira.

"macam tu saja.. Aira tak berusaha untuk pertahankan rumah tangga aira.. Aira patut pertahankannya aira.. Bukan mengalah.." nada muizz masih lembut seolah memujuk.

"abah.. Memang semua ni berat abah.. Tapi ini kebaikan bersama abah.. Aira tak nak aibkan sesiapa.. Harap abah faham.. Aira tak nak burukkan dia.. Atau siapa - siapa.." jelas aira..

"Allahuakbar.. Maksud aira.. Ada orang lain.. Siapa yang cuba aira selindungkan.. Bagitahu ibu.." zarina yang dari tadi diam terus menyampuk. Riuh kedengaran suara Zarina.

Eusoff dan ariz yang baru melangkah turut tergejut mendengar suara zarina yang kuat itu.

" ibu.. Benda dah jadi ibu.. Talak dah dilafazkan." terang aira.

"astaghfirullah.." terus zarina menekup mulutnya.

Namun disana... Berlainan pula...

PANG.. Terteleng kepala Nafis.. Pipinya terasa pedih.

"mak dah cakap.. Mak tak terima dia jadi menantu mak" tengking Razita kepada anaknya Nafis. Jari ditunding kearah shafinas yang kaku berdiri.

"mak.. Tak boleh buat macam tu.. Nafis dah nikah dengan dia mak.." rayu Nafis. Melutut dikaki, tangannya memegang kaki ibunya.

"mana Aira.. Mak nak Aira.. Dia menantu mak.. Bukan perempuan ni".. Laung Razita.

"Nafis dah ceraikan dia.."

PAKK..PAKK..PAKK

Belakang Nafis dipukul oleh Razita sekuat hatinya.. Walaupun sakit.. Nafis hanya bertahan.. Dibiarkan dirinya dipukul oleh ibunya.

"kau tengok perempuan.. Kau buat aku pukul anak aku.. Kau suka kan" kepala shafinas ditunjal-tunjal dengan jari telunjuknya.

"mak.. Jangan buat macam tu.. Inas tu mengandung mak.." kata nafis. Terduduk Razita mendengar kata yang keluar dari mulut anaknya.

"kau bodoh Nafis.. Apa yang kau nampak dari perempuan sundal ni.." marah Razita tangannya menampar merata tubuh Nafis.

"Nafis cintakan dia mak.. Nafis tak boleh tipu perasaan Nafis ni lagi.. Boleh tak mak cuba faham Nafis. Kali ni je mak.." pinta Nafis.

"dulu kau juga pernah kata macam tu nafis.. Lepas tu kau tengok dia buat apa dekat kau.. Dekat keluarga kita.. Dia kena tangkap basah.. Dengan lelaki kaya tu.. Dia tinggalkan kau.. Kau lupa.." marah Razita.

Naim datang menghampiri isterinya.. Ditarik isterinya bangun.. Didudukkan di kerusi.

" nafis.. Sudahla..kamu bawa dia masuk kedalam bilik.." arah naim sambil menunjuk ke arah shafinas yang masih menunduk.

Nafis menurut.. Shafinas yang sedang kaku bediri ditariknya masuk.

Adham yang mendengar sudah tersenyum sinis.. Bagus kerja kau shafinas.. Shafinas turut membalas senyuman sinis adham dengan senyuman semasa mereka melintas sebelum masuk ke bilik.

"awak tu tak patut buat anak orang macam tu.. Tak dengar Nafis cakap apa tadi.. Dia mengandung" naim menengur isterinya.

"kesian Aira abang.. Tengok apa Nafis buat dekat aira.. Boleh pulak dia ceraikan aira.. Kahwin dengan perempuan sundal tu.. Geram saya ni abang" marah razita.. Tangannya mengengam erat kain batiknya menahan amarah.

"haii sabarlah..nak buat macam mana.. Benda dah jadi"

"ada anak laki seorang.. Dari kecil suka buat perangai.. Ada saja dia nak menyusahkan kita.." rungutnya.. Air mata mula turun dari matanya..

Naim menarik isterinya.. Diurut perlahan belakang isterinya..

"sudah-sudah.. Nanti awak tu sakit kepala.. Benda dah jadi.. Kita doa banyak-banyak.." pujuknya..

"aira masih dalam iddah.. Saya nak Nafis rujuk semula.." walaupun masih menangis.. Dia masih betah bersuara.

"sudah-sudah.. Nanti kita pikir" naim mula mengeluh.. Tau yang isterinya sudah terlampau sayang akan aira.. Ditepuk-tepuk belakang isterinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience