BAB 39

Romance Completed 107916

"ibu.." Aira melangkah masuk kehalaman rumah mendapatkan ibunya yang sedang berehat ditaman. Tangan Zarina disalam.

"aira..bawa beg lagi ni. Nak pergi mana.." tanya zarina.

"aira ingat nak tidur sini.. Minggu ni.. Nafis tak ada.. Ada kursus.. Malas duduk rumah sorang" terang aira..

"oh.." zarina mengangguk. Piring yang terisi buah mangga muda disua kepada aira. Aira menggeleng.

"abah mana ibu.." tanya aira.

"abah keluar dengan Eusoff.. Ada kerja sikit" aira mengangguk..

"ibu.. Esok aira nak ikut pergi pasar boleh" zarina memandang anaknya pelik..

"boleh je.. Nak cari apa dekat pasar" aira membalas dengan mengangkat bahu.

"aira nak masuk tidur kejap ibu.. Sakit kepala" aira melangkah masuk ikut pintu belakang.

"makan ubat tak lagi..nanti biar melarat pulak.."

"dah makan tadi.." zarina mengangguk.

Aira masuk ke biliknya.. Beg baju diletakkan diatas sofa biliknya.

Muizz dan Eusoff yang baru pulang.. masuk kedalam rumah.. Salam diberi namun tiada sahutan..

"mana ibu ni sunyi saja.. Jom lah kita masuk" ajak muizz. Eusoff menurut.

"abah nak mandi dulu..kita bersiap.. Nanti kita solat zohor dekat surau.." Eusoff mengangguk.. Kaki melangkah ke bilik. Tombol pintu dipulas.. Pintu bilik dikuak.. Kaki melangkah masuk..

"abang dah balik.. Eusoff mana" tanya zarina yang sedang melipat baju didalam bilik.

"masuk bilik.. Nak mandi kot.. Kejap lagi kami nak ke surau, solat zohor dekat sana" tenang muizz berkata.. Seluarnya sudah dilucutkan digantikan dengan tuala.

"allah abang.. Aira ada dalam bilik" berlari zarina keluar.. Diikuti oleh muizz.

Tanpa sebarang amaran pintu bilik terus dibuka. Kelihatan Eusoff sedang membuka butang baju pakaiannya.. Zarina berpaling memandang kearah katil.. Aira masih nyenyak tidur.

"Eusoff.." panggil zarina perlahan.. Sambil tangannya diletakkan di mulut supaya senyap.

"kenapa ibu" Eusoff membutangkan semula bajunya yang baru dibuka tadi. Zarina menunjukkan kearah katil.. Eusoff memandang.. Ada satu susuk tubuh sedang terbaling diselimut sampai keparas bahu.. Kakinya melangkah membuka penghawa dingin.. Kemudian dia melangkah keluar.

"maaf ibu. Eusoff tak tengok ada aira tadi" serba salah jadinya. Macam mana dia tak toleh langsung kearah katil tadi..

"ibu tak sempat nak bagitahu tadi.. Eusoff mandi bilik air atas yea.. Boleh.." Eusoff mengangguk..

"bila aira datang.. Tak kerja ke harini" tanya muizz yang berada dibelakang zarina.

"tadi.. Tak kerjalah kot.. Katanya sakit kepala.. Nak duduk sini seminggu.. Nafis tak ada.. Kursus.." terang zarina.. Eusoff dan Muizz mengangguk.. Kemudian mereka melangkah untuk bersiap untuk solat di surau.

Tiba waktu makan .. Yang lain-lain sudah sedia di meja makan..

" ariz.. Panggil kakak.. " arah zarina.

" kakak ada.. Kenapa ibu tak bagitahu." melompat ariz mendengar bahawa kakaknya ada di rumah. Aliya mencebik.

" aira tak bangun dari tadi ke sayang" tanya muizz.. Risau.

"bangun.. Tadi dia minum susu.. Lepas tu tidur balik.. Tak makan apa pun" terang zarina.

Aira hanya mengenakan tudung sarung di kepalanya.. Ariz telah memberitahu bahawa Eusoff turut ada untuk makan bersama. Aira keluar dari bilik sambil lengannya dipeluk oleh Ariz. Kalah pasangan bercinta.

"amboi... Bukan main yea.. Berkepit dengan kakak dia" tegur muizz.

"entah lah abah.. Abah kena khawinkan ariz ni kot.. Baru dia tak melekat dengan aira.. Baru dia melekat dengan bini dia.." usik aira.

"biarlah.. Kakak bukan ada sini selalu.. Selalu berkepit dengan abang nafis.. Peluang jangan dilepaskan" ariz menarik aira duduk disebelahnya. Mereka yang lain hanya menggeleng dan ketawa.

"dah duduk makan.." zarina menengur.. Kalau tunggu nak bersembang.. Jenuh kebulur semua.

Tangan diangkat dan doa dibacakan.. Selesai doa diaminkan.. Mereka mula menjamu selera.

"aira.. Tambah tu.. Kenapa makan sikit sangat." tegur muizz. Aira mengeleng.

"nak sambal udang ni.." Eusoff mempelawa lauk didepannya.. Aira langsung tak menyentuh lauk tersebut. Aira mengeleng. Kemudian tersenyum.

"aira dah kenyang lah..aira bangun dulu" aira bangun kesingki. Membasuh pinggan.. Cawan dicapai.. Tangan laju membuat milo panas.. Kemudian aira duduk semula ditempatnya tadi.
Yang lain hanya memandang.

"kenapa semua tengok aira.." aira menghirup air milonya.. Wajah satu persatu dipandangnya. Mereka mengeleng. Aira berbisik sesuatu ditelinga ariz.. Ariz mengangguk.

"apa bisik-bisik tu.." tegur zarina..

"tak ada apalah ibu.. Kejap lagi kakak nak layan movie dekat atas.." terang ariz.

"kita jemaah dulu.. Lepas tu nak buat apa.. Buatlah" muizz memberi kata putus. Yang lain hanya menurut.

Selepas solat jemaah.. Aira sudah naik ke tingkat atas menunggu diruang rehat yang ditempatkan mini home teater.

"kejap kak ariz pasangkan.." ariz masuk kebiliknya.. Kemudian keluar bersama satu cd ditangan.

Cerita baru bermula.. Ariz duduk bersebelahan dengan aira.. Aliya yang baru naik ke tingkat atas sempat memberi amaran.. Supaya merendahkan suara.. Dia nak study.. Tahun ni dia bakal memduduki SPM.

"garang betul adik kakak tu yea" usik Ariz..

"jangan usik dia Ariz.. Dia kan nak study.. Biarlah" tegur aira..

"cerita apa ni" tegur satu suara.. Tergejut ariz dan aira..

"john wick" jawap ariz sepatah.. Aira masih fokus memandang cerita yang ditayangkan.

"duduklah abang.." pelawa ariz.. Eusoff duduk dikerusi single bersebelahan dengan aira. Aira membalas senyuman Eusoff.

"kejap.. Ariz nak turun cari kudap.. Kakak dengan abang nak apa-apa tak" Aira dan Eusoff mengeleng.

"abang tak sangka.. Aira suka tengok cerita macam ni.." Eusoff memulakan bicara.

"kenapa.. Tengok aira ni lembik sangat.. Aira suka cerita macam ni.. Layan.." matanya memandang terus di screen.

"nah.." Ariz memberikan air kotak kepada Eusoff dan Aira. Aira berpaling memandang ariz..

"nak tu.." aira menunjukkan sebungkus snek yang dipeluk oleh ariz. Ariz menuangkan snek tersebut didalam mangkuk.

"share ok.." kata airiz.. Dia kemudiannya duduk sebelah aira..

"kakak.. Duduk sini berapa hari.. " tanya ariz..

"seminggu.. Dah diam..kakak nak layan cite ni.." airiz muncung..

Aira menarik manja pipi ariz.. Eusoff memandang kemudian tersenyum. Manja sungguh ariz dengan kakaknya sorang tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience