BAB 48

Romance Completed 107916

"Aira bukan macam tu" kata Nafis.

"Aira huh".. Balas aira. Kedengaran Nafis mengeluh..

Sesungguhnya dia hilang kata-kata.. Dia juga keliru dengan perasaannya sendiri.

Nafis bangun mendekat ke arah Aira.. Tubuh aira cuba dicapainya.. Aira mengangkat kedua-dua belah tangannya.. Nafis yang paham terus menjatuhkan tangannya.

"cakap tak payah nak sentuh-sentuh" tegas Aira. Aira perlukan penjelasan bukannya sentuhan yang bakal mengaburinya..

"abang.. Abang keliru.." suara Nafis antara dengar dan tidak.

"abang cakap apa.." tanya Aira..

"Dia tiba-tiba muncul.. Abang keliru dengan perasaan, hati abang" kata Nafis yang lebih jelas dari tadi.

Aira yang tadi berdiri mula duduk di kerusi.. Air kosong didalam gelas didepannya diteguk. Gelak kecil kedengaran dari Aira.

"dia cinta pertama abang.. Abang cuba.. Cuba untuk lupakan dia.. Tapi abang tak mampu.. Dia ada di dalam hati abang" Nafis meraup wajahnya berkali-kali.

"tapi sebab anak kita.. Abang.."

"bertambah keliru dan serba salah" potong Aira. Nafis mengangkat wajahnya.. Memandang wajah Aira yang tenang duduk dikerusi.

"kenapa dari awal abang terima untuk bernikah dengan Aira.." tanya Aira.

"aira pun tahu kan.. Masa tu abang baru putus tunang dengan Shafinas .. Aira muncul melengkapkan hati abang yang terluka.. Merawat luka abang ketika tu.. Jadi abang terima Aira.." lancar tutur kata Nafis.

"jadi abang anggap Aira ni sekadar tempat melepaskan semuanya. Tempat persinggahan untuk abang melepaskan rasa kecewa abang.. Bila abang dah sembuh dari luka abang tu.. Abang nak tinggalkan Aira, macam tu.." balas aira lantang.

"bukan macam tu Aira.. Aira dah salah faham" pintas Nafis.

"no.. Memang macam tu kan.. Aira setia dengan abang.. Cinta Aira hanya untuk abang sepenuh hati Aira... Namun abang tak jujur dengan Aira. Dari mula abang jumpa dia.. Aira tahu semuanya.. Sengaja Aira nak abang jujur dengan aira.. Tapi abang masih memilih untuk berselindung.. Masih nak sembunyikan semua ni.. " terang Aira. Mata Nafis membulat tidak percaya..

" aa apaa mak sudd aira.. " tanyanya.

" perlukah Aira bagitahu.. Apa yang abang dah buat belakang Aira.. " sindir Aira. Aira bangun dari duduknya..

" kahwinlah dengan dia abang.. Nikahi dia.. Bahagiakan dia abang.. Kita berpisah secara baik.. Kalau itu yang abang mahukan.. Abang takpayah nak tipu perasaan abang.. Bayi Shafinas juga perlukan ayahnya" kata aira sambil memeluk tubuhnya.. Nafis yang bediri terus jatuh terduduk mendengar kata-kata yang terluah dari bibir Aira.

"macam mana Aira tahu.."

"aira dah tahu lama.. Macam mana aira tahu tak payahlah abang tahu.." terang Aira.

"aira nak keluar ke pantai" pintu terus dibuka.. Meninggalkan Nafis didalam bilik sendirian.

Kaki melangkah ke pantai.. Panas terik membuatkan dia hanya duduk dibawah pohon rendang yang terdapat di situ.

Berat hati ni abang.. Sakitnya.. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan ni. Aira lagi tak sanggup melihat abang berpura-pura cintakan Aira. Kerana tak sanggup melihat semua itu aira tarik diri, kerana cinta aira kepada abang.. Tak sanggup lagi melihat abang tersiksa..

"assalamualaikum" Aira memandang wajah yang menengurnya.

"waalaikummusalam." jawap Aira.

"boleh saya duduk sini" tanyanya.

"duduk lah.. Saya pun seorang saja" balas aira..

"mana Nafis.. Tak nampak pun" aira hanya mengangkat bahu.

"kakak" panggil seorang budak..

"maisarah.. Macam mana ada dekat sini.. Ibu mana" aira memandang keliling.. Tiada. 'Ish budak ni.. Berani betul main seorang diri. Aku pulak yang risau'.

"maisarah datang dengan siapa ni.. " maisarah hanya tersengih.

"sarah datang dengan abang.. Tu.." dia menunjuk kearah seorang budak lelaki.. Aiman.

"oh... Aiman tu.. Abang maisarah" maisarah hanya mengangguk. Aira menepuk punggung budak nakal itu. Maisarah sudah berlari sambil gelak mengekek kearah abangnya yang sedang main dengan pasir pantai.

"aira.."

"yea shafinas.. Kenapa" wajah shafinas dipandangnya.

"baik sungguh awak.."

"apa maksud awak ni.. Apa yang baiknya"

"sanggup lepaskan Nafis buat saya.."

"saya lepaskan dia kerana sayangkan dia.. Buat apa saya nak siksa dia.. Sedangkan dia sayangkan awak.. Cinta dia hanya untuk awak. Awak bahagia kan dia untuk saya.. Saya yakin awak mampu.. Lagipun anak awak dalam tu.. Sanggup ke nanti masyarakat melabelkan dia sebagai anak luar nikah.. Atas kesalahan kamu berdua.. Awak sanggup " tanya aira. Wajah polos shafinas dipandangnya. Shafinas mengeleng.

" sudahla tak ada apa yang nak dibincangkan.. Jangan serabutkan kepala saya. Kalau awak nak stay duduk sini baik awak tukar topik.. Atau awak boleh angkat kaki" balas Aira.. Bukan niat nak menghalau..

"maaf, baik saya faham" shafinas duduk diam tanpa berkata.

"apa inas buat dekat sini" tergejut Nafis melihat shafinas dan Aira duduk bersama dibawah pokok besar itu.

"kenapa tergejut ke" sindir aira. Nafis hanya diam. Berdiri dibelakang kedua-dua wanita tersebut. Wajah shafinas sudah berubah masam.

"kenapa tak tanya macam mana first time kami jumpa dulu" kata aira berteka teki.

"maksud aira" tanya Nafis.. Shafinas sudah tak keruan.. Asyik bermain dengan jarinya sendiri.

"dekat klinik.. Sama-sama check-up" kata aira membuatkan wajah nafis menunduk.

"indah sungguh permainan.." ucap aira.

Wajah dua-dua itu berubah masam..

"abang.. Tolong tamatkan permainan abang ni secepat mungkin.." pinta aira depan shafinas.

"nanti aira call someone untuk pick up Aira.." aira bangun. Namun tangannya ditarik oleh Nafis.

"no.. Kita balik macam biasa.. Please.. Apa abang nak cakap dengan mak ayah abang.. Please.." rayu Nafis.

"ok fine" balas aira.

Tahu pulak nak takut.. Dengan mak dan abah. Buat salah tak pikir takut.

Malam itu mereka bertolak ke rumah keluarga Nafis. Keluarga Nafis sudah tiba dirumah petang tadi.. Sepanjang perjalanan kerumah Aira dan Nafis hanya diam.. Seperti orang asing..

Kereta dipakir di halaman rumah. Nafis memandang airah yang tidak memberi sebarang riak itu.

"kita dah sampai.. Hmmm.. Aira.." belum sempat Nafis habiskan ayatnya katanya sudah dipotong oleh aira.

"Aira tahu" katanya dingin. Pintu dibuka. Aira hanya bediri menunggu diluar.

"assalamualaikum.." Nafis memberi salam. Pintu rumahnya dibuka..

"waalaikummusalam.. Masuk-masuk" panggil Razita.

Aira yang baru melangkah masuk terus dipeluk oleh Razita. Aira memaniskan wajahnya.. Tangan Razita disalam. Sebelum telerai, tangan aira terus ditarik oleh Razita. Diajaknya Aira duduk bersama di kusyen.

"sihat aira.. Kenapa nampak susut.. Sepatutnya bertambah bulat..bukan makin susut.. Alah teruk ke aira ooooii" laju pertanyaan yang keluar dari mulut Razita. Aira yang sedang menahan tawa.. Terus meletus tawanya.. Terkebil-kebil Razita melihat aira ketawa.

"mak.. Aira ok saja.. Biasalah ada mual-mual sikit.." jawap aira.

"seronok nampak..." tegur Nafeesa dari belakang.

"oh kakak" Aira bangun.. Nak bersalaman dengan Nafeesa.. Tangan yang disua tidak disambut oleh Nafeesa. Razita terus menarik tangan Aira.

"biarkan dia.. Degil.. Bila orang ajak berubat taknak.. Lapan tahun kahwin tak ada anak.." sindir pedas dari Razita membuatkan nafeeza mengangkat kaki meninggalkan mereka.

Malam itu aira tidur sendiri didalam bilik.. Nafis entah kemana.. Sedang asyik dibuai mimpi dia merasakan tubuhnya ditindih.. Badannya diraba.. Mata yang terlena tadi terus terbuka luas.

Didalam kesamaran malam hanya mengharapkan cahaya daripada lampu tidur. Aira dapat melihat wajah yang berada di depannya. Terus dia menolak kuat tubuh tersebut.

Bunyi kuat akibat susuk tubuh tersebut jatuh berlanggar dengan almari.. Aira bangun terus menyepak tubuh tersebut .. Terdengar suara itu mengaduh.. Pintu bilik dibuka.. Nafis sudah berada didepan pintu.

"kenapa ni Aira" tanyanya.. Wajah aira yang berpeluh itu diperhatikan. Aira diam. Tubuh Nafis ditolak.. Nafis terus masuk kedalam bilik.

"KAU BUAT APA SETAN" tengking Nafis.. Penumbuk singgah dipipi Adham.

"alah.. Nak rasa sikit pun kedekut" bibir yang bedarah itu dilap kasar oleh belakang tangannya.

"kau jangan bagi aku hilang hormat dekat kau" leher baju Adham direntap kasar. Adham hanya ketawa.. Ditempis tangan Nafis kasar.

Sewaktu melangkah keluar dari bilik sempat dia memandang wajah Aira.. Senyum sinis diberikan.

"I like it baby.. You be mine soon" katanya sambil mengelus pipi aira..

PANGG... Terus aira menampar pipi Adham. terteleng kepala Adham.. Adham mengosok pipinya.. Senyum terbit dibibirnya.

"ganas-ganas macam ni.. Abang suka.." katanya sambil ketawa.. Adham melangkah pergi..apabila Nafis menolakknya daripada terus dekat dengan Aira.

"kemas baju.. Lepas subuh kita balik" tegas Nafis.. Aira tak selamat tinggal disini.. Tambah dengan keberadaan Adham. Aira hanya diam. Badan dibaringkan semula. Masih awal sebelum subuh. Nafis duduk dibirai katil meraup wajahnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience