BAB 23

Romance Completed 107916

Seperti yang dijanjikan.. Pertemuan antara keluarganya bersama dengan nafis.

"assalamualaikum"

"waalaikummusalam" mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah milik keluarga aira.

Nafis bersalaman dengan Muizz.. Muizz memperlawa nafiz untuk duduk di ruang tamu. Muizz memerhati anak muda dihadapannya.

Berwajah putih bersih.. Elok rupa paras.. Berambut lurus berwarna hitam pekat. Nampak sopan dan tertib.

Muizz mula bertanya latar belakang nafis sedikit sebanyak.. Nafis menjawap dengan tenang setiap pertanyaan yang diajukan daripada Muizz.

"ikhlas berkawan dengan aira"

"insya Allah saya ikhlas pakcik" jawap Nafis.

"pakcik nak kahwinkan aira dengan kamu.. Mahu" Nafis sedikit terkejut dengan pertanyaan daripada Muizz. Nafis segera mengangguk kepalanya.

"bawalah keluarga kamu datang berbincang tentang pekara ni.. Tak elok tangguh lama-lama.. Benda baik" muizz menepuk perlahan bahu Nafis. Nafis hanya mampu senyum sebaris.

"insya Allah pakcik"

"dah jom kita makan.." ajak muizz.

"borak apa lama sangat.." zarina menengur suaminya.

"biasalah.. Jom makan.. Semua dah lapar kan" ajak muizz lagi.

Selesai makan.. Muizz dan zarina sendiri menghantar Nafis pulang ke rumah sewanya.

"terima kasih pakcik.. Makcik.. Assalamualaikum" nafis bersalaman dengan muizz.

"waalaikummusalam" jawap zarina dan muizz serentak.

Kereta begerak pergi meninggalkan kawasan rumah sewa Nafis.

"macam mana abang.. Abang setuju" tanya zarina. Muizz mengangguk.

"nampak budak tu baik.. Abang dah bagi kata putus.. Kita tengok pula kesungguhan dia"

"yakinnya abang.. Mana abang tahu budak tu baik" zarina tidak puas hati dengan suaminya.

"insya Allah.. Kita tunggu family dia datang. Harap semua baik-baik saja.. Dah tu pilihan aira kan.." ucap muizz sambil senyum kearah zarina.

"ikutlah.. Kalau elok kata abang.. Saya ikut saja" putus zarina.

Seminggu berlalu....

Hp pintar milik Muizz berdering nyaring..

"assalamualaikum"

"waalaikummusalam" jawap muizz.

"maaf la menganggu.. Saya naim.. Bapa kepada nafis.. Boleh kita berborak sekejap"

"oh.. Bapa nafis.. Boleh.. Boleh.. Saya tak buat apa pun ni.. Duduk rehat-rehat saja" muizz menutup buku tebal ditangannya. Duduknya dibetulkan supaya lebih selesa.

"saya nak bincang hal anak-anak kita.. Maaf lah bincang melalui panggilan telefon.. Nak datang untuk waktu terdekat ni tak mampu kerana jauh.. Nak kena pakat dengan anak-anak baru boleh pergi sana.. Kalau tak keberatan saya nak minta tarikh untuk ikat tali pertunangan.. " terang naim.

"saya tak kisah tentang tarikh tu.. Naim pilih lah tarikh.. Pihak kami ikut saja tarikh yang diberikan oleh encik naim.." jawap muizz sambil tegelak kecil di hujung ayatnya.

"alhamdulillah.." kedengaran naim juga turut ketawa.

"benda baik ni.. Lebih baik kita segerakan.. Tak elok lengah-lengahkan.." Tambah naim lagi.

"saya setuju.. Saya ikut kata naim.. Kalau fah dapat tarikh yang sesuai.. Jemputlah datang rumah saya.. Kita bincang selanjutnya nanti" ucap muizz.

Zarina yang baru melangkah masuk kedalam bilik hanya memandang suaminya, telinganya mencuri mendengar perbualan telefon tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience