BAB 18

Romance Completed 107916

Empat tahun berlalu..

Deringan hp mengejutkan aira..

"assalamualaikum sayang.. Buat ape tu".

"waalaikummusalam.. Tak buat apa.. Baca majalah je tadi.. Kenapa abang call.." aira tegelak kecil di hujung ayatnya.

"saja call rindu.. Saya nak bagitahu sayang ni... Saya akan ke sana.. Nak cari kerja dekat sana.." terangnya.

"serius.. Jangan melawak.." tanya aira. Posisinya yang tadi menirap sudah bangun duduk.

"serius lah.. Aritu sayang kata ada kosong kan tempat kerja sayang.."

"yea.. Betul.. Ok nanti sayang tanya.. Sayang cari rumah sewa sekali yea" ucap aira. Hatinya berbunga riang.

Selepas tamat belajar aira kini berkerja di pejabat induk satu pasaraya besar. Sebagai seorang kerani akaun.

Hubungannya bersama nafis sudah hampir empat tahun.. Ada juga Nafis datang bertemu dengan aira. Aira pun curi-curi keluar berjumpa dengan Nafis.

Aira keluar melangkah ke tingkat atas.. Mencari Ariz.

Tokk..Tokk..Tokk..

Pintu bilik Ariz diketuk. Pintu dikuak sedikit. Kepala Ariz terjengul keluar sedikit.

"kakak.." ariz mengosok matanya.. Masih mengantuk.

"kakak nak cakap kejap.. Nak minta tolong.. Boleh" ucap aira.

"masuk lah kak.." ajak ariz.. Pintu dikuak lebih besar. Aira masuk melangkah kedalam bilik ariz. Punggung dilabuhkan di atas kerusi belajar milik ariz. Ariz menutup pintu biliknya.. Dia duduk di birai katil.

"kakak nak cakap apa" tanya ariz.

"tolong kakak cari rumah sewa.." jawap aira.

"rumah sewa.. Why?".. Tanya ariz. Nadanya sedikit tinggi.. Matanya yang mengantuk tadi terus membulat.. Sudah hilang ngantuknya.

"abang Nafis.. Dia nak kerja sini.. Kena cari rumah sewa untuk dia" sengih aira.

"fuhh.. Ingat kakak yang nak pindah tadi" ariz mengelap dahinya dengan belakang tangan.

"merepek lah ariz ni.. Macam mana boleh ke.. Ariz ada kawan tak yang tau kat mana ada rumah sewa.."

"hmm.. Nanti ariz tanya kawan ariz.." jawap ariz.

"ok thank you sayang" pipi putih ariz dicubit manja..

"thank you je.."

"la... Habis tu nak apa. Kiss.." ucap aira kemudian ketawa kuat. Ariz mencebik.

"kiss pun boleh..." giliran ariz pulak ketawa. Mati ketawa aira.

"mengada lah ariz.." lengan ariz ditampar.

"ok.. Belanja makan.. Kalau dapat rumah sewa nanti.. Macam mana.. Deal.." ariz menyuakan tangannya.

"ok.. Set.." tangan ariz disambut. Kemudian digoncangkan.

"suka lah tu.. Buah hati dah nak duduk depan mata.. Kan.. Kan.." ariz menjongket keningnya berulang kali..

"biasa je lah.." jawap aira. Aira bangun melangkah keluar bilik ariz.

"ariz.. Satu lagi.. Make it secret between us.. Please.." ucapnya.. Sebelum pintu bilik ditutup.

"ok.. Paham" ariz tunjuk gaya menzipkan mulutnya. Aira mengangguk kemudian berlalu turun kebawah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience