BAB 32

Romance Completed 107916

Sepanjang diatas motor aira dan nafis hanya diam.. Aira hanya memeluk tubuhnya di belakang. Motor diberhentikan di tebing sungai. Aira yang teruja turun memandang air sungai yang mengalir.. Tanpa menunggu nafis, aira berjalan menurun ke sungai.. Kasut dibuka kakinya sudah masuk kedalam air.. Punggung nya dilabuhkan diatas batu.

"lajunya.. Dah duduk dalam air" kata nafis yang baru turun dari motor..

"suka" tanyanya. Aira masih diam.

"sayang marah ke.. Abang minta maaf" aira masih diam.. Adakala tangannya menepuk-nepuk sedikit air yang mengalir jernih itu. Nafis meraup wajahnya kasar.

"sayang ingat tak.. dulu abang ada bagitahu sayang.. abang pernah bertunang.. Inas tu bekas tunang abang.. Sebelum ni abang dengan dia hanya kawan baik.. Kawan rapat.. Masa tu jugak kita baru kenal dekat media sosial.." nafis duduk di atas batu mengadap aira.

" inas tu.. First love abang? "tanya aira.. Dia mula memanggil memori lamanya didalam benaknya. Sambil tangan mengarut pelipisnya.

" yea sayang.. Tapi dia masa silam abang.. Sayang tu isteri abang.. My future.. Bakal ibu kepada anak-anak abang.. "nafis memandang tepat kedalam mata aira. Aira mengalihkan pandangannya.

" abang masih sayang dia.. Cintakan dia"tanya aira. Jantungnya kini berdetak kencang. Takut nak mendengar jawapan daripada nafis.

"dulu lah sayang.. Sekarang perasaan tu dah tak ada.. Hanya ada sayang.. Sampai habis nafas abang"

"kenapa abang putus tunang dengan dia.."

"sayang.." kalau boleh nafis mahu mengelak untuk menjawap soalan tersebut.

"answer me first"

"ok.. Hmm.. Something happen.. Sekarang dia dah kahwin .. So sayang tak payahlah jealous sangat.. Bini orang tu sayang" nafis bangun bediri didepan aira. Pipi aira dicubit manja oleh tangan nafis yang basah.

"dah kahwin.. Betul ke.." tanya aira tidak pecaya.. Nafis mengangguk.

"abang tu galak melayan dia kenapa.. Gatal sangat" aira bangun dan..

Duusshhh... Aira menolak nafis sampai terjatuh kedalam air.

"main kasar yea.." nafis bangun menstabilkan tubuhnya.. Dipeluknya aira. Kemudian Nafis menjatuhkan badannya kedalam air.

"apa abang ni.. Basah" marah aira.. Nasib tak kena batu.. Kalau tak benjol kepala.

"kata nak mandi sungai kan.. Kita mandi lah ni.." usik nafis.. Memeluk aira didalam air.

"ish.. Abang ni.. Jauh-jauh sikit" kepala nya memandang keliling.. Takut ada mata yang memandang. Nafis ni bukan boleh harap. Kelain pulak jadinya nanti.

"kenapa.. Takut.." nafis ketawa kuat.

"gilalah abang.. Ada orang tengok nanti.. Malulah.. Dah la tak bawa baju salin" rungut aira.

Nafis tak mengiraukan aira.. Yang dia sibuk adalah untuk mengusik isterinya. Dipaut pingang aira menarik aira kedalam air sungai. Aira naik ke tebing sungai duduk diatas batu.. Nafis yang menyelam timbul di permukaan.. Setelah mencari kaki aira tiada didalam air.

"aik.. Sudah dah.. Baru nak ringan-ringan.." usiknya sambil tersengih. Aira membulat kan matanya. Tangan mencapai batu kecil lalu dibaling ke air.

"mari mandi puas-puas.. Esok nak balik dah" tangan aira ditarik.. Aira menurut.

Setelah puas berendam.. Mereka duduk di tebing sungai.. Baju yang menitik hanya dibiarkan.

"macam mana nak balik ni.. Abang lah pandai sangat.. Tuala pun tak bawa" rungut aira.

"dah ada orang tu marah.. Abang pun tak tahu nak buat macam mana.. Ni lah habuannya" nafis tergelak kecil.. Aira mengeluh. Ni kalau balik.. Mau malu kat orang kampung.

"kita tunggu kejap.. Nanti kering lah ni" ucap nafis.. Pipi aira dicium sekilas. Tangan masih erat memengang tangan aira.

"abang.." aira kalut memandang kiri dan kanan.

"jangan risau.. Tak ada orang.. Kalau ada pun biarlah" nafis ketawa lagi.. Suka mengusik aira.. Memerah wajah aira.. Tangan aira diciumnya.

"abang.."

"yea sayang"

"hmm... Sayang ada benda nak bagitahu ni"

"benda apa.. Cakap lah" nafis memandang wajah aira. Yang berubah serius.

"tadi.. Masa abang tidur.. Abang adham.. Dia pengang belakang sayang.." luah aira.

"oh.. Dia memang macam tu.." selamba balas nafis.

"no abang.. Sayang serius.. Sayang tak suka.." tegas aira. Gengaman tangan dieratkan menyatakan perasaannya.

"sayang.. Mungkin dia anggap sayang tu macam adik dia.. Dia pun mesra macam tu dengan kak natrah dengan kak naura..jangan pikir sangat. Think positive ok.." balas nafis.. Pipi aira dielus lembut.

'think positive.. Seriously.. Dah macam kucing nak mengawan dah tengok muka si adham tu..' muka aira masih menunjukkan tidak puas hati.

" sayang.. Macam ni.. Apa kata Sayang cuba elakkan.. Dari bertembung dengan abang adham.. Sayang pun tahukan.. Kak nafeesa tu macam mana. Bukan boleh nak tegur.. Kang tegur melenting pula.. Tambah pulak abang adham tu yang menanggung ahli keluarga abang sekarang.. Keluarga abang banyak terhutang budi.. "tangan aira dicium lagi. Aira mengangguk paham.

" jom lah balik.. Baju dah kering sikit kan... Nanti malam.. Kita pergi pasar malam.. Nak? " nafis menjongket kan keningnya.

"ok.. Nak" aira memeluk lengan Nafis. Mereka berjalan ke motor.

Kalini aira memeluk tubuh nafis ketika menaiki motosikal. Tak macam datang tadi.. Marahnya pun sudah terbang hilang entah kemana.. Hanya tinggal bahagia.. Sepanjang perjalanan pulang mereka tersenyum.. Kadangkala tergelak.. Orang kampung yang melintasi mereka pun memandang hairan. Mana tak hairannya .. Dengan baju yang basah naik moto dalam kampung. Tak pernah dibuat orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience