BAB 134

Romance Completed 107916

Eusoff mundar mandir didalam rumah.. Otaknya kosong tak dapat berfikir dengan waras. Dia merebahkan diri diatas sofa..kedua tangannya meraup wajahnya..

"kenapa.. Kenapa qalbi.." kata yang keluar dari mulutnya..

Dia perlu tenangkan dirinya.. Kaki melangkah naik ke atas.. Masuk ke bilik dan membersihkan diri. Air wuduk diambil sekali.. Lama dia terduduk diatas hamparan sejadah.. Setelah selesai solat.

'Allah hu.. Kenapa aku boleh tak ingat..'

Lalu dia bangun mengambil telefon bimbitnya yang masih berada didalam poket seluar yang diletakkan di sofa biliknya.

Satu aplikasi dibuka.. Dia sudah dapat tahu kedudukan aira.. Dan anak-anaknya. Segera dia menempah tiket untuk destinasi tersebut .

' jauhnya bawa diri sayangku.. Baiklah lepas ni hubby janji.. Akan bayar balik semua... Akan ku tawan hatimu semula ratuku' Eusoff tersenyum sambil mengemas barang keperluannya dimasukkan kedalam beg galas.

Eusoff turun ke bawah.. Mencari suami ramlah.. Aidan.

"pakcik.. Betul tak tahu kemana mereka pergi" tanya Eusoff lagi.

"tak tahu nak.. Makcik kamu kata, aira bawa pergi bercuti" jawap aidan.

"pakcik boleh hantarkan saya ke Airport.. Saya nak pergi jemput mereka.." tambah Eusoff lagi.

"Airport" aidan mengaru kepala.

"ya.. Mereka. Ke Itali.. Pakcik" balas Eusoff seraya menyarungkan kasut dikakinya.

"itali" terbeliak mata lelaki sebaya muizz itu..

"ya.. Ya.. Pakcik hantarkan.." sambungnya lagi.

Sepanjang perjalanan aidan menceritakan apa yang berlaku semasa tempoh Eusoff tiada dirumah.. Tapi aidan sendiri tidak mengetahui aktiviti rahsia aira. Kerana isterinya, ramlah menutup rapat rahsia itu.

Eusoff berulang kali menerung jam ditangan sebaik saja masuk kedalam lapangan terbang.. Tak sabar untuk berlepas ke itali.

Telefon bimbit ditangan.. Didailnya nombor aira.. Namun tiada jawapan.. Aira masih marahkannya.. Dia melepaskan keluhan.

Nombor calvin didail.. Tidak berangkat juga.. Dia yakin.. Calvin yang membawa keluarganya ke sana..

Bila dia mendengar pengumuman panggilan untuknya.. Terus dia masuk kedalam balai perlepasan..

Perjalanan yang panjang yang memenatkan ditempuhinya.. Sebaik saja turun di lapangan terbang itali.. Dia terus mengambil teksi.. Tak sanggup dia nak menunggu lama-lama menanti pemandu keluarganya.. Sedangkan kedatangannya tak diberitahu..

Teksi terpaksa menunggu diluar.. Sementara menunggu pintu pagar utama dibuka.. Datang seseorang seperti biasa.. Memeriksa.

Eusoff menjenggulkan kepalanya.. Memberi isyarat.. Akhirnya dia dapat masuk.. Perjalanan dari pagar utama ke rumah agam itu terasa sangat jauh baginya.. Selesai membuat bayaran dia melangkah masuk ke pintu utama.

Diruang utama rumahnya kelihatan para pelayan sibuk mengemas, seperti baru selesai satu acara.. Dia berjalan melintasi para pelayan. Para pelayan menunduk hormat kepadanya..

Eusoff berjalan naik keatas.. Kebiliknya.. Mengharapkan seisi keluarganya berada didalam.. Pintu dibuka.. Bilik itu kelihatan kemas.. Katil yang kemas tak terusik.. Dia memanggil-manggil nama isterinya.. Kemudian nama anak-anaknya.. Tiada jawapan.

Kaki berlari turun kebawah.. Menuju keruang bacaan Christopher.. Pintu bilik itu dibuka.. Christopher berada diruang itu bersama julia dan clara..

"where my wife.." tanya Eusoff. Clara tergelak mendengar pertanyaan Eusoff.

"clara.." julia menegur. Taknak Eusoff tersinggung.

Eusoff mendekat.. Kearah Christopher.. Melutut didepan Christopher.. Membuatkan lelaki itu tersendak.. Wajahnya yang tersenyum tadi berubah menjadi serius.

"she not here.." Christopher bangun dari duduknya lalu menarik bahu Eusoff supaya bangun.

"I know she's here .. Please tell me where she is." rayu Eusoff.

"Yes .. It was, But now she's gone" clara pula bersuara sambil menayangkan senyumannya.

"Where is she going? Tell me.." pinta Eusoff lagi.. Yang lain Masing-masing mengangkat bahu dan saling berpandangan sesama sendiri. Membuatkan wajah kacak Eusoff kembali muram.

Julia yang tidak sanggup melihat wajah muram Eusoff, dia lalu bangun.. Menepuk belakang Eusoff lembut.

" She said .. You will know where she is .. So go look for her." bisik julia..

"mom..."clara merengek.. Mencegah ibunya memberitahu keberadaan aira.

Eusoff memandang julia.. Julia mengenyitkan sebelah matanya..

" what" julia berpaling memandang clara.

Eusoff mengeluarkan telefon bimbitnya.. Memang aira berada di itali.. Tapi.. Eusoff mula merenung point keberadaan aira.. Matanya berkelip berkali-kali..

"rumah ladang.." Eusoff segera keluar..

"Hey..ceaser.." panggilan Christopher sudah tak diendahkan Eusoff..

Eusoff berjalan.. Naik keatas.. Mengambil kunci keretanya... Lalu turun berjalan laju kearah deretan kereta mewah yang dipakir kemas di tempatnya..

Kereta lamborgini merah itu mengaum kuat.. Lalu keluar dari rumah agam dan terus menuju ke destinasinya..

Sementara dilumah ladang.. Milik keluarga O'meiiland.. Anak-anak dibiarkan berlari di padang rumput yang meluas.. Kedengaran suara amna dan amran mengekek ngekek ketawa suka.. Ditemani oleh ramlah dan riana..
Aira sudah hilang entah kemana..

"best kan mak.. Tak sangka kita nak kesini.." kata riana..

"tu lah.." balas ramlah sambil memegang tangan amna.. Memimpin si kecil itu berjalan.

Bunyi derapan kaki kuda jelas kedengaran.. Aira datang menunggang kuda kearah mereka.. Ditemani oleh seorang lelaki yang menjaga rumah ladang tersebut.

"Ammar.. Jom naik dengan mama.." ajak aira..

Ammar mendekat lalu lelaki tadi mengangkat ammar.. Kuda berjalan perlahan mengelilingi kawasan itu.. Setelah puas berpusing.. Aira memberikan ammar semula.. Kepada lelaki tadi.

"I'll ride alone ..." kata aira kepada penjaga tersebut.. Penjaga tersebut mengangguk.

"best ammar naik kuda.." tanya ramlah.. Membuatkan ammar tersipu malu.. Sebelum mengangguk perlahan.. Mereka melihat aira pergi menunggang kuda.. Jauh dan semakin jauh.

Aira menunggang sampai ke bukit kecil.. Dan berhenti disitu.. Dari jauh di melihat sebuah kereta memecut laju masuk ke jalan menuju ke rumah ladang.. Aira mengelus elus leher kuda jantan kelabu itu..

Bunyi enjin kereta mewah itu membuatkan ramlah dan riana berpaling.

Eusoff melangkah keluar dari kereta mewah itu.. Lalu membuka kaca mata hitamnya..

"anak-anak abi.." katanya.. Lalu berlari kearah mereka yang berada di bawah pohon rendang..

"abi.. Abi.." laju ammar berlari.. Diikuti amna.. Cuma amran saja yang berada didukungan riana.

Eusoff medepakan tangannya.. Satu-satu anaknya ditangkap lalu dibawa kedalam dukungannya.. Dicium berkali kali kedua pipi mereka.

"amran.." lalu Eusoff memanggil melihat amran. Diturunkan dua anak itu lalu mengambil amran.. Yang paling manja antara semua. Amran sudah menangis dibahu Eusoff.

"ma.. Ma... Mama.."jeritnya lalu menunjuk kesatu arah..

" makcik.. Mana aira.. "tanya Eusoff.

Ramlah dan riana saling berpandangan dan kemudiannya gelak kecil bersama.

'kenapa.. Kenapa rasa macam asyik dikenakan semua orang sejak dari tadi..' rungut Eusoff.

" ma.. Ma... Ma.. "amran menepuk bahu Eusoff.

" ya sayang.. Mana mama" Eusoff memberi tumpuan kepada amran.

Dia berpaling memandang kearah tunjukkan jari amran.. Matanya mengecil menerung kearah itu..

Kuda kelabu yang ditunggang oleh seseorang.. Seseorang yang berhijap...hujung tudungnya melayang-layang ditiup angin.. Berada diatas bukit kecil tidak jauh dari mereka..

Eusoff memberikan amran kepada riana semula..

"tolong jagakan anak-anak kejap.."

"saya nak kejar mama dia orang.."

Eusoff melangkah ke kandang kuda..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience