BAB 29

Romance Completed 107916

Mereka tiba di kampung.. Elok sampai dihalaman rumah milik keluarga nafis.. Kedengaran suara mak mertuanya memanggil.

"sampai dah menantu mak.." aira menyalam razita. Seperti biasa.. Tubuh aira terus ditarik dan dipeluk erat..

"jom masuk.. Mesti penatkan.. Duduk dalam kereta lama-lama..biar saja nafis angkat semua beg tu.." tangan aira ditarik oleh razita.

"amboi mak.. Sejak bila pula nafis turun pangkat jadi menantu.. Bukan nafis ni anak mak ke.." sindir nafis.

"aira ni petama kali datang.. Kamu tu dah biasa.. Pandai-pandai lah kamu masuk.." razita ketawa diikuti dengan aira.

"ayah mana mak.." tanya aira.

"ayah.. Surau lah time macam ni.. Kakak-kakak kamu.. Kerja.. Tak balik lagi" terang razita.. Aira hanya mengangguk..

"jom kita ke dapur... Kita makan sekali" aira mengikut langkah razita kedapur.

Nafis yang baru selesai memunggah beg dari dalam kereta mencari aira.. Langkahnya menuju ke dapur.

"wah.. Sampai-sampai terus makan yea.." perli nafis melihat aira sedang mencedok nasi ke pinggangnya.

"mari la makan.. Alahai.. Nak kena jemput juga ke.. Ingat dah jadi suami orang ni.. Dah hilang manja dia.. Haish anak betuah.." nafis memeluk bahu razita yang sedang duduk di meja makan.. Pipi razita dicium. Razita menepuk lembut pipi nafis dengan sebelah tangannya.

"tak malu ke aira tengok.. Haish.. Budak ni" nafis mendongak memandang aira depannya. Sambil tersengih. Aira mengeleng sambil tersenyum.

"mak tengok.. Aira ok je.. Siap senyum lagi.." pipi razita dicium lagi.

"sudah.. Sudah.. Pergi duduk makan.." razita menolak tubuh nafis. Nafis tergelak nakal. Mengusik maknya.

"aira..lepas makan ni.. Aira ikut mak yea.. Kita pergi sebelum kakak-kakak kamu yang lain balik.. Nafis ikut sekali nanti"

"pergi mana mak..." malas nafis bersuara.

"ikut je la.. Kejap saja.. Balik dari tu.. Kamu berdua rehat lah.." aira hanya mengangguk.. Nafis pula mencebik..

Selesai makan..mereka mandi dan solat jemaah.. Razita keluar dari biliknya sambil memengang sehelai kain batik yang terlipat elok.

"jom.. Kang nanti lambat pulak" ajaknya. Nafis dan aira hanya mengikut.

Kereta dipakir elok di hadapan rumah kayu lama..

"nak buat apa sini mak.." tanya nafis.. Walaupun dia sudah tahu jawapannya. Wajah aira dipandang. Aira melihat wajah nafis dengan tanda tanya.

"jom turun.. Aira ikut mak" pintanya.. Soalan nafis tidak dijawapnya. Aira hanya mengikut langkah mak mertuanya.

"assalamualaikum kak tijah"

"waalaikummusalam.. Naik lah" sahut seseorang dari dalam.

"kamu ita.. Ni ke menantu kamu.. Cantik orangnya.." puji makcik yang bernama tijah tadi. Aira senyum dan bersalaman dengan makcik tijah.

"ha.. Ni menantu aku.. Isteri nafis.. Aira.. Ni kamu tengok kan lah apa yang patut.." razita menyerahkan kain batik di tangannya kepada aira. Aira menyambut tapi masih tidak memahami maksudnya.

"datang berdua je ke.. Nafis tak datang" tanya tijah lagi.

"ada tu ha.. Dekat luar.. Segan lah tu nak masuk"

"panggil dia masuk.. Kalau tak pun suruh dia duduk dekat tangga tu..tengok dari jauh bini dia.. Tak la nanti dia kata aku buat bukan-bukan dekat bini dia nanti" kata tijah berseloroh.

"nafis.. Mari sini.. Naik duduk sini" nafis hanya menurut duduk di kusyen.. Seperti yang dipinta razita. Dia dapat melihat aira sudah menggantikan seluar dengan kain batik.

"baring sini nak.."pintanya sambil menunjukkan kearah tikar mengkuang yang sudah dilapik kain batik sebagai alas.

" makcik ni nak urut nak.. Kalau sakit tu tahan sikit yea.. Biasalah urut.. Kat mana yang urat bersimpul tu makcik kasar sikit nak betulkan urat.. " lembut bicara timah. Aira mengangguk.

Sesi urutan bermula.. Nafis hanya memandang dari jauh.. Tangan makcik tijah mengurut kaki aira sehingga tangan makcik tijah mula masuk kedalam kain batik aira. Merah muka nafis.. Segera dia berpaling ke arah lain. Razita memandang nafis ketawa sambil mengeleng. Aira pula menikmati setiap urutan dari makcik tijah.. Lega badannya selepas diurut.

"macam mana.. Lega" tanya tijah setelah melihat aira hanya diam dari tadi.

"lega.. Rasa segar.. Tadi duduk dalam kereta lama sangat.. Memang elok sangat mak bawa datang mengurut.." aira ketawa. Kemudian razita juga ikut ketawa.

"macam mana tijah.." tanya razita.

"alhamdulillah tak ada apa sangat.. Biasalah urat bersimpul semua tu.. Aku dah betulkan.. Peranakan pun aku tengok elok.. Insya Allah tak lama ada lah tu.." kata tijah kemudian ketawa.

Aira yang baru tiba dari menukar seluar hanya senyum melihat dua wanita didepannya sedang ketawa.

" kenapa abang" tanya aira kepada nafis selepas duduk disebelah nafis. Nafis mengeleng sambil tersenyum.

"kami balik dulu lah tijah.."

Selesai bersalaman..mereka pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience