BAB 60

Romance Completed 107916

Aira masuk ke dalam rumah.. Mencari kelibat anaknya.. Tiada.. Mana pula pergi budak kecik ni..

"ammar.. Sayang mama" panggilnya. Risau pula.. Mana tahu anaknya diculik oleh papanya sendiri.. Setahun lepas di telah memenagi hak penjagaan anakknya. Nafis kelihatan amat bengang dengan keputusan itu.

"ma.. Ma.. Ma..ma" kedengaran suara ammar memanggil..

"ammar kemana sayang" tanya aira.. Ammar diambil dalam dukungan Eusoff.

"abang bawa dia kemana.." tanya aira.. Ammar mula memuncungkan bibirnya serupa bunga raya tu.. Meminta pipi mamanya.. Aira menyuakan pipinya.. Basah pipi aira dengan air liur ammar.

"abang bawa dia ke taman tadi" kata Eusoff..

"aabi... Abi.. Aaabii" panggil ammar. Eusoff mengambil ammar semula..

"ok lah, duduk dengan abi kejap.. Mama nak mandi.. Nanti mama susukan ammar yea.." aira bangun meninggalkan mereka berdua..

Sesudah mandi dan solat.. Ammar terkedek-kedek masuk ke bilik mamanya..

"pandai pun cari mama.. Tadi nak melekat dengan abi sangat.." ammar menarik kaki aira.. Aira mendukung ammar.. Pipi itu digomolnya..

"jom.. Minum susu.." baju diselakkan.. Ammar mula teruja.. Mainan ditangan sudah dilemparnya.

Aira yang hampir terlelap itu terjaga semula apabila hpnya berbunyi nyaring..

"waalaikummusalam abang fateeh.."

"baik.. Nanti zulaikha pantau dari jauh sahaja.. Baik abang" panggilan dimatikan.

Ammar sudah terlena diperhatikan.. Ditepuk punggung ammar lembut agar tidak terjaga.. Pelahan-lahan ammar diletakkan didalam katilnya..

"abah.. Aira nak keluar" kata aira.. Muizz mengangguk..

Sampai ditempat yang diberikan oleh fateeh.. Aira masuk.. Dipandang keliling.. Dia memilih untuk duduk di salah satu meja.. Air dipesan..

Anak buahnya masuk.. Menengur seorang lelaki yabg berambut perang. Wajah lelaki asing itu aira perhatikan. Lelaki bertatu sepanjang lengannya..

"nice to meet you Mr. Calvin O'meiilland" tangan dihulurkan.. Calvin menyambut tangan itu..

"The weather in malaysia is so hot .. This is my first time here.."katanya sambil ketawa.

" I really look forward to seeing your new leader" kata calvin lagi.

"maybe next time.. You'll will deal directly with him" mendengar itu.. Calvin sedikit kecewa..

"ok maybe next time" katanya hampa.. Dia menyerahkan briefcase disebelahnya..

"Nice to deal with you, Mr. Calvin" mereka berjabat tangan..

Isyarat diberi kepada zulaikha.. Dengan sedikit anggukan..mereka keluar.. Zulaikha mendengar semuanya dengan menggunakan earpiece .. Air di depannya dihirup perlahan..panggilan telefon dibuat.

"assalamualaikum abang.. Dah selesai.. Budak-budak dah on the way balik"

"tak apa.. Zulaikha balik sendiri"

Aira keluar dari situ.. Berjalan menyusuri deretan kedai.. Dapat dia rasakan dirinya diekori.. Ya orang yang sama.. Di segera masuk ke selekoh.. Menuju ke jalan belakang.

"weii... Mana perempuan tu.."

"kau lah lembap sangat... Tadi ada ja dekat sini.."

"korang ni siapa.. Kenapa ikut aku" tanya zulaikha.. Yang baru keluar dari belakang dinding..

"tangkap dia" lelaki itu menjerit.

Zulaikha sudah bersedia.. Menundukkan sedikit badannya.. Menumbuk muka lelaki gempal itu.. Lelaki tinggi itu pula menangkap zulaikha dari belakang.. Diangkatnya aira.. Aira mengangkat kakinya tinggi menendang lelaki gempal di depannya.. Jatuh kebelakang si gempal..

Aira menyiku muka lelaki tinggi itu.. Perut lelaki itu turut disiku sekuat hati.. Terlerai pengangannya.. Terus aira menendang celah kangkang lelaki itu.. Dia meraung kuat.. Aira menyepak-nyepak tubuh itu berulang kali.

Aira mendapatkan lelaki gempal tadi.. Muka lelaki itu ditumbuk nya sehingga berdarah.. Lelaki itu mengaduh sakit.. Minta dilepaskan.

"cakap..siapa upah korang" lantang suara zulaikha.. Perut lelaki itu dipijaknya.

"cakap bodoh" marah zulaikha.. Lelaki gempal itu lembik tidak memberi tindak balas..

"hello Rasydan.. Datang sini cepat" kata zulaikha. Dia memandang lelaki tinggi yang cuba bangun untuk lari..

"kau nak lari.. Aku tanya siapa hantar korang.." Belakang lelaki itu ditendang.. Jatuh tersungkur menyembah bumi.

Rasydan datang dengan anak buahnya berlari mendapatkan zulaikha.. Tergejut dia melihat dua lelaki yang berlumuran darah.. Tak sedarkan diri.

" aku nak kau tanya diaorang.. Sapa yang hantar dia.. Kau settelkan.. Aku nak balik.. " kata zulaikha dengan tegas.

"tunggu apa lagi.. Angkat bawa balik" arah Rasydan kepada anak buahnya.

"zulaikha tunggu.. Kau ada luka mana-mana tak" tanyanya.. Tiada jawapan dari zulaikha.. Zulaikha sekadar mengangkat tangan.. Dia berlalu pergi.

Aira tiba dirumah.. Terdengar suara riuh di bahagian taman rumahnya..

"patutlah meriah saja bunyi.. Semua ada sini" kata aira.. Ammar sedang berjalan terkedek-kedek sambil ketawa apabila aliya acah-acah mengejarnya..

"duduk aira.. Makan buah sekali.." ajak zarina.. Aira angguk.. Dia melangkah ke paip, membasuh tangan.

Aira duduk di kerusi batu.. Buah jambu yang sudah siap dipotong diambil.. Mereka terpandang kekura tangan aira yang memerah itu.. Namun tiada siapa pun berani menegur. Ariz memandang Eusoff, Eusoff memandang Muizz.. Muizz pula memandang Zarina..

"kenapa.. Aira bawa balik hantu ka apa" tanya aira.. Melihat wajah-wajah didepannya memandangnya pelik. Mereka mengeleng.

Aira bangun mendapatkan ammar yang sedang berjalan diatas rumput.. Dia duduk bertinggung.. Ammar terus menerpa kearah aira.. Pipi ammar menjadi sasaran aira.. Dicium pipi itu bertubi-tubi.. Sedang asyik dia mencium anaknya dia ternampak sesuatu. Terus punggungnya terduduk di rumput akibat tergejut.

"Aarrrh... Tak guna.."dia menjerit tangannya menutup telinga anak Ammar..

" kenapa aira menjerit" tanya Muizz..

"Ariz kau bangun buang benda hodoh tu" aira menunjuk ke arah pokok limau.

Aira mula geli. Ammar diberikan kepada Muizz.. Dia belari masuk kedalam rumah.. Dia segera masuk mandi..

"kenapa abah.. Ada apa" tanya Eusoff..

"ha.. Tu.. Tengok betul-betul ada apa situ.." Eusoff menyelak daun limau.. Ada seekor ulat beluncas sebesar ibu jari.. Sedang asyik meratah daun.. Mata hitam ulat itu memandang kearahnya.

"oh ni..."Eusoff mematahkan sedikit hujung ranting daun limau itu.. Aliya terus menutup wajahnya.. Sambil menjerit.. Ariz pulak galak mengusik.. Dimintanya ranting itu dari Eusoff.. Dikejarnya si aliya..

" buang tak lagi" laung aira di muka pintu belakang.. Dia kini sudah siap mandi.. Ammar dia angkat diletakkan di pingangnya.. Elok saja ammar duduk di pinggang ramping mamanya..

"dah.." jawap mereka..

Aira yang berbaju tangan panjang dan berkain batik dipandang Eusoff tidak berkelip. Zarina sudah tersenyum melihat Eusoff asyik memandang Aira.. Sengaja dia berdehem.. Eusoff melarikan pandangannya dengan muka yang merah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience