BAB 49

Romance Completed 107916

Deringan nyaring dari hpnya menganggu tumpuannya yang sedang asyik bermain game di pcnya..

'alah... Siapa yang call time aku busy main game ni' marahnya

"hello nak apa" marahnya membuatkan pemanggilnya berdiam diri. Hp dikepitkan ke telinga dan bahunya. Tangan masih sibuk memengang tetikus dan juga papan kekunci.

"hello kalau nak call tak mau cakap.. Jangan call" masih dengan nada marahnya.

"ok fine" panggilan dimatikan. Terjeda Ariz seketika. Suara yang dikenalinya. Mula dia rasa menyesal dengan kata-katanya tadi.

"oh no" katanya apabila melihat nama si pemanggil. Dahinya ditepuk kuat.

Dia mendail semula.. Namum panggilannya ditolak.. Dicubanya lagi.. Ditolak lagi.

"ha sudah.." dia berlari keluar biliknya. Tangannya laju mendail nombor tadi.. Ditolak lagi..

"WHAT" jeritnya.. Mengejutkan seisi rumah.

"kau ni kenapa Ariz.. Macam kucing mati anak.."tegur Zarina.

" ha.. Ibu.. Memang mati dah" jawap nya selamba.

"ibu pinjam phone" tangan disua meminta hp ibunya..

"kenapa pula nak hp ibu"

"please lah ibu nak pujuk buah hati.. Dia tak angkat call Ariz" rayunya sambil melutut di depan ibunya.

"takmau lah.. Pandailah Ariz selesai sendiri, masalah Ariz"..balas zarina.

"abah pinjam hp.." muizz tidak beriak.. Airiz dah beralih ke Eusoff.

"abang.. Minta tolong sangat.. Hanya abang harapan terakhir ariz" pujuk ariz yang sudah melutut di depan Eusoff.

Eusoff mengeluarkan hpnya dari dalam poket seluarnya, lalu menyerahkan kepada Ariz yang sedang merayu dengan mata yang bersinar-sinar.

"thank you abang" ucap ariz.. Belum sempat ariz menyambut..

"dengan satu syarat.. Buat call dekat sini" ariz mengangguk laju..

Ariz mengambil hp Eusoff dengan kedua belah tangannya. Eusoff hanya mengeleng.

"I owe you one brother" ucap Ariz.

Ariz bangun.. Mahu saja pipi Eusoff diciumnya.. Eusoff menepis Ariz.. Ariz ketawa mengekek.. Laju tangannya mendail nombor seseorang. Panggilan disambung.. Dan dijawap.. Dia melepaskan nafas lega.. Dia acah-acah mengelap dahinya. Yang memerhati hanya ketawa.

"hello kak.. Please don't turn off.. Dengar dulu.. Ariz tak tengok sapa call tadi.. Bukan marah kak tadi.. Please.. Sorry.. Sorry.. " rayunya

"ha ah... Ni hp abang Eusoff"

"hah...Denda."

"yea.. Boleh.. Of course, anything for you my lovely sister"

"ha betul lah tu.. Makan gula banyak.. Ibu buat air manis sekarang ni" ariz ketawa.

"ok.. Bye.. Assalamualaikum" panggilan dimatikan..

"nah abang.. Thanks sangat-sangat.. Nanti ariz belanja mc'd or apa-apa yang abang nak" ariz tayang sengehnya..

"pujuk kakak aira ke" tanya Eusoff. Ariz mengangguk.

"kenapa tak cakap nak call kakak.." tanya Zarina.

"tadi ibu kedekut tak nak pinjamkan hp.. Tau tak kakak merajuk.. Tak angkat call ariz.. Semua kakak reject. " terang ariz.

"kakak merajuk kenapa" tanya Eusoff.

"kakak call .. Ariz tengah syok main game tadi.. Ariz termarah kakak.. Kakak merajuklah" terang ariz. Yang lain sudah tegelak.

"kenapa kakak call" tanya muizz.

"kakak nak minta ariz temankan dia esok..sebagai denda marahkan kakak tadi" terang ariz.

"esok tak ada kelas ke.. Nak teman kakak" tanya muizz.

"kebetulan tak ada, esok ariz pick up kakak dekat rumah dia" terang ariz. Muizz dan zarina mengangguk.

"abang nak ikut.. Jom lah pergi sekali.. Esok boleh ariz belanja abang sekali.." ajak Ariz

" boleh.. Esok abang confirm kan balik" balas Eusoff.

Keesokkannya..

Kereta Toyota C-hr merah berhenti betul-betul didepan Aira. Ariz turun dari pintu sebelah penumpang.

"kenapa bawa Abang Eusoff.. Denda ni untuk Ariz kan.." nada aira sedikit tinggi.

"jangan marah Ariz.. Abang yang nak ikut tadi" jawap Eusoff yang keluar dari tempat pemandu.

"kita jumpa dekat sana Aira" balas Nafis yang baru turun dari atas terus menuju ke arah kereta..

"kita nak kemana ni kak.. Kenapa abang Nafis tak pergi dengan kakak.." tanya Ariz.

"ikut ajalah Ariz.. Nanti sampai sana.. Diam-diam sudah.. Jangan tanya apa-apa.." pesan Aira. Airiz mengangguk.

"boleh abang Eusoff" tanya aira kepada Eusoff. Dapat dilihat Eusoff menjatuhkan wajahnya sedikit kebawah.

"jom.. Follow je kereta Nafis" mereka berdua hanya mengikut.

Aira duduk di belakang hanya beriak biasa.. Eusoff ada curi-curi pandang kearah aira.. Namun aira hanya sibuk memandang hpnya. Kereta Nafis membelok masuk kearah pagar yang terdapat bangunan besar berwarna putih..

"buat apa dekat sini kak" tanya Ariz. Tergejut kerana mereka sudah berada di kawasan mahkamah syariah.

"ariz.. Boleh tak ikut saja.. Lepas selesai.. Nak tanya apa.. Tanya lah. Boleh, sekarang kakak nak ariz ikut saja. " terang aira..

Mereka melangkah masuk.. Ariz dan Eusoff sekadar menemani.. Selesai urusan.. Mereka melangkah keluar daripada situ.

"tak sangka.. Kau buat dekat kakak aku macam ni.." marah Ariz.. Kolar baju sudah digengamnya.

Penumbuk sudah dikepal.. Bila-bila masa saja bakal lebam muka Nafis. Eusoff menarik Ariz supaya lebih bertenang. Nafis melangkah pergi kearah keretanya.

"ariz dengan abang Eusoff tunggu dekat kereta kejap.. Kakak da benda nak cakap dekat Abang Nafis" pinta aira. Aira berjalan menuju kereta Nafis..

"abang.. Aira minta aban halalkan makan minum aira semasa aira tinggal bawah jagaan abang.. Sebagai seorang isteri abang dahulu.. Insya Allah Aira tak lupa janji Aira.. Aira akan bawa anak ni jumpa abang.. Macam yang telah kita janjikan.."

"abang halalkan semuanya aira.."

"lagi satu abang.. Aira tahu aira masih dalam iddah.. Aira minta izin abang, lepas ni aira akan tinggal bersama keluarga aira.. Harap abang tak kisah." Nafis mengangguk.

"abang izinkan semuanya.. Satu saja abang minta.. Jaga anak kita baik-baik" ucap Nafis.

"baiklah.. Insya Allah.. Assalamualaikum abang.. Moga abang bahagia dengan kehidupan abang yang mendatang" senyuman dilemparkan kearah Nafis. Nafis hanya mengangguk tiada sepatah kata lagi yang keluar dari bibirnya.

"ariz.. Jom.." panggil aira.. Yang sudah berjalan menuju ke kereta Eusoff.

"kenapa kakak tak bagitahu Ariz.. Kak.. benda macam ni tak boleh buat main kak.. Kahwin cerai ni kak.." marah Ariz.

"ariz.. Please.. Jangan serabutkan kakak.. Jom kita bincang dekat lain.. Orang ramai tengok ni" pujuk aira.

Aira menarik tangan ariz masuk ke dalam kereta.. Eusoff hanya mengikut dari belakang. Sempat dia memandang Nafis. Nafis hanya memandang mereka pergi dengan ekoran mata..

"abang Eusoff boleh bawakan kita ke satu tempat yang relax sikit..nak pujuk budak ni" pipi Ariz ditariknya.. Wajah ariz masih mencuka.

Sampai ditaman yang terdapat tasik buatan itu kereta mereka berhenti.. Mereka turun.. Ariz orang pertama yang pergi meninggalkan Aira dan Eusoff.

"aira ok ke" tanya Eusoff.. Muka aira yang langsung tak beriak diperhatikan. Aira hanya membalas dengan senyuman dan anggukan kecil.

Aira mendapatkan ariz yang sedang duduk di kerusi taman tersebut. Lengan ariz dipeluknya. Ariz masih membeku.. Kepala aira mula melentok di bahu ariz.. Tangan ariz ditepuk tepuk.

"kenapa kakak setenang ini" tanya Ariz..

"terngiang lafaz talak keatas kakak ditelinga Ariz.. Sanggup Abang Nafis buat macam tu.. Nak saja Ariz belasah dia.. Biar lunyai" marah Ariz. Terus terbangun tubuhnya.. Singgah tertolak aira ke tepi.. Nasib tak jatuh.

"haish.. Ariz.. Kakak yang cerai.. Bukan Ariz.." aira mengeluh..

"kakak.. Ariz pinjamkan bahu Ariz untuk kakak.. Kakak lepaskan semuanya please... Jangan pendam" pohon Ariz. Wajah aira diraup.
Air mata mula bertakung.. Menitis tanpa henti..

"lepas semua kak .." pinta ariz lagi.. Mengosok belakang Aira perlahan.. Bahu menjadi sandaran kepalanya.

Eusoff yang berada disitu tercengang.. Aira yang tadi tidak beriak.. Bertukar menangis teresak-esak.. Dia hanya memerhatikan dua beradik itu.. Dia kagum dengan Ariz bijak memujuk kakaknya Aira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience