BAB 96

Romance Completed 107916

Rafiqah mendengus geram.. Panggilan telefon ditamatkan.. Digengam erat hp ditangannya.. Dada mula berombak menahan amarah.

Suaminya yang baru selesai solat sunat dhuha keluar dari bilik diperhatikan.. Lelaki itu melintas dihadapannya.. Terus menuju ke dapur..

"abang.. Duduk sini kejap" laungnya.. Memanggil si suami.

"yea.." jawap zaidi.. Tangan ligat mencapai cawan.. Air kopi yang sudah sejuk di dalam teko di tuang kedalam cawan. Cawan dibawa ke hadapan.. Diletakkan di atas meja kopi. Muka monyok rafiqah dipandang.

"kenapa ni.. Tak sempat saya nak minum" punggung dilabuhkan disebelah isterinya.

"jom bawa saya ke rumah zarina.." kata rafiqah..

"kenapa pulak nak kesana.. Haishh" keluh Zaidi.

"anak kesayangan abang tu dah melampau" marah Rafiqah..

"ya Allah.. Kenapa pulak.." zaidi menggaru kepala. Pening dia melayan kerenah Rafiqah yang memang tak pernah serasi dengan Zarina. Ada saja salah zarina dimatanya.

"abang tau.. Adik saya kata.. Diaorang fitnahkan azhar.. Sampai kena tahan dekat balai...saya nak kesana.. Dengan Rafidah.." kata Rafiqah lantang.

"pening lah saya.." keluh zaidi lagi.

"pening tak pening.. Kalau abang tak nak bawa saya pergi.. Saya pergi dengan Rafidah saja nanti" kata Rafiqah lalu bangun.

"yea lah.. Siap.. Tapi jangan nak pergi bergaduh pula dengan mereka.. Bincang elok-elok.. Malu la saya dekat Muizz.. Dia tu orang yang terpandang.." kata zaidi tenang.. Sambil menghirup kopi sejuknya.

"huh.. Terpandang lah sangat.." ejek Rafiqah.

"yea lah... Siapa yang tak kenal menantu saya yang sorang tu.. Pergi masjid.. Kalau cakap nama dia semua orang kenal.. Awak tu je yang tak tahu" kata zaidi..

"alah.. Setakat orang masjid.. Bukannya jutawan mana pun.. Lain lah kalau dia tu dato ka.. Tan sri ka" sindir Rafiqah lagi.

"tu semua dunia.. Tak kemananya.. Tak ada dato dengan tan sri pun.. Awak juga yang nak ke rumah mereka.. Dulu mereka susah.. Pandang sebelah mata pun awak tak nak.." kata zaidi..

"malas lah melayan orang tua macam awak ni.. Bagi sakit hati saya je" rafiqah melangkah masuk ke bilik..

"siap lah.. Boleh kita kesana awal sikit" kata zaidi mecurah minyak ke api.

Bummm... Kedengaran pintu bilik ditutup kuat oleh Rafiqah..

"Allahuakbar.. Tercabut pintu tu.. Saya tak ganti dah. Biar bilik tak ada pintu" katanya sambil mengurut dada..kopi ditangan dipengang kemas..

"entah lah apa lagi awak nak kacau si zarina tu.." zaidi mengeleng..

Rafiqah yang sudah bersiap keluar dari biliknya..dengan mengalas beg tangan.. Duduk di sofa.. Di kerling suaminya disebelah.. Dengan wajah yang monyok..

"cepatlah siap" katanya dengan nada yang kurang enak.

"sabar lah.. Tak larinya mereka tu" zaidi bangun memba cawannya ke dapur..

Rafiqah mendail nombor adiknya.. Mereka berpakat untuk ke rumah zarina sekali dengan menaiki sebiji kereta..

Sampai saja di perkarangan rumah zarina.. Dilihat penuh dengan kereta yang berada diluar rumah tersebut. Dengan wajah yang sombong Rafiqah melangkah keluar dari perut kereta.

"kenapa banyak kereta.. Buat kenduri lagi ke apa budak ni" sindirnya.

"macam-macam lah.. Awak ni" kata zaidi.. Melangkah meninggalkan Rafiqah dan Rafidah..

"jom lah Azlan.." panggil zaidi.. Mengajak azlan suami Rafidah untuk masuk dengannya..

"jom lah abang.." balas azlan.. Berjalan masuk bersama zaidi.

Salam diberi.. Ariz keluar menyambut mereka..pagar dibuka menjemput mereka masuk.. Ariz bersalaman dengan zaidi dan azlan.

"masuk lah wan.. Nenek.." pelawanya.. Dengan manis muka.. Rafiqah masih dengan wajah monyoknya..

"yea lah.." balas zaidi.

"assalamualaikum" zaidi bersuara..Saat kaki melangkah masuk ke dalam rumah anaknya..

"waalaikummusalam.. Ya Allah ayah.. Masuklah.. Maaflah ina dekat dapur.." keluar zarina dari dapur menyambut kedatangan ayahnya. Mereka bersalaman dia menjemput agar tetamunya duduk di ruang tamu.

"zarina.. Muizz ada.." tanya zaidi. Dia mencari kelibat menantunya.

"yea ada dekat luar.. Dengan Eusoff .. Mereka semua ada dekat luar.. Ariz kamu panggilkan abah masuk kata wan datang.." arah zarina.. Ariz mengangguk.. Lalu keluar..

"abah wan datang.. Ibu ajak abah masuk" kata ariz sebaik saja dia bertemu muizz..

Muizz yang sedang bersembang dengan Nafis dan Eusoff, meminta diri untuk kedalam..

"duduk lah sembang.. Abah masuk kejap.." kata muizz kemudian berlalu pergi..

"wan.. Wam.. Itut.. Itut" pinta ammar sambil mendepakan tanggannya.. Dikejarnya langkaj kaki muizz.

"ammar duduk sini main dengan adik fiya.. Wan ada kerja sikit.. Kejap lagi wan datang balik" pujuk muizz.. Dia mahu ammar meluangkan mada dengan Nafis dan Safiyya.

Eusoff dan Nafis pula memujuk ammar akhirnya ammar setuju untuk terus bermain dengan safiyya..

"saya ingat nak bawa ammar balik hotel.. Rasa aira benarkan tak" tanya Nafis.

"kenapa tak bermalam di sini sahaja.. Kan abah ajak bermalam sini" kata Eusoff.

"seganlah.." Nafis ketawa..

"segan pulak.. Lagipun bukan ada siapa.." kata Eusoff tersenyum..

"tengok lah macam mana" Nafis membalas dengan senyuman.. Matanya kembali memandang dua anakknya yang sedang bermain diatas rumput. Ariz yang berada disambing mereka.. Mengusik dua sekecil itu sampai tegelak mengekek..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience