BAB 109

Romance Completed 107973

Johan sibuk membelek dokumen di meja kerjanya.. Dia yang diberi kepercayaan penuh daripada majikannya.. Tanggungjawab digalas sebaik mungkin..dia membalas jasa majikannya yang telah menolong dirinya dan keluarganya keluar dari kepompong kemiskinan dan bebanan hutang..

Tok. Tok.. Pintu bilik pejabatnya diketuk..

"hai encik johan ..." tegur Reena..

"ha Reena kenapa.." tanya johan kepada reena yang sedang tersenyum dimuka pintu..

"ni ha.. Ada dokumen untuk encik johan.." kata Reena, tangannya menyerahkan dokumen tersebut.. Jihan menyambut dokumen itu lalu dibelek satu persatu..

"ok.. Ada apa-apa lagi" Reena menggeleng.

"saya keluar dulu yea encik johan" johan yang masih meneliti dokumen sekadar mengangguk kecil..

'hai.. Bertimbun... Kena jumpa jugak ni..kalau dibiar banyak-banyak takut dia mengamuk pula' kepala yang tak gatal digaru..

Tangannya mencapai hp yang berada di atas meja kerjanya.. Didail nombor dan panggilan disambung..

"assalamualaikum Eusoff .. Boleh kita jumpa.. Ada dokumen yang perlu kau tandatangan " kata Johan.. Selepas mendapat kata putus dari pihak disana.. panggilan dimatikan..

Dokumen yang perlu ditandatangan oleh majikannya disimpan kedalam beg bimbit kulit miliknya.. Fail-fail yang perlu untuk dinilai turut diletakkan sekali didalam beg.. Siap semuanya dia bangun.. Laptopnya dimatikan..sekali dia bangun mematikan suis lampu dan penghawa dingin biliknya.. Dan melangkah keluar.

"Reena.. Saya nak keluar.." kata johan sambil mengunci pintu biliknya.

"tuan johan nak kemana.. Ke branch mana... Hmm jumpa client ke.. Tapi tuan johan tak ada appointment dengan siapa-siapa arini.." bebel Reena.. Membuatkan johan memicit lembut dahinya sendiri.

"saya nak keluar jumpa C. E. O..." katanya menyebut satu persatu huruf tersebut... Membuatkan Reena terdiam..

"saya mungkin tak balik semula ke office.." sambungnya lagi dan berlalu pergi..

"C. E. O.... aku ni kerja dah lama.. Muka C.E.O langsung tak pernah tengok.. Bilik dia pun tak ada dekat office ni... Pelik-pelik" Reena meletakkan jari telunjuknya didagu sambil mengetuk berulang kali..

"kenapa kak Reena.. Cakap sorang-sorang" tegur wadi..

"woiii kau ni.. Tegejut lah aku.. Entah datang dari mana.. Tiba-tiba ja muncul" marah Reena..

"dah kak asyik berangan ja dari tadi.. Saya panggil kak banyak kali dah" balas wadi sambil ketawa.

"kak tengah pelik ni.. Tuan johan kata dia pergi jumpa C. E. O... kita ada c.e.o ka.. Akak tak pernah jumpa pun.. Akak ingat encik johan tu big boss.. Kau pernah jumpa ke C. E. O tu.." tanya Reena sambil mengangkat kepalanya berkali-kali.

"of Course la pernah kak... Ini wadi lah.." wadi berkata sambil mendabik dada.

"berlagak.. Kalau pernah jumpa..cuba kau cerita sikit rupa C. E.O kita tu.." kata Reena.

"C. E. O kita tu low profile orangnya.. Mungkin akak pernah tengok dia tapi akak tak tahu dia tu c.e.o.. Dia kalau datang pakai baju biasa-biasa je.. Sekali pandang nampak macam pelancong yang datang ke resort.. Mesti akak tak perasan punyalah.." kata wadi dengan ketawa suka dia melihat wajah kak Reena yang teruja mendengar kata-katanya.

" ish budak ni main-main pulak.. Akak tanya betul-betul ni" marah Reena..

"betul la kak.. Dah la.. Saya nak sambung buat kerja.. Tu surat saya dah letakkan atas meja...bye kak Reena.." kata wadi tersenyum sambil mengenyitkan matanya.. Mengusik Reena yang sedang geram dengan kata-katanya.

Sampai saja johan di depan rumah berkonsepkan moden itu.. Dia memerhati sekeliling.. Terdapat dua biji kereta yang sangat tidak asing baginya.. Baru dia turun dari kereta.. Dia sudah di sapa.

"assalamualaikum.."

"waalaikummusalam Eusoff.." mereka bersalaman...

"maaflah.. Terpaksa datang sini" kata johan.

"sepatutnya aku yang minta maaf.. Sebab kau kena datang sini.." balas Eusoff..

"it ok..hal kecil je" kata johan..

"jomlah masuk.." ajak Eusoff..

Mereka melangkah masuk.. Sempat Eusoff memberi pesan kepada ramlah untuk menyediakan air buat tetamunya.. Elok sahaja air dihidangkan mereka memulakan perbincangan..

Aira yang baru turun kebawah mengunakan lif.. Kebetulan pula sudah sampai waktu makannya.. Selalu nya Eusoff akan bawakan naik masuk ke bilik mereka.. Sampai dilantai bawah di menolak kereta sorong bayi yang mengandungi bayi kembarnya keluar dari lif.. Berjalan menuju ke dapur..dia ke singki membasuh tangan.. Kerusi makan ditarik dan dia duduk.. Datang ramlah menghidang makanan untuknya..

"siapa suruh turun..." tegur satu suara.. Mengejutkan aira..yang baru ingin menyuap nasi ke mulut.

"hubby.. lapar lah... Qalbii ingat hubby keluar tadi.. Tu yang turun sendiri" jawap aira..

"tak pelah qalbi makan.. Hubby ambik ni" kereta sorong ditolak mengikut langkahnya.. Ke ruang tamu.. Urusannya bersama johan masih belum selesai.

Selesai makan aira ingin ke ruang tamu..namun langkahnya terhenti bila dia melihat Eusoff bersama dengan seorang lelaki.. Bayi kembarnya sudah dibaringkan diatas daybed sofa yang terdapat di ruang tamu mereka .. Ammar pun turut bermain disitu.

"makcik.. Kita ada tetamu" tanya aira perlahan..

"yea aira.. Tetamu Eusoff.. Tak silap Eusoff panggil dia johan.." kata ramlah.

"ohh..lama dah dia datang" tanah aira lagi.

"lama la jugak. Rasanya dah nak dekat satu jam.." kata ramlah sambil melihat jam di dinding.

"saya lintas tadi tak perasan pun ada orang dekat ruang tamu.." kata aira lalu menutup kedua tangannya kemulut.

"Eusoff nampak..tu yang dia ambik amna dengan amran tu" kata ramlah dengan ketawa kecil.. Lalu Aira mengusap wajahnya..

"johan.. Ada benda aku nak sambung bincang dengan kau..tapi aku rasa lain kali lah.." kata Eusoff..

"tak apalah... Aku boleh ja sambung.. Aku ok saja" balas johan.

"dah habis waktu kerja ni johan.. Lagipun tak sesuai bincang disini.." kata Eusoff.. Yang sedang memerhati anak-anak yang berada didepannya ..

"tak apalah kalau macam tu.. kau dah kata macam tu.. Bagi tahu ja bila kita nak sambung" t
Kata johan.

Eusoff bangun kemudian duduk mendekat disebelah johan.. Badannya membongkok sedikit.. Membisikkan sesuatu di telinga Johan. Membuatkan mata johan membesar...

"nak aku panggilkan yazid.." balas johan juga dengan nada agak perlahan. Eusoff bangun.. Memandang jauh melalui tingkap kaca rumahnya..

"aku rasa itu yang terbaik.. Kau tolong inform kan dia.. Esok.. Kita. Jumpa dekat sana" kata Eusoff kemudian berpaling..

"baik.. Kita jumpa esok.. Aku balik dulu.. Assalamualaikum"

"waalaikummusalam.. Terima kasih datang sini.." kata Eusoff sambil tersenyum..

"benda kecik saja.."gelak kecil johan..

Mereka berdua berjalan ke pintu.. Eusoff menunggu sehingga kereta johan hilang di depan kawasan rumahnya.. Dia masuk semula ke dalam rumah.. Aira sudah duduk disamping anak-anaknya di ruang tamu membelek dokumen yang beselerak diatas meja kopi..

"hubby... Kenapa tak ke resort.. Kesian orang tu kena bawa kerja hubby sampai datang kerumah.." kata aira.

"hubby jaga isteri hubby.. And my babies.. Annnd.. Also.. Ammar..." kata Eusoff berjenaka..dengan wajah manisnya.. Aira menjeling.

"qalbii.. Dah nak habis pantang lah.. Lagi beberapa hari saja.. Insya Allah qalbii dah kuat.. Boleh jaga anak-anak.. Hubby tu manjakan qalbii sangat.." rungut aira membuatkan Eusoff ketawa..

"qalbii takpayah pikir sangat.. Everything ok.. Under control... Ok... Ibu pesan.. Kalau dekat nak habis pantang ni lagi kena jaga ketat.. Takut jadi apa-apa.. Kena mula berpantang semula " kata Eusoff..

"yea lah.." akur aira.. Malas dia nak berperang mulut dengan Eusoff.. Ada saja modalnya.. Belum lagi dia membuka segala dalil-dalil.. Yang akan membuatkan mulut aira terus terkunci..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience